Selasa, 14 Agustus 2007

Mengapa hijau adalah sama dengan merah: Marxsisme dan ancaman terhadap alam semula jadi

Oleh Paul McGarr

Dari jurnal International Socialism, Jilid 88 (Musim Luruh, 2000). Hak cipta International Socialism (September, 2000).

Diterjemahkan oleh Muhammad Salleh (Mac 2002)

Pengenalan

Hubungan di antara umat manusia dalam alam sekitar adalah persoalan utama bagi berjuta-juta orang di merata dunia pada hari ini. Dan ini tidak menghairankan. Dekad yang lalu telah menyaksikan pembangkitan ancaman malapetaka alam semulajadi pada skala yang tidak pernah dibayangkan oleh generasi-generasi yang lalu.

Isu yang paling serius adalah ancaman pemanasan global [global warming]. Ini nampaknya sudah berlaku, dan kebanyakan corak cuaca luarbiasa yang meninggalkan kesan pada dekad yang lalu mungkin berkaitan dengan peningkatan dalam suhu global. Punca masalah ini memang jelas: pertumbuhan dalam pengeluaran gas-gas rumah kaca, terutamanya karbon dioksida, akibat aktiviti manusia. Jika ini tidak diberhentikan dan dipulihkan, akibat-akibatnya mungkin membinasakan, malah ia mungkin mengancam tamadun-tamadun akan datang di bumi ini. Malah, kerajaan-kerajaan dunia menyedari, sekurang-kurangnya dalam bentuk perkataan, bahawa aksi diperlukan untuk menghindari malapetaka.

Walaupun pemanasan global adalah ancaman terhadap alam semulajadi yang paling penting dan mungkin yang paling membinasakan, ia bukanlah satu-satunya masalah yang kita sedang menghadapi. Kita masih berhadapan dengan bahaya senjata nuklear dan kebinasaan bumi dan penduduk yang ini dapat membawa. Kita diberitahu bahawa ancaman ini telah berakhir selepas Perang Dingin. Realitinya adalah bahawa dunia kita telah menjadi lebih tidak stabil, lebih banyak negara mempunyai senjata nuklear, dan lebih banyak negara bersedia menggunakannya. Bahaya dunia kita dimusnahkan oleh pemusnahan nuklear besar-besaran begitu penting sekali. Stesen tenaga nuklear juga masih berserakan di merata dunia, lalu mengancam malapetaka seperti Chernobyl pada tahun 1980-an.

Satu lagi ancaman terhadap alam semulajadi yang muncul pada tahun 1990-an datangnya dari organisma-organisma yang diubahsuai gen (genetically modified organisms; GMO). Perusahaan-perusahaan multinasional dan kerajaan-kerajaan mengumumkan ini sebagai kemajuan, cara yang selamat dan lebih baik untuk menyediakan bekalan makanan bagi dunia. Berjuta-juta orang tidak memercayai mereka dan isu ini telah menjadi pertempuran politik yang penting.

Terdapat pelbagai lagi persoalan alam semulajadi yang melibatkan orang ramai di merata dunia. Di Asia Tenggara, pembalakan dan kebakaran hutan yang tidak terkawal mengancam tumbuhan dan binatang yang jarang dijumpai, serta mengakibatkan asap beracun yang menyelimuti negara-negara. Bandar-bandar Dunia Ketiga dan penduduk mereka dicekik oleh asap dan racun dari trafik yang semakin meningkat. Di Britain, pencemaran udara akibat kehuru-haraan sistem pengangkutan telah mengakibatkan epidemik penyakit lelah.

Abad yang lalu ditandakan oleh pembangkitan tentangan padu di seluruh dunia menentang kapitalisme. Peluahan-peluahan yang paling jelas sudah tentu adalah aksi tunjuk rasa menentang kapitalisme global dan pertubuhan-pertubuhannya di Seattle, Washington dan Millau. Perasaan yang sama juga diluahkan dalam pelbagai tinjauan dan kajian, dalam kejayaan pilihanraya bagi kuasa-kuasa sayap kiri atau anti-kapitalis di pelbagai negara, dan ia juga telah memaksa dirinya ke dalam media massa dengan cara yang tidak dapat dibayangkan hanya sedekad yang lalu. Dan, walaupun ini seringkali diperkecil-kecilkan oleh media massa, kemarahan terhadap apa yang kapitalisme melakukan terhadap kehidupan orang juga menjadi unsur utama dalam pembangkitan semula pemberontakan pekerja dan orang ramai di merata dunia, dari Amerika Latin ke Afrika.

Ia semamangnya kesilapan besar untuk melihat isu-isu alam semulajadi sebagai satu-satunya isu yang menjama perasaan anti-kapitalis ini. Orang ramai berasa begitu marah dengan realiti kapitalisme, dari peperangan ke kebuluran, dari gaji-gaji tinggi bagi orang kaya dan ketamakan korporat ke kebinasaan kehidupan orang ramai akibat kombinasi ‘kelenturan’ dan pengeksploitasian, yang diberikan nama ‘fleksploitasian.’ Tetapi tidak dapat dipertikaikan bahawa ancaman terhadap alam semulajadi, dan isu-isu seperti pemanasan global, senjata nuklear, GMO dan sebagainya, adalah isu-isu penting dalam menjana kemarahan terhadap sistem sosial kapitalis.

Dua puluh atau tiga puluh tahun yang lalu, tidak kira jika ia betul atau salah, isu-isu ‘hijau’ dan alam semulajadi dilihat oleh kebanyakan orang sebagai isu ‘sampingan’ atau keutamaan bagi kumpulan-kumpulan kecil. Terdapat beberapa pengecualian daripada kelaziman ini, seperti aksi tunjuk rasa menentang tenaga nuklear, tetapi gambaran umum adalah bahawa alam semulajadi adalah isu sampingan. Ini mula berubah pada tahun 1980-an dan 1990-an, apabila parti-parti Hijau di beberapa negara – khususnya di Jerman dan Perancis – menjadi kuasa-kuasa penting berdasarkan kerisauan orang ramai terhadap alam sekitar. Dalam beberapa tahun yang lalu, proses ini terus berkembang.

Isu-isu seperti pemanasan global dan makanan yang diubahsuai gen telah berubah dari isu yang tertakluk kepada beberapa kumpulan kecil atau perdebatan khas kepada isu-isu yang dipaparkan di muka depan media massa. Perdebatan terperinci mengenai topik-topik ini kini berlaku dalam setiap arena politik rasmi, dalam ombak pemberontakan di jalanraya yang baru dan tempat-tempat bekerja, ke kolej-kolej dan ruang tamu. Ini diiringi oleh pelbagai kuasa yang telah memupuk, dengan cara-cara yang berlainan, kesemua isu-isu ini. Di antara kumpulan-kumpulan ini, termasuklah golongan sosialis, ijmak mengenai beberapa persoalan penting telah bangkit.

Ramai orang menyedari dan memahami keseriusan dan skala ancaman terhadap alam semulajadi. Ramai orang juga menyedari tanggungjawab perusahaan-perusahaan besar dan kerajaan-kerajaan dalam mewujudkan masalah-masalah ini dan keengganan mereka menyelesaikannya. Tujuan rencana ini adalah untuk membina pada dasar ijmak tersebut agar perdebatan ini dapat diperluaskan lagi. Ia akan memberi fokus kepada dua isu penting, iaitu pemanasan global dan GMO, untuk mengutarakan perdebatan khusus.

Inti perdebatan rencana ini memang senang difahami. Ia adalah bahawa punca-punca ancaman terhadap alam semulajadi, terhadap masa depan planet ini dan penduduknya, terbenam dalam sistem kapitalis. Saya akan memperdebatkan bahawa ancaman-ancaman terhadap alam semulajadi yang berhadapan dengan kita pada hari ini bukanlah kesilapan yang senang diselesaikan oleh sistem kapitalis. Sebaliknya, masalah-masalah ini berpunca dari sistem kapitalis yang semakin tua, sebuah sistem yang seringkali dilanda krisis dan berdasarkan persaingan demi keuntungan. Slogan ‘Dunia kita bukannya komoditi’ telah diutarakan oleh pelbagai kumpulan dalam aksi tunjuk rasa anti-kapitalis pada tahun yang lalu. Ia menyimpulkan dengan baik penolakan apa yang telah berlaku kepada dunia dan isi kandungannya, dari orang manusia ke alam semulajadi, di bawah sistem kapitalis.

Saya juga akan memperdebatkan bahawa Marxsisme dan tentangan sosialis terhadap kapitalisme adalah dasar yang paling baik untuk memahami ancaman terhadap alam sekitar. Saya akan memperdebatkan bahawa pemusnahan alam sekitar sudah terbenam di dalam logik masyarakat-masyarakat kelas, tetapi bahawa ini dibawa ke kemuncak yang lebih tinggi dan lebih menakutkan di bawah kapitalisme. Dan saya akan mengutarakan hujah-hujah bahawa tentangan sosialis terhadap kapitalisme mengemukakan kunci bagi jenis politik dan perjuangan yang dapat menyelesaikan krisis ini. Pendek kata, ‘hijau’ yang paling efektik adalah ‘merah.’

Pemanasan global

Pemanasan global adalah ancaman alam semulajadi yang menghadapi dunia pada hari ini yang paling menakutkan.

Skala ancaman ini hampir dikenali di merata dunia. Kajian rasmir terbesar berkenaan dengan perubahan iklim yang dilaksanakan di Britain, diterbitkan pada bulan Jun 2000, mengatakan, “Perubahan iklim akibat kegiatan manusia sedang mengancam untuk mengakibatkan peralihan-peralihan besar dalam suhu, jumlah hujan, pelampauan cuaca dan ketinggian paras laut… Kesan-kesan alam semulajadi dan sosial oleh perubahan-perubahan seperti itu mempunyai potensi untuk membinasakan… [dunia ini] berhadapan dengan cabaran radikal yang baru. Aksi kuat dan mantap perlu bermula secara terus-menerus.”[i]

Majlis Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim, sebuah badan rasmi yang membawa bersama 2,500 ahli sains iklim dari merata dunia, telah mengkaji bukti secara sistematik dan menghasilkan beberapa laporan. Ia menyimpulkan bahawa, “Imbangan bukti menunjukkan bahawa terdapat kesan jelas manusia ke atas iklim global.”[ii]

Malah kelab negara-negara perindustian kaya OECD telah mengeluarkan beberapa laporan yang memberi amaran mengenai ancaman pemasanan global sebagai ‘cabaran terbesar’ yang dihadapi umat manusia.[iii] Ahli-ahli politik utama di negara-negara peindustrian terbesar juga bersetuju mengenai ancaman tersebut dan keperluan untuk aksi serius. Al Gore, timbalan presiden Amerika Syarikat pada masa rencana ini ditulis, telah menulis sebuah buku mengenai perihal ini.[iv] Timbalan perdana menteri Britain, John Prescott, memperdebatkan bahawa “kajiannya bukan lagi mengenai ‘jika’ tetapi ‘bila’” pemanasan global akan membawa kesan-kesan dramatik.[v]

Ijmak seperti ini telah melihat kerajaan-kerajaan dunia berkumpul sebanyak dua kali di mesyuarat-mesyuarat antarabangsa yang diheboh-hebohkan di mana mereka telah menjanjikan aksi, pertama sekali di Rio de Janeiro pada Mesyuarat Bumi tahun 1992 dan di Jepun semasa mesyuarat iklim Kyoto tahun 1997. Kedua-dua mesyuarat ini, mahupun ahli-ahli politik yang memberi amaran mengenai perubahan iklim, belum lagi menghasilkan jenis tindakan yang diperlukan untuk mengabaikan kebinasaan. Tetapi sebelum membincangkan ini, ada baiknya dibincangkan fakta-fakta di sebalik, dan sebab-sebab, ancaman pemanasan global.

Bukti bahawa pemanasan global sedang berlaku memang kukuh. Suhu permukaan bumi purata telah meningkat sebanyak 1 darjah Selsius pada abad ini dan tahap ketinggian laut telah meningkat sebanyak 10-25 sentimeter akibat peluasan pemanan laut-laut dunia. Sepuluh tahun yang paling panas telah direkodkan dalam 15 tahun yang lalu. Bukti datangnya dari galian ais, pertumbuhan pokok, dan bukti lain menunjukkan bahawa tahun 1990-an mungkinnya dekad yang paling panas pada skala global dalam 600 tahun yang lalu.[vi]

Kebanyakan ahli sains meramalkan jika tindakan serius tidak diambil, kelajuan pemanasan global akan terus meningkat. Beberapa laporan mengatakan bahawa peningkatan dalam suhu global purata sebanyak 2 darjah Selsius mungkin akan berlaku sebelum abad ini berdasarkan kadar kajian awal pada tahun 1850. Laporan-laporan yang lain pula mengatakan bahawa angka ini mungkin sebanyak 8 darjah Selsius. Dan perangkaan ini adalah purata-purata global yang menyembunyikan perubahan-perubahan yang lebih mendadak di tempat-tempat tertentu.[vii] Kesatuan Ahli Sains Risau menyimpulkan bahawa “dalam setiap senario, pemanasan yang diramalkan mungkin lebih besar daripada mana-mana peristiwa serupa dalam 10,000 tahun yang lalu.”[viii]

Tidak terdapat sesiapa yang mengetahui sebenarnya apakah kesan-kesan sebenar pemanasan seperti itu. Iklim bumi adalah sistem yang rumit – sistem di mana perubahan kecil mungkin membawa kesan-kesan secara tiba-tiba, dengan dramatik dan tidak disangka-sangka – dan oleh kerana ini ramalan cuaca tidak dapat dipercayai lebih daripada beberapa hari sebelumnya. Ia adalah contoh sistem yang telah dinamakan ahli-ahli sains sebagai teori huru-hara.[ix] Ketidak-pastian ini mengenai kesan-kesan pemanasan global menjadikan ancamannya lebih menakutkan lagi. Di samping ketidak-pastian ini, terdapat persetujuan di antara ahli-ahli sains mengenai perubahan-perubahan mendadak dan kesan ini mungkin membawa akibat pemanasan global. Kesatuan Ahli-ahli Sains Risau menyimpulkan gambaran ini:

Terdapatnya risiko serius bahawa iklim akan berubah dalam cara yang akan mengganggu kehidupan kita dengan serius.Di antara kesan-kesan yang paling teruk: peningkatan dalam tahap ketinggian laut, lebih banyak musim panas dan kemarau; peristiwa-peristiwa cuaca yang lebih teruk, lalu menghasilkan banjir dan kemusnahan harta-benda; dan penyakit tropika menyebar ke kawasan-kawasan di mana ianya tidak pernah kelihatan sebelum ini. Jika kita tidak mengambil tindakan, pemanasan global akan mengancam kesihatan kita, bandar-bandar kita, ladang-ladang kita, dan hutan-hutan, kawasan payah dan habitat-habitat kita.[x]

Kesan-kesan sosial akibat perubahan-perubahan seperti ini mungkin membinasakan. Bandar-bandar dan negara-negara, dari Belanda ke Bangladesh, mungkin ditenggelamkan oleh peningkatan dalam tahap ketinggian laut. Penduduk-penduduk akan dibinasakan oleh peralihan penyakit, yang membawa wabak-wabak penyakit ke tempat-tempat di mana ianya tidak pernah diketahui sebelum itu.[xi] Kegangguan kepada pertanian mungkin memulakan kebuluran dan perubahan sosial pada skala besar-besaran. Kesan pemanasan global mungkin melihat beberapa kawasan, seperti Britain, menjadi lebih sejuk, bukannya lebih panas, akibat kegangguan kepada arus laut Aliran Teluk yang memanaskan Eropah Utara.[xii] Perubahan-perubahan seperti ini sudah tentu akan mengakibatkan kesengsaraan manusia, mungkin mengakibatkan pergolakan ekonomi dan sosial besar-besaran, tekanan global dan ancaman peperangan yang berskala besar lagi membinasakan. Diambil bersama, kesan-kesan pemanasan global ini mungkin juga mempersoalkan pengekalan tamadun manusia.

Kebanyakan pengulas merujuk kepada kelampauan peristiwa-peristiwa cuaca dalam beberapa tahun yang lalu sebagai kesan pemanasan global – dari ribut-ribut dan banjir seperti yang berlaku di Orissa di India, kepada Ribut Mitch di Amerika Tengah, atau corak-corak cuaca luarbiasa yang berkaitan dengan perubahan arus Lautan Pasifik yang diberikan nama El Niño pada tahun 1997-1998. Jika peristiwa-peristiwa ini adalah akibat pemanasan global, atau hanyalah sebahagian daripada kepelbagaian cuaca bumi, belum dapat dipastikan. Apa yang pasti adalah bahawa ianya memberikan gambaran ringkas menegnai apa yang mungkin berlaku dengan lebih banyak dan dengan lebih membinasakan jika tindakan tidak diambil untuk memberhentikan pemanasan global.

Ia juga menjadi kemungkinan bahawa tanpa aktiviti manusia, iklim dunia akan mengalami perubahan semulajadi dan besar pada masa depan, seperti yang telah berlaku pada masa yang lalu. Perubahan-perubahan ini kemungkinan besar tidaklah akan berlaku selaju perubahan-perubahan yang mengancam pada hari ini. Ia adalah kelajuan – dalam jangka masa geologi – perubahan yang diakibatkan oleh aktiviti manusia yang begitu menakutkan. Jika perubahan-perubahan serius dalam iklim bumi berlaku secara semulajadi pada masa depan, kita mempunyai harapan bahawa pada masa itu, ilmu pengetahuan manusia dan pengaturan masyarakat akan membolehkan kita mengubah atau menyesuaikan diri kepada perubahan seperti itu. Pada hari ini, ia bukanlah alam semulajadi tetapi kapitalisme yang mengancam perubahan-perubahan mendadak dan menghalang tindakan yang diperlukan untuk menghadapinya.

Beberapa orang ahli sains tidak bersetuju dengan ijmak mengenai pemanasan global yang saya telah menghuraikan. Mereka berasa ragu-ragu mengenai isu bahawa pemanasan global sudah mempunyai kesan, dan mengenai masalah-masalah dalam model-model komputer yang digunakan untuk meramalkan iklim bumi, lalu memperdebatkan bahawa ia masih terlalu awal untuk menyimpulkan bahawa ancaman ini memanglah serius.[xiii] Namun, ia akan membuatkan anda lebih waspada apabila anda menjumpai hubungan di antara ahli-ahli sains ini dan perusahaan-perusahan besar yang menentang pemanasan global secara terus-menerus. Membincangkan ahli-ahli sains ini, majalah terhormat New Scientist berkata, “Mereka juga telah merangkul gaji-gaji pensyarah yang lumayan dan penjanjian-perjanjian rundingan dengan perihal komersil – seperti industri arang – yang mengambil langkah untuk melemahkan usaha-usaha antarabangsa untuk mengawal pengeluaran gas-gas rumah kaca.”[xiv]

Yang sama adalah benar bagi badan-badan yang kononnya bebas, yang mengeluarkan laporan-laporan yang berbunyi seperti laporan saintifik menentang persetujuan mengenai realiti pemanasan global. Satu contoh adalah Projek Maklumat Perubahan Iklim. Walaupun berbunyi seperti badan yang bebas, ia sebenarnya disokong oleh Pertubuhan Pengeluar Kenderaan Amerika, Institut Besi Amerika serta Pertubuhan-Pertubuhan Trak Amerika.[xv]

Sememangnya, perdebatan betul dan mendalam diperlukan mengenai ketidak-pastian sebenar dalam pemahaman kita mengenai kilim bumi dan pemanasan global. Tetapi apabila majoriti ahli sains dunia bersetuju bahawa berat bukti sungguh meyakinkan, ia adalah kesilapan untuk mempedulikan pandangan ini. Idea bahawa kiat tidak patut membuat apa-apa dan menunggu sehingga ketidak-pastian ini diselesaikan adalah resipi untuk kebinasaan. Pada masa itu, perubahan iklim yang tidak dapat diubahkan lagi mungkin sudah berlaku. Satu-satunya sikap yang baik apabila berhadapan dengan bukti ini adalah untuk mengakui bahawa ancamannya memang benar, sambil meneruskan kajian dan perdebatan saintifik benar, mengambil tindakan untuk menangani masalah ini.

Jika terdapatnya persetujuan umum mengenai ancaman pemanasan global, terdapat juga persetujuan mengenai apakah puncanya – pengeluaran gas-gas rumah kaca ke dalam atmosfera akibat aktiviti manusia.

Iklim bumi, dan segala kehidupan di bumi, bergantung kepada tenaga dari matahari. Satu unsur penting mengenai atmosfera bumi adalah bahawa beberapa gas dalam atmosferanya membenarkan tenaga matahari sampai ke permukaan bumi, tetapi kemudiannya menghalangnya daripada dipantulkan kembali ke angkasa lepas. Gas-gas ini bertindak dengan cara yang sama seperti gelas dalam rumah kaca untuk meningkatkan suhu pada permukaan bumi – maka namanya. Tanpa ‘kesan rumah kaca’ ini, kehidupan di dunia sudah tentu begitu berbeza dan kemungkinan besar manusia tidak akan wujud di bumi kerana bumi ini sudah tentu lebih 30 darjah Selsius lebih sejuk.[xvi]

Pemahaman secara teori mengenai kesan rumah kaca pertama sekali dihuraikan oleh ahli fiziks Perancis, Jean Fourier, lebih 170 tahun yang lalu. Kita sudah mengetahui sekarang bahawa terdapat beberapa gas yang menyumbang kepada kesan ini. Yang paling penting adalah wap udara, karbon dioksida, metan, nitrus oksida, kloroflorokarbon (CFC) dan gas-gas yang hampir serupa yang dikenali sebagai HCFC dan HFC. Peningkatan dalam pelepasan kesemua gas-gas ini, kecuali wap udara, sedang mengakibatkan ancaman pemanasan global. Gas rumah kaca yang paling penting adalah karbon dioksida, di mana ahli-ahli sains percaya ianya adalah bertanggungjawab untuk dua pertiga daripada potensi pemanasan global.[xvii]

Tahap karbon dioksida dalam atmosfera bumi telah meningkat kerana satu sebab utama: pengeluaran tenaga berdasarkan pembakaran bahan api fosil. Bahawa ini dapat berlaku dan membawa kesan kepada iklim sudah lama diketahui. Ahli sains Swedem, Svante Arrhenius memberi amaran pada tahun 1896 bahawa aktiviti perindustrian berdasarkan pembakaran bahan api fosil dapat meningkatkan tahap gas-gas seperti karbon dioksida dalam atmosfera dan mencetuskan perubahan iklim.[xviii] Sejak revolusi perindustrian, tahap karbon dioksida dalam atmosfera telah meningkat sebanyak 30 peratus, tahap metan telah berganda, dan tahap nitrus oksida telah meningkat sebanyak 15 peratus.[xix] Pada tahun 1940-an, ahli-ahli sains sudah berasa risau bahawa amaran Arrhenius mungkin sedang berlaku, dan menjelang tahun 1970-an, kebanyak ahli sains sudah berasa pasti mengenai ini. Dekad-dekad yang lalu telah menyaksikan kerisauan tersebut diterjemahkan menjadi kerisauan umum yang lebih luas dan beberapa tindakan rasmi. Pada tahun 1979, Mesyuarat Iklim Dunia Pertama diadakan dan pada tahun 1988, Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim ditubuhkan, lalu memulakan proses yang menuju mesyuarat-mesyuarat di Rio pada tahun 1992 dan di Kyoto pada tahun 1997.[xx]

Tidak terdapatnya perdebatan bercanggah mengenai punca asas masalah ini: peningkatan dalam pelepasan karbon dioksida daripada sebuah ekonomi yang terperangkap dalam pembakaran bahan api fosil dan barangan yang berdasarkan pembakaran itu. Malah, OECD juga mengaku bahawa “pembakaran bahan api fosil adalah punca bagi 90 peratus daripada pelepasan karbon dioksida antropogenik [akibat aktiviti manusia] dan inilah punca utama pelepasan gas-gas rumah kaca.”[xxi]

Majoriti besar pelepasan-pelepasan gas-gas ini datang dari negara-negara perindustrian utama dunia. Penjenayah yang paling besar bagi pemanasan global adalah kuasa kapitalis dunia yang terbesar, iaitu Amerika Syarikat, yang dengan sendiri mengeluarkan satu perempat daripada pelepasan karbon dioksida global. Eropah adalah penjenayah kedua terbesar dengan 20 peratus daripada pelepasan.[xxii] Pelepasan gas dari stesen-stesen penjana tenaga dan pengangkutan adalah bertanggungjawab bagi lebih dari separuh daripada pelepasan gas-gas rumah kaca. Perangkaan bagi Britain membuktikan gambaran ini, dengan stesen-stesen penjana tenaga dan pengangkutan jalanraya bertanggungjawab untuk 52 peratus daripada pelepasan karbon dioksida.[xxiii]

Gambarannya memang jelas. Ekonomi-ekonomi utama dunia, berdasarkan pembakaran bahan api fosil dan barangan yang bergantung kepada bahan-bahan api ini, sedang mengancam untuk menjadikan iklim dunia tidak stabil, dengan kesan-kesan yang mungkin membinasakan. Mengapakah keadaan ini telah timbul dan apakah yang dapat dilakukan mengenainya?

Inti masalahnya – perusahaan-perusahan bahan api fosil

Ekonomi bahan api dikuasai oleh beberapa perusahaan kapitalis terbesar di dunia dan disokong oleh kerajaan-kerajaan yang melihat peranan mereka sebagai melayani kepentingan-kepentingan ini. Perusahaan-perusahaan tersebut bergantung kepada cara pengaturan masyarakat seperti ini, dan serta pengeluaran seperti ini, untuk keuntungan, kekayaan dan kekuasaan mereka. Perusahaan-perusahaan minyak, arang, dan gas, kereta, pembinaan jalanraya, industri getah dan yang berkaitan dengannya, terletak di hati masalah ini. Industri-industri tersebut begitu penting bagi kapitalisme moden. Satu laporan memperdebatkan, “Ekonomi-ekonomi negara perindustrian Barat uatama pada hari ini digerakkan oleh industri kenderaan, minyak, dan pemprosesan minyak… Struktur korporat Jerman [Barat], ekonomi terkuat di Eropah, adalah ekonomi di mana 60 peratus daripada 12 perusahaan terbesar adalah perusahaan ‘masyarakat kereta.’ Perancis dan Britain berada dalam kedudukan yang sama… [secara umumnya, ekonomi-ekonomi seperti ini bertanggungjawab untuk] dua pertiga daripada sumber-sumber bagi ekonomi kapitalis.”[xxiv] Kajian yang sama menyimpulkan bahawa pada hari ini, dunia sedang menyaksikan “krisis ekologi yang, secara umumnya, adalah hasil secara langsung masyarakat kereta ini.”[xxv]

Perusahaan-perusahaan bahan api fosil telah berusaha selama abad ini untuk mewujudkan keadaan politik, ekonomi dan sosial yang terperangkap dalam pergantungan kepada barangan mereka – maka membesarkan pasaran-pasaran dan keuntungan mereka. Ini, lebih daripada mana-mana pilihan pengguna, adalah bertanggungjawab bagi sebuah dunia yang terbelenggu dalam ekonomi bahan api fosil. Contoh sinis bagaimana perusahaan-perusahaan mewujudkan keadaan ini muncul dalam sebuah laporan Senat Amerika Syarikat pada tahun 1974. Ia merekodkan pemusnahkan secara sistematik yang dialami oleh sistem pengangkutan keretapi elektrik, trem dan bas troli di 45 bandar Amerika Syarikat oleh General Motors, serta dibantu oleh Standard Oil dari Kalifornia dan Perusahaan Tayar Firestone. Persekutuan di antara perusahaan-perusahan kereta, minyak dan tayar dengan sengaja memusnahkan landasan keretapi untuk memastikan yang orang ramai terpaksa menggunakan jalanraya dan bergantung kepada hasil pengeluaran mereka. Laporan Senat itu menjelaskan bagaimana ini dilakukan di Los Angeles:

Pada tahun 1940, General Motors, Standard Oil dan Firestone mengambil alih pentadbiran Rangkaian Bandar Pasifik (PCL) [syarikat pengangkutan keretapi]… Pada tahun itu, PCL mula membeli dan memusnahkan bahagian-bahagian daripada sistem elektrik Pasifik bernilai sebanyak $100 juta, termasuklah landasan keretapi dari Los Angeles ke Glendale, Burbank, Pasadena dan San Bernadino. Kemudiannya, satu lagi persekutuan dibiayai oleh General Motors dan Standard Oil untuk membina jalan raya di pusat bandar Los Angeles. [Ia] memusnahkan trem-trem transit elektriknya, menghancurkan rangkaian penjana elektrik, memansuhkan landasan-landasan. Kesimpulannya, General Motors dan sahabat-sahabat perindustriannya memusnahkan hubungan keretapi tempatan Los Angeles dan kemudiannya membina jalanraya di pusat bandar itu.[xxvi]

Persekutuan keji di antara General Motors, Standard Oil dan Firestone telah, pada tahun 1949, didakwa dengan pengkomplotan jenayah. Namun, hukumannya menunjukkan bagaimana walaupun berhadapan dengan jenayah-jenayah seperti ini, kerajaan-kerajaan enggan menentang perusahaan besar – General Motors diarah membayar $5,000 dan bendaharinya hanya diarah membayar $1.[xxvii] Proses yang serupa sedang berlaku pada hari ini sebagai sebahagian daripada peralihan kepada pasaran bebas dan ‘liberalisasi’ di bekas negara-negara Stalinis di Eropah Timur, di mana pengangkutan awam sedang dimusnahkan secara sistematik untuk memastikan yang perusahaan-perusahaan kereta, minyak dan getah mempunyai ruang yang mencukupi.[xxviii]

Malah, tanggungjawab gergasi-gergasi bahan api fosil bagi ancaman kepada iklim global difahami oleh beberapa orang ahli politik yang telah melayani kepentingan perusahaan-perusahaan besar sepanjang hidup mereka. Semasa mesyuarat perubahan iklim Kyoto pada tahun 1997, ahli politik Konservatif Britain dan bekas menteri kerajaan, John Selwyn Gummer, mengemukakan senarai mereka yang bertanggungjawab bagi ancaman terhadap iklim global.

Pertama sekali dalam senarai itu adalah Pesekutuan Iklim Global, sebuah badan saya akan membincangkan nanti. Tempat kedua diduduki oleh perusahaan minyak multinasional Exxon, tempat ketiga jatuh kepada perusahaan tenaga Tokyo Electric, dan kemudiannya datang persusahaan-perusahaan kereta Ford, Chrysler dan General Motors, diikuti oleh perusahaan minyak multinasional Shell.[xxix] Kedudukan-kedudukan dalam senarai Gummer ini tidak penting. Sifat penjenayah-penjenayah ini memang jelas. David Cromwell pernah bekerja sebagai pengkaji bagi Shell sebelum menjadi seorang ahli akaliah yang berkempen mengenai pemanasan global. Berdasarkan pengetahuan dalamannya, dia menyimpulkan bahawa “kepentingan-kepentingan korporat kuat sedang membawa kita menuju malapetaka.”[xxx]

Mereka yang berada di hati ‘kepentingan-kepentingan korporat’ ini berusaha untuk menentang mana-mana perubahan besar terhadap cara mengatur pengeluaran, yang menjadi dasar bagi kekuasaan dan kekayaan mereka. Sesiapa yang tidak memercayai ini perlu mendengar petikan George Monbiot, yang berkempen untuk alam semulajadi, mengenai perdebatan yang diikutinya di Masyarakat Bagi Pengeluar dan Pedagang Motor (SMMT):

Pegawai SMMT dan pada hadirin masih dapat menangani perbincangan mengenai kesesakan trafik dan pencemaran tempatan, tetapi apabila saya membangkitkan isu penggunaan sumber dan pemanasan global, mereka bermula ketawa terbahak-bahak. Mereka merasakan konsep-konsep ini sebagai sesuatu yang lucu, saya berpendapat, kerana ianya solah-olah jauh sekali, jauh sekali dari sfera pertimbangan-pertimbangan mereka, sehingga sesiapa yang dapat membandingkannya dengan kepentingan pertumbuhan industri mereka semestinya bergurau atau gila.[xxxi]

Pendekatan ke dalam cara-cara ‘kepentingan-kepentingan korporat’ berusaha untuk menghalang perubahan serius dapat dilihat dari sebuah badan yang dipetik oleh John Selwyn Glummer sebagai salah satu penjenayah utama, iaitu Persekutuan Iklim Global. Badan ini ditubuhkan pada tahun 1989 oleh beberapa perusahaan bahan api fosil termasuk Shell, Texaco dan Ford. Ia telah menggunakan berjuta-juta dolar untuk menghasilkan bahan-bahan yang digunakan untuk memperkecil-kecilkan fakta bahawa pemanasan global adalah realiti dan bahawa pembakaran bahan api fosil adalah punca utamanya. Ia telah bertungkus-lumus untuk memastikan yang ahli-ahli politik melayani kepentingan-kepentingan perusahaan yang bersembunyi di sebaliknya. Sebelum mesyuarat Kyoto pada tahun 1997, Persekutuan Iklim Global membazirkan $13 juta untuk kempen pengiklanan menentang tindakan terhadap perubahan iklim. Ia menghadiahkan $50 juta masing-masing kepada parti-parti Demokratik dan Republikan [di Amerika Syarikat] agar Rumah Putih, Kongres Amerika Syarikat dan Senat menyokong projek itu.[xxxii] Fakta ini membantu menjelaskan mengapa Al Gore sudah lama melupakan bukunya sendiri yang memberi amaran mengenai keperluan tindakan untuk menangani masalah perubahan iklim. Penjauhan dirinya daripada ancaman pemanasan global mungkin juga berkaitan dengan saham bernilai sebanayk $500,000 yang dimiliki oleh keluarga Gore dalam perusahaan minyak Occidental.[xxxiii]

Jika sesiapa masih berasa ragu-ragu, jurucakap persekutuan tersebut menjelaskan pendirian mereka semasa mesyuarat Kyoto. Jurucakap itu adalah John Grasser, yang pada masa itu juga merupakan naib presiden Pertubuhan Perlombongan Kebangsaan Amerika Syarikat. Matlamat persekutuan tersebut, katanya, adalah untuk “menghalang mana-mana perangkaan, matlamat atau jadual waktu untuk mencapai pengurangan dalam pelepasan gas-gas.” Dan dia membalas dakwaan John Selwyn Glummer bahawa Persekutuan Iklim Global terletak pada kemuncak senarai mereka yang mengancam iklim dengan berkata: “Kami berpendapat bahawa ini adalah sesuatu yang perlu dihormati. Ia menunjukkan bahawa kita merupakan kumpulan yang berpengaruh.”[xxxiv]

Berhadapan dengan kejijikan seperti yang diperkatakan itu, Denis Hayes, pengerusi bagi kempen alam semulajadi Rangkaian Earth Day, memang tepat untuk memperdebatkan bahawa “industri arang global dan kebanyakan perusahaan-perusahaan minyak dunia serta perkhidmatan-perkhidmatan elektrik telah mencuba menyembunyikan, memperdayakan, memesongkan atau menghancurkan percubaan-percubaan untuk memaksa tindakan diambil mengenai pelepasan gas-gas rumah kaca.”[xxxv]

Membakar bumi

Beberapa perusahaan-perusahan besar telah mengubah langkah dalam beberapa tahun yang lalu, sebahagiannya kerana kesedaran awam yang semakin meningkat. Shell, BP dan Ford telah mengundur diri daripada Persekutuan Iklim Global dan telah memasuki Majlis Kepimpinan Alam Semulajadi Perusahaan yang kononnya lebih prihatin terhadap alam sekitar.[xxxvi] Sememangnya, perubahan ini digambarkan dalam perubahan sikap. Eksekutif utama Ford, Bill Ford Jr, berkata dia ingin “menghijaukan” perusahaannya dan “membicarakan kebenaran mengenai krisis alam semulajadi kita yang menekan.” Dia juga menunjukkan kerisauannya dengan mengumumkan bahawa dia adalah seorang pencinta alam yang gemar berjalan kaki dan yang mengikut beberapa orang pekerja Ford untuk membersihkan sungai. Pengerusi majlis pengarah Shell, C. A. J. Herkstreter, berkata perubahan iklim “adalah isu alam semulajadi yang paling serius dan diluar kawalan yang menghadapi masyarakat.”

Perkataan-perkataan seperti ini mungkin atau mungkin tidak jujur pada tahap peribadi, dan kemungkinan juga Bill Ford Jr merupakan seorang pejalan kaki yang mencintai alam. Tetapi orang-orang seperti ini mempunyai satu matlamat lebih penting – untuk memaksimumkan keuntungan perusahaan-perusahaan yang diketuai mereka. Matlamat ini bermakna, seperti juga dengan Al Gore, bahawa kata-kata hijau mereka bercanggah dengan aksi-aksi mereka. Bill Ford Jr berkata bahawa perubahan iklim adalah “krisis alam semulajadi kita yang paling menekan” tetapi kemudiannya memastikan yang tidak berlakunya “perubahan-perubahan radikal” dalam polisi-polisi perusahaannya. Menurut pengakuan Ford sendiri, penyumbangkan Ford kepada usaha pengurangkan pelepasan gas-gas rumah kaca begitu “kecil.”[xxxvii]

Ini juga ditunjukkan oleh perusahaan yang telah mengalami perubahan sikap yang paling luas, iaitu BP. Pada bulan Julai 2000, BP mengumumkan perubahan-perubahan besar dalam usaha ‘menghijaukan’ perusahaan tersebut. Bermula dari sekarang, ia akan menjadi “BP: Beyond Petroleum” [Melintasi Petroleum] dan mendesak bahawa “kami bukannya sebuah perusahaan minyak.” BP mendesak bahawa ia sedang melabur dalam tenaga yang dapat diperbaharui dan bahawa ia mempunyai cita-cita untuk menjadi pengeluar tenaga matahari yang terbesar di dunia. Lambang perusahaan baru, iaitu pancaran matahari yang diwarna hijau, dapat juga dipetik dari mana-mana kempen alam semulajadi.

Eksekutif utama BP, John Browne, jauh di hapadan kesemua usahawan besar bahan api fosil dari segi ‘kehijauan’ dan telah berusaha dengan gigih untuk memajukan imej ini. Dia berkata bahawa “ia memang tidak masuk akal dan mungkin juga merbahaya untuk mengabaikan kerisauan yang semakin memuncak” mengenai pemanasan global.[xxxviii] Browne juga memberikan salah satu daripada syarahan Reith BBC pada tahun ini – dengan tema alam semulajadi – bersama dengan Putera Charles dan Vandana Shiva, iaitu seorang pengempen alam semulajadi.[xxxix]

Namun, kata-kata dan lambang baru BP tidak dapat menyembunyikan peluasan kejamnya untuk mengeluarkan dan menjual semakin banyak minyak dan gas untuk dibakar dan dengan itu menerukkan lagi pemanasan global. Jadi, walaupun ia mempunyai lambang baru dan mengumumkan hasrat untuk “melintasi petroleum,” selepas pembelian dan pergabungan perusahaan bernilai sebanyak $120 bilion, BP kini telah menjadi penjual petrol terbesar di dunia. Dan perangkaan memberikan gambaran yang berlainan daripada kata-kata BP yang kononnya mencari tenaga yang dapat diperbaharui dan bersih. Perusahaan tersebut telah membelanjakang sebanyak $7 juta untuk melancarkan imej barunya – dan telah mengetepikan $100 juta setahun untuk memajukannya. Roy Gueterbock, seorang pakar iklim dari Greenpeace, mengatakan, “Mereka telah membelanjakan lebih banyak untuk lambang mereka pada tahun ini daripada yang dibelanjakan mereka untuk tenaga yang dapat diperbaharui pada tahun yang lalu. Sambil membelanjakan lebih daripada $8 bilion untuk mencari minyak, BP berdiri lebih untuk membakar bumi daripada melintasi petroleum.” Menurut pengakuan BP sendiri, tenaga matahari hanyalah “sebahagian kecil daripada perusahaan kami sehingga kami tidak mentafsirkannya.” Sambil itu, ia akan meneruskan usaha peluasan rancangan pencarian minyak dan gas sebanyak 40 peratus, termasuk peluasan besar ke dalam sumber-sumber semulajadi di alam semulajadi Alaska yang rapuh.[xl]

Pada hari yang sama apabil ia melancarkan imej ‘hijau’ barunya, BP didenda sebanyak $10 juta oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat kerana melanggar undang-undang pencemaran udara di kilang-kilang Amerika Syarikat. Dan di sebalik retorik alam semulajadi, John Browne memberitahu pasaran-pasaran duit bahawa matlamat sebenar untuk pengubahan imej: “Semuanya adalah untuk meningkatkan jualan, meningkatan keuntungan dan mengurangkan kos.”[xli]

Ia tidak mustahil bahawa pergabungan ancaman pemanasan global, tekanan rakyat dan tindakan-tindakan kerajaan akan menghasilkan perubahan-perubahan dalam cara perusahaan-perusahaan bahan api fosil beroperasi. Tetapi segala bukti sehingga kini menunjukkan bahawa paling sekali, mereka akan menentang perubahan pada skala dan kelajuan yang diperlukan. Dan kesemua daripada mereka, sambil mengheboh-hebohkan dan membuat gerakan-gerakan kecil menuju tenaga yang dapat diperbaharui, masih mendesak untuk membawa pengeluaran bahan api fosil mereka ke pasaran-pasaran baru. Hampir kesemua perusahaan kereta terbesar sedang meluaskan diri ke Negara Cina dengan laju, seringkali dengan gabungan dengan perusahaan kenderaan kapitalis kerajaan Negara Cina. Akhbar Financial Times menulis mengenai “semangat di antara perusahaan-perusahaan kenderaan antarabangsa bagi pasaran Negara Cina.” Ia juga mengatakan bahawa, “Pertempuran bagi pemandu-pemandu India telah bermula… Barisan bagi pengeluar-pengeluar kereta asing antara telah mewujudkan atau meluaskan perjanjian dengan rakan-rakan kongsi India untuk memasuki pasaran itu.”[xlii]

Sebagai perusahaan-perusahaan kapitalis yang menginginkan keuntungan, beberapa perusahaan ini mungin mengambil keputusan bahawa keuntungan dapat dibuat daripada perkembangan teknologi tenaga dan barangan yang berdasarkan sumber-sumber bersih dan dapat diperbaharui, yang tidak menambah kepada masalah pemanasan global. Tetapi ia memang gila untuk mendakwa bahawa logik keuntungan itu dan ketidak-pastian pasaran akan mengubahsuai inti ekonomi dunia sebelum kita mengalami masalah.

Tekanan dari perusahaan-perusahaan ini ke atas kerajaan-kerajaan begitu besar dan mantap. Gergasi-gergasi bahan api fosil berada di pusat kelas pemerintah dunia. Kebanyakan ahli-ahli politik dalam kerajaan-kerajaan dunia hanya memerlukan sedikit dorongan untuk melaksanakan polisi-polisi demi kepentingan perusahaan-perusahaan besar secara umum dan gergasi-gergasi bahan api fosil secara khusus. Ahli-ahli politik tersebut serta parti-parti mereka mempunyai pandangan dunia yang sama – pro-perdagangan, pro-pasaran, pro-sistem keuntungan – seperti juga dengan perusahaan-perusahaan. Mereka bertindak dengan naluri berdasarkan kepentingan-kepentingan perusahaan besar.

Tetapi untuk memastikan yang perpaduan naluri ini dikukuhkan, gergasi-gergasi bahan api fosil menggerakkan roda politik dengan murah hati. Kerajaan Clinton-Gore di Amerika Syarikat telah menerima sekurang-kurangnya AS$12 juta dalam derma pilihanraya terus dari perusahaan-perusahaan bahan api fosil. Perusahaan-perusahaan minyak, gas, arang dan elektrik dianggarkan telah memberi parti-parti politik di Amerika Syarikat derma sebanyak AS$63.4 juta di antara tahun 1992 dan 1998. Ahli-ahli politik di Kongres dan Senat Amerika Syarikat yang berada di barisan depan tentangan terhadap perubahan iklim dibantu dalam usaha mereka oleh derma-derma murah hati dari usahawan-usahawan bahan api fosil. Di antara mereka adalah Wakil-wakil McIntosh, Knollenberg dan Barton, yang menerima AS$159,557, AS$75,390 dan AS$251,921 masing-masing sebelum mesyuarat perubahan iklim Kyoto. Ahli-ahli Senat Byrd dan Hagel menerima AS$199,700 dan AS$148,000 masing-masing dari perusahaan-perusahaan yang berkaitan dengan bahan api fosil pada tahun yang sama. Sikap yang dijamin oleh derma-derma ini disimpulkan oleh Brent Blackwelder dari kumpulan Friends of the Earth di Amerika Syarikat: “Mereka ini berusaha untuk menghancurkan mana-mana percubaan untuk menangani masalah pemanasan global kerana mereka berpendapat bahawa ia adalah percubaan untuk memusnahkan tamadun perindustrian.” Untuk orang seperti itu, seperti yang dikatakan oleh Daphne Wysham dari Institut Bagi Pelajaran Polisi di Washington, “Perubahan iklim adalah seperti komunisme baru.”[xliii]

Kesan-kesan tekanan dari perusahaan-perusahaan besar dan pengaruh bahan api fosil memang jelas dalam rekod buruk Amerika Syarikat berkenaan dengan perubahaan iklim. Dalam perangkaan yang berikut, ia penting untuk mengingati bahawa: kebanyakan ahli sains, seperti badan perubahan iklim IPCC dan Majlis Di-Raja Britain, berkata bahawa pelepasan karbon dioksida perlu dikurangkan sebanyak 60 peratus dalam 15-20 tahun yang akan datang untuk mengelakkan perubahan iklim yang serius.[xliv]

Bandingkan fakta ini dengan rekod Amerika Syarikat. Selepas perlengahan yang lama, Amerika Syarikat akhirnya berjanji di Mesyuarat Dunia Rio pada tahun 1992 untuk mengekalkan (bukannya memotong) pelepasan karbon dioksida pada perangkaan tahun 1990 menjelang tahun 2000. Ia tidak menepati janji kecil ini pun. Sebelum mesyuarat Kyoto pada tahun 1997, Amerika Syarikat mengaku bahawa pelesapannya sebenarnya meningkat sebanyak 11 peratus sejak tahun 1990 dan akan meningkat sebanyak 14 peratus menjelang tahun 2000.[xlv] Di negara-negara perindustrian OECD, secara keseluruhan, pelesapan meningkat sebanyak 4 peratus di antara tahun 1990 dan 1996, bukannya menurun.[xlvi]

Terdapat perbincangan dan omong-omong kosong pada mesyuarat Kyoto pada tahun 1997 sebelum pusingan perjanjian baru akhirnya dipersetujui. Tetapi tiga tahun kemudiannya, perjanjian Kyoto masih belum dikuatkuasakan kerana kebanyakan negara belum mengiktirafkannya sebagai perjanjian antarabangsa. Amerika Syarikat akhirnya berjanji di Kyoto untuk mengurangkan pelesapan gasnya sebanyak 7 peratus di bawah tahap 1990 sebelum tahun 2008-2012. Malah ini juga lebih teruk daripada yang disangkakan, seperti yang dijelaskan oleh kerajaan Amerika Syarikat sendiri: “Sasaran 7 peratus sebenarnya menandakan pengurangkan sebanyak 3 peratus… 4 peratus yang lebih akan datang dari perubahan-perubahan tertentu [yang dibuat oleh Amerika Syarikat di Kyoto] dalam cara gas-gas… ditafsirkan dan bukannya mencerminkan peningkatan dalam usaha kami.”[xlvii]

Janji kosong seperti ini, jika saya dibenarkan mengatakannya, hanyalah kata-kata kosong kerana, sebenarnya, Amerika Syarikat tidak akan mengiktirafkan perjanjian Kyoto sama sekali. Pada bulan Jun 1997, Senat Amerika Syarikat meluluskan Resolusi Byrd-Hagel, dengan 95 undi berbalas kosong, yang dibiayai oleh dua ahli senat yang, seperti kita sudah melihat, dibayar dengan baik oleh perusahaan-perusahaan bahan api fosil. Undang-undang ini menghalang pengiktirafan Amerika Syarikat bagi perjanjian Kyoto, atau mana-mana perjanjian perubahan iklim antarabangsa.[xlviii] Alasan untuknya adalah desakan bahawa jika negara-negara membangun seperti Negara Cina tidak berjanji untuk memotong pelesapannya, Amerika Syarikat juga tidak akan berbuat sedemikian. Ini adalah percubaan menghinakan oleh penjenayah terbesar di dunia untuk mengalihkan tanggungjawab kepada orang lain. Amerika Syarikat, dengan hanya 4 peratus daripada jumlah penduduk dunia, adalah bertanggungjawab untuk satu perempat daripada pelepasan karbon dioksida. Ia melepaskan lapan kali lebih banyak karbon diokisa per kapita daripada Negara Cina. Penentang-penentang bagi tindakan terhadap perubahan iklim juga memperdebatkan bahawa potongan-potongan pelepasan gas mungkin membawa potongan pekerjaan, dan mereka menggunakan alasan ini untuk memenangi sokongan dari kesatuan-kesatuan pekerja. Ini juga adalah hipokrasi jelas. Dalam empat tahun sebelum mesyuarat perubahan iklim Kyoto, perusahaan-perusahaan yang merupakan ahli Persekutuan Iklim Global memecatkan 84,000 orang pekerja di Amerika Syarikat sambil keuntungan mereka meningkat sebanyak 117 peratus.[xlix] Fakta ringkas adalah bahawa tanpa potongan serius dalam tahap pelepasan gas merbahaya Amerika Syarikat, prospek menangani ancaman pemanasan global sebenarnya begitu kecil sekali.

Lebih-lebih lagi, kerajaan Amerika Syarikat terus menuangkan pembiayaan-pembiayaan besar ke dalam ekonomi bahan api, lalu memastikan yang masyarakat terperangkap dalam barangan yang diperlukan oleh perusahaan-perusahaan bahan api fosil untuk kekayaan mereka. Amerika Syarikat memberikan industri bahan api fosil lebih kurang AS$18 bilion setiap tahun, tidak kira pengecualian cukai dan sokongan ketentaraan bagi operasi-operasi di luar Amerika Syarikat.[l] Untuk setiap dolar dari pembiayaan Amerika Syarikat yang dihulurkan kepada pengangkutan awam, kerajaan itu memberikan $7 bagi kereta. Fakta yang sama adalah benar pada skala global, di mana pembaiayaan-pembiayaan terus-menerus oleh kerajaan kepada industri-industri bahan api fosil dan nuklear pada 20 tahun yang lalu dianggarkan sebanyak AS$300 bilion, menurut satu laporan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu.[li]

Malah, di negara-negara yang berancang mengiktirafkan perjanjian Kyoto, potongan yang dirancangkan terlalu kecil dan terdapat pelbagai lubang dalam perjanjian itu sehingga tidak terdapat jaminan tindakan yang tulin. Matthew Spencer dari Greenpeace mentafsirkan bahawa lubang-lubang ini dapat menyebabkan peningkatan dalam pelesapan karbon dioksida sebanyak 15 peratus menjelang tahun 2010.[lii] Di antara lubang-lubang ini adalah rancangan untuk ‘perdagangan pelepasan’ di mana pasaran permit glonal untuk melepaskan karbon dioksida akan diwujudkan. Selain kegilaan meletakkan masa depan iklim dunia dalam tangan ahli-ahli kewangan yang berjudi untuk harga-harga permit tersebut, rancangan ini begitu kabur sehingga beberapa pengulas berpendapat bahawa ia akan memungkinan pelbagai perjanjian palsu yang membenarkan negara-negara meningkatkan pelesapan mereka.[liii] Namun perdagangan pelepasan, bukannya tindakan untuk memotong pelepasan, adalah fokus utama bagi perbincangan iklim antara kerajaan-kerajaan pada hari ini. Daphne Wysham menunjukkan bahawa mesyuarat-mesyuarat iklim ‘kini ibarat pertunjukkan perdagangan di mana pada hadirin bertempur untuk merampas sebahagian daripada pasaran yang lumayan, bukannya memberikan fokus kepada usaha mengelakkan pemanasan global.”[liv] Jenis kegilaan yang ini mungkin membawa digambarkan oleh TransAlta, sebuah perusahaan tenaga Kanada yang besar. Pada bulan Mac tahun ini, ia mengumumkan rancangan untuk memberikan lembu di Uganda sejenis makanan khas untuk mengurangkan pelepasan metan lembu-lembu tersebut, dan bukannya memotong pelesapan karbon dioksidanya sendiri. Di bawah kapitalisme, menghalang lembu daripada melepaskan angin adalah lebih baik daripada menghalang pembakaran bahan api fosil dan pelepasan gas rumah kaca yang disebabkannya.[lv]

Lubang-lubang penting yang lain termasuklah pengecualian bagi pelepasan gas rumah kaca dari kapal terbang dan kapal laut dari segala sasaran Kyoto. Ini sudah bertanggungjawab untuk lebih kurang 5 peratus dari pelepasan karbon dioksida global, dan pelesapan dari kapal terbang adalah sumber gas-gas rumah kaca yang meningkat dengan paling laju.[lvi]

Beberapa negara, terutamanya Britain dan Jerman, berkata mereka sedang mengetuai dunia dalam usaha memotong pelesapan dan merancangan potongan seterusnya. Kerajaan Buruh Baru Britain berkata ia akan melintasi potongan 12.5 peratus dari tahap tahun 1990 yang dijanjikannya di Kyoto dan memotongnya sebanyak 20 peratus menjelang tahun 2010. Jerman menjanjikan potongan sebanyak 25 peratus menjelang tahun 2005. Tetapi ini sebenarnya adalah penipuan. Seperti yang ditunjukkan oleh laporan Majlis Di-Raja mengenai Pencemaran Alam Sekitar, penurunan dalam tahap pelepasan Britain dan Jerman adalah akibat faktor asing: di Britain, ianya akibat kemerosotan industri arang di bawah kerajaan Konservatif fan ‘perlumbaan untuk gas’ di stesen-stesen tenaga (gas juga menghasilkan gas-gas rumah kaca, tetapi kurang daripada arang), dan di Jerman ia adalah hasil penutupan secara berleluasa bidang perindustrian di bekas Jerman Timur selepas penyatuan. Gambaran sebenarnya di kedua-kedua negara tersebut tidaklah baik sangat.

Majlis Di-Raja memberi amaran bahawa perangkaan Britain untuk potongan sebanyak 20 peratus tidak akan dicapai melalui polisi-polisi kerajaan yang sedia ada, dan berkata “terdapatnya jurang dalam rancangan perubahan iklim kerajaan.” Dan ia mengatakan dengan menyindir bahawa “ini, kami berpendapat, adalah mengapa… [kerajaan] berucap mengenai ‘bergerak menuju’ matlamat tempatan bagi potongan sebanyak 20 peratus.”[lvii] Majlis itu sendiri mendesak bahawa potongan pelepasan sebanyak 60 peratus diperlukan dalam 20 tahun yang akan datang untuk bermula menangani masalahnya. Namun, menteri alam sekitar Parti Buruh Baru, Michael Meacher, menolak kata-kata seperti ini sebagai sesuatu yang “bukannya politik tulin.”[lviii]

Politik tulin bagi Parti Buruh Baru bermaksud memberi pembiayaan kepada perusahaan-perusahaan bear dan perusahaan-perusahaan bahan api fosil. Hampir lima kali lebih banyak dibelanjakan untuk kajian berkenaan dengan bahan api fosil daripada kajian mengenai tenaga yang dapat diperbaharui.[lix] Malah, kerajaan Britain telah melantik bekas pengarah BP, Lord Simon, sebagai ‘menteri kerajaan untuk persaingan.’ Jika penentuan lebih mengenai perangai kerajaan itu diperlukan, rancangan pengangkutan sepuluh tahunnya, yang dilancarkan pada bulan Julai 2000, diiktirafkan oleh Persatuan Industri Britain sebagai “kejayaan besar bagi masyarakat perdagangan.” Rancangan pembinaan jalanraya-nya yang bernilai sebanyak £21 bilion akan, menurut perangkaan kerajaan itu sendiri, meningkatkan trafik jalanraya sebanyak 17 peratus menjelang tahun 2010.[lx]

Gigi naga dan kutu

Badan-badan seperti OECD dan Majlis Di-Raja menyedari keperluan untuk tindakan radikal berkenaan dengan pemanasan global. Namun, cadangan-cadangan mereka untuk tindakan tidak mencukupi sama sekali kerana mereka menerima logik pasaran yang sama seperti ahli-ahli politik yang digambarkan di atas. Misalnya, OECD tidak dapat melihat mekanisme lain untuk mencuba menangani masalahnya selain pasaran. Laporannya mengandungi muka surat demi muka surat yang menunjukkan graf dan kenyataan yang semuanya terbenam dalam logik ‘persaingan’ dan sistem keuntungan. Ini mungkin menakjubkan jika dilihat sekelip mata, tetapi jika dikaji dengan rapi, ia hanyalah kata-kata manis sahaja.[lxi] Pada satu tahap, ia menyedari masalah bahawa tingkahlaku firma-firma kapitalis yang ia bergantung kepada untuk menangani masalah perubahan iklim “biasanya digerakkan oleh ‘garisan bawah’ – meminimumkan kos untuk merangkul sebahagian daripada pasaran dan memaksimumkan keuntungan.”[lxii] Tetapi ia kemudiannya kembali kepada graf-grafnya dan kepercayaan bahawa masalah ini dapat dielakkan dengan polisi-polisi yang bermaksud bahawa ‘taraf gaji berubahsuai dengan senang.” Keuntungan adalah yang paling penting, jadi biarlah pekerja yang merana.

Masalah yang sama terletak di inti laporan Majlis Di-Raja. Selepas menghuraikan skala masalah ini dengan baik, cadangan-cadangannya untuk tindakan begitu melucukan. Ia berharap yang Bandar London akan menjadi pusat bagi perdagangan pelepasan, memuji “penswastaan industri-industri tenaga dan liberalisasi pasaran-pasaran tenaga” serta mendesak bahawa kesan potongan pelesapan karbon dioksida ke atas “persaingan” perdagangan perlu diimbangkan dengan “memotong sumbangan Insurans Kebangsaan pihak majikan.”[lxiii] Sekali lagi, keuntungan tidak patut disentuh, maka perkhidmatan kebajikan perlu dipotong.

Ia bukan sahaja ahli-ahli politik tradisional (atau badan-badan seperti OECD dan Majlis D-Raja) yang tumbang kerana mereka menerima had-had kapitalisme. Beberapa pihak yang bermula dengan menentang sistem dan memenangi pengaruh dengan mengemukan isu-isu alam semulajadi kadang-kala berakhir dengan mengelolakan sistem itu dengan segala kebinasaannya. Inilah takdir yang telah dialami oleh pemimpin-pemimpin parti-part Hijau yang kini mempunyai kuasa di negara-negara Eropah seperti Perancis dan Jerman. Kita mempunyai gambaran menjijik di mana pemimpin Parti Hijau Jerman, Joschka Fisher, mendorong peperangan kotor NATO di kawasan Balkan, dan malah ahli-ahli politik hijau dalam kerajaan memungkiri janji mereka untuk menghapuskan tenaga nuklear. Di Perancis, Menteri Parlimen Eropah dari Parti Hijau dan bekas pemimpin pemberontakan pelajar pada tahun 1968, Daniel Cohn-Bendit telah menyokong Perang Balkan, sambil menteri alam sekitar Parti Hijau, Dominique Voyet, akhirnya diserang kerana tindakan lemahnya berkenaan dengan pencemaran alam sekitar yang diakibatkan oleh tumpahan minyak TotalFina di perairan barat Perancis. Dan tidak terdapat satu ahli politik dari Parti Hijau pun yang mendesak atau mengajukan jenis tindakan yang diperlukan untuk menangani masalah pemanasan global.

Penyelesaian-penyelesaian bagi malapetaka ancaman pemanasan global adalah senang, sekurang-kurangnya pada satu tahap – menentang logik sebuah dunia di mana keuntungan diberikan keutamaan dan segalanya yang lain, dari kehidupan umat manusia sehingga alam semulajadi, tidak diberikan keutamaanya langsung. Pada dasar ini, terdapat tindakan-tindakan terus-menerus yang dapat memberikan jenis potongan dalam pelepasan rumah kaca yang diperlukan untuk mengelakkan malapetaka. Untuk menangani masalah jangka masa panjang memerlukan tindakan selanjutnya. Ia bermaksud menghancurkan pengaruh perusahaan-perusahaan bahan api fosil ke atas dunia dan mengubah bidang pengeluaran dan masyarakat secara radikal untuk memenuhi keperluan umat manusia sambil menjamin kestabilan masyarakat pada jangka masa lama.

Sambil tindakan-tindakan tempatan atau kebangsaan serta perubahan cukai memang diperlukan dan berguna, untuk menghadkan tentangan terhadap ancaman pemanasan global kepada perspektif seperti ini seudah tentu akan menemui kegagalan dan mengena sasaran yang salah.

Inilah perspektif yang diutarakan, misalnya, oleh Colin Hines dalam bukunya bertajuk Localisastion: A Global Manifesto[lxiv] [Lokalisasi: Manifesto Global] – buku yang dipuji oleh pelbagai aktivis berkenaan dengan kesan-kesan kapitalisme global, dari Vandana Shiva sehingga aktivis makanan Tim Lang dan pengarah kempen perhutangan Jubilee 2000, Ann Pettifor. Hines menyerang apa yang dilakukan oleh kapitalisme global terhadap golongan miskin di seluruh dunia dan alam semulajadi. Namun, apabila berhadapan dengan persoalan apa yang patut dilakukan, jawapannya begitu lemah. Berkenaan dengan pemanasan global, dia menuntut “cukai barangan dan aktiviti yang mencemar, merosakkan atau menghancurkan alam semulajadi” agar “ia menyebabkan beberapa kos alam semulajadi untuk diambil kira dalam keputusan-keputusan perdagangan atau swasta.”[lxv] Tidak terdapat cadangan untuk menentang logik kapitalisme sendiri; sebaliknya, matlamatnya adalah untuk “meningkatkan pergerakkan pasaran.”[lxvi] Sememangnya, dia menawarkan tindakan-tindakannya sebagai cara untuk menyelamatkan sistem daripada dirinya sendiri, satu-satunya cara untuk “memberikan tahap tuntutan kukuh yang diperlukan untuk menyelamatkan pasaran.”[lxvii]

Terdapat juga beberapa isu yang diperdebatkan oleh Hines yang begitu terpesong sekali, seperti seruan bagi sebuah dunia yang lebih “intensif dari segi pemburuhan” – ini bukannya pandangan yang dipegang oleh kebanyakan orang yang mengerjakan tugas-tugas yang diperlukan oleh dunia untuk makanan dan barangan. Realiti dunia yang kita mengalami ini adalah di mana kebantingan tulang bagi kebanyakan orang adalah serupa dengan kemelaratan pengangguran dan pemaksaan pengangguran bagi ramai lagi. Penyelesaiannya bukanlah untuk menuntut sebuah dunia yang lebih intensif dari segi pemburuhan, tetapi sebaliknya untuk menggunakan kemampuan pengeluaran gergasi masyarakat moden untuk memotong jangka masa bekerja, dan untuk berkongsi tugas dan riadat secara sama rata. Perbezaan di antara kritikan membara dan menggalakkan Hines mengenai realiti dunia dengan penyelesaian-penyelesaian yang dicadangkan dapat digambarkan oleh bahagian dalam bukunya yang bertajuk ‘Memansuhkan Pemerintahan Korporat.’ Satu-satunya cadangan kukuh adalah “tindakan perundangan untuk menghapuskan segala bentuk pembiayaan korporat bagi parti-parti politik dan kempen pilihanraya, pengenaan peraturan-peraturan ketat ke atas pengaruh perusahaan besar dan operasi mengubah fikiran, sambil memastikan ruang yang lebih besar bagi kumpulan-kumpulan rakyat dan badan pengubah fikiran mereka.”[lxviii] Ia adalah seperti metafora Karl Marx mengenai seseorang yang telah menanam gigi naga dan menuai kutu.”[lxix]

Malah, Al Gore pernah menulis mengenai perubahan iklim bahawa “perubahan kecil dalam polisi, pengubahsuaian kecil dalam rancangan yang sedia ada, pembaikan sederhana dalam perundangan dan peraturan, retorik yang ditawarkan berkenaan dengan perubahan sebenar” tidak mencukupi, tetapi sebaliknya “perubahan besar ke atas masyarakat” diperlukan. Gore sememangnya bersikap hipokrit, tetapi dia tetap betul.[lxx] Perubahan besar ke atas masyarakat diperlukan untuk menangani ancaman ini, ancaman yang mencabar secara terus-menerus penguasaan dunia oleh perusahaan besar dan sistem keuntungan yang dibawa olehnya.

Perubahan seperti itu tidak dapat dicapai melalui nostalgia romantik bagi sebuah dunia yang tidak pernahwujud, sebuah mimpi pra-sejarah, semulajadi yang terdiri daripada petani, tukang kraf, pengeluar kecil dan pengguna. Aktivis-aktivis alam semulajadi seperti George Monbiot, yang menyerang korporasi-korporasi bahan api fosil (dan perusahaan-perusahaan besar yang lain) – serta ahli-ahli politik yang tunduk kepada mereka – kadang-kala terjerumus ke dalam perangkap ini. Monbiot sentiasa mengambil langkah untuk menjauhkan dirinya daripada sifat keajaiban dan sifat anti-sains yang tidak rasional yang dipupuk oleh tokoh-tokoh seperti Putera Charles [di Britain], dan aktivis-aktivis alam semulajadi seperti Vandana Shiva dan Mae Wan Ho yang memupuk pendapat-pendapat seperti pendapat Putera Charles. Monbiot memang merupakan seorang yang mempertahankan sains dengan bersemangat dan mantap, dan sememangnya menentang cara ia semakin keluar dari sektor awam dan ke dalam tangan perusahaan-perusahaan besar.[lxxi] Namun, dia seolah-olah memimpikan pengembalian kepada dunia bahagia yang terdiri daripada pengeluar kecil dan pengguna, sebagai alternatif kepada penguasaan dunia oleh perusahaan-perusahaan besar dan kerajaan-kerajaan yang tertakluk kepada mereka. Dia menakuti “masa depan tanpa kedai-kedai kecil,” lalu mencadangkan “pasaran-pasaran petani menjual hasil-hasil tempatan” sebagai alternatif kepada kuasa pasaraya-pasaraya, dan mencadangkan agar orang ramai melabur sebagai pemegang saham dalam ladang-ladang organik kecil di mana mereka dapat bekerja pada waktu cuti. Jika cadangan terakhir ini adalah cara George Monbiot melepaskan diri daripada tekanan dan alienasi kapitalisme moden, biarlah, dan saya sudah tentu akan berasa gembira untuk bekerja sedemikian pada waktu cuti untuk sebab-sebab yang sama. Tetapi ini sudah tentu bukanlah cara untuk menentang kuasa zalim perusahaan-perusahaan yang membinasakan dunia dan kehidupan umat manusia, seperti yang telah ditunjukkan oleh George Monbiot sendiri.[lxxii]

Kritikan lebih terperinci mengenai kelemahan-kelemahan dalam pendekatan seperti ini untuk menentang kapitalisme terkandung dalam rencana Chris Harman dalam jilid International Socialism ini. Di sini, saya ingin membandingkan pendekatan-pendekatan seperti ini dengan langkah-langkah yang mungkin, dan mesti, diambil untuk menangani ancaman pemanasan global. Langkah-langkah ini menuju arah yang lain daripada pengunduran dari kapitalisme global, atau daripada langkah seperti mimpi, atau daripada usaha-usaha yang hanya mengubahsuai sistem ini secara kecil-kecilan. Sebaliknya, langkah-langkah ini bermaksud berjuang untuk melintasi kapitalisme global pada dasar menggunakan ilmu pengetahuan dan teknologi umat manusia serta kemampuan kolektif kita untuk mengubahsuai bidang pengeluaran.

Penyelesaian dalam genggaman kita

Terdapat berbagai-bagai tindakan senang dan segera yang dapat memotong pelepasan karbon dioksida secara mendadak. Satu daripadanya adalah untuk menggunakan teknologi yang sedia ada untuk membersihkan pelepasan stesen-stesen tenaga – iaitu salah satu daripaa sumber pelepasan gas rumah kaca yang terbesar. Tidak terdapat apa-apa sebab mengapa mana-mana stesen tenaga perlu melepaskan karbon dioksida ke dalam atmosfera. Tiga pakar dalam bidang ini pernah menulis bahawa “teknologinya berfungsi dengan baik” tetap “hanya beberapa stesen tenaga menahan karbon dioksida daripada gas-gas pelepasan.”[lxxiii] Majlis Di-Raja Mengenai Perubahan Iklim mendesak, “Teknologi-teknologi untuk menahan karbon diokida sudah dimajukan dengan baik dan dapat digunakan di stesen-stesen tenaga baru atau dipasangkan di stesen-stesen lama.”[lxxiv] Sebab mengapa teknologi seperti ini tidak digunakan adalah jelas: ia akan memotong keuntungan mana-mana perusahaan yang menggunakannya dengan serius. Perusahaan seperti itu berasa takut bahawa pesaing-pesaingnya akan mengalahkannya, atau ia mungkin menjadi sasaran bagi pengambil-alihan apabila keuntungannya yang semakin menurun bermaksud bahawa harga sahamnya juga menurun berbanding dengan pesaing-pesaing yang lain. Masalahnya adalah keuntungan. Ini juga benar bari teknologi yang wujud untuk menyimpan atau ‘menahan’ karbon dioksida di lautam atau di bawah dasar laut, di mana ia tidak dapat melepaskan diri ke atmosfera. Beberapa projek awal sudah diusahakan, seperti di kawasan gas asli Sleipner di perairan Norway. Tetapi, sekali lagi, ketakutan dengan tekanan persaingan bermakna bahawa teknologi seperti ini tidak digunakan dalam cara ia patut dan boleh digunakan.[lxxv] Jawapannya adalah untuk kerajaan-kerajaan mengarah perusahaan-perusahaan menggunakan teknologi seperti ini, tetapi ini akan bermakna berdiri teguh di hadapan perusahaan-perusahaan, bukannya menunduk kepadanya.

Langkah paling besar yang dapat diambil untuk memotong pelepasan karbon dioksida dengan segera dari pengangkutan, iaitu satu lagi punca utama, adalah untuk meluaskan pengangkutan awam. Di bandar-bandar seperti London, misalnya, untuk mengusahakan pengangkutan awam 24 jam yang lebih luas sudah tentu akan memotong penggunaan kereta peribadi dengan mendadak – dan dengan itu, menggalakkan penggunaan basikal dan berjalan kaki. Ini dapat dibiayai dengan senang, tetapi bukannya dengan cukai terhadap perjalanan kereta – yang adalah serupa dengan sekatan mengikut kekayaan, membenarkan kaum kaya dan usahawan-usahawan besar untuk menggunakan jalanraya sambil orang biasa, yang lebih memerlukan jalanraya, tidak mampu menggunakannya. Sebaliknya, cukai besar ke atas keuntungan perusahaan, dan kawalan harga untuk menghalang mereka daripada menaikkan harga barangan, adalah apa yang diperlukan.

Satu langkah ringkas tetapi efektikf yang dapat memotong penggunaan tenaga, dan dengan itu pelepasan gas rumah kaca, adalah rancangan penyalutan bangunan-bangunan dan rumah-rumah secara berleluasaan, iaitu langkah yang juga akan menolong kaum kaya dengan harga tenaga. Majlis Di-Raja Mengenai Perubahan Iklim menganggar bahawa tindakan seperti ini akan memotong penggunaan tenaga dalam setiap rumah sebanyak satu pertiga.[lxxvi] Tetapi ini akan memerlukan sebuah rancangan pelaburan awam yang besar, dan sekali lagi akan bermaksud mencukai kaum kaya dan perusahaan-perusahaan besar untuk membiayainya.

Dalam mana-mana kes ini, ia bukanlah mengenai para pekerja di negara-negara seperti Britain menurunkan taraf kehidupan mereka atau memecat pekerja dalam perusaahaan-perusahaan kereta dan sebagainya, seperti yang diutarakan oleh beberapa orang aktivis alam semulajadi. Idea bahawa jika pekerja menerima taraf kehidupan dan gaji yang lebih rendah, maka perusahaan-perusahaan besar akan menggunakan duit yang lebih dalam poket mereka untuk menangani masalah perubahan iklim hanyalah sekadar gurauan. Mereka hanya akan memberikan eksekutif-eksekutif dan pemilik-pemilik saham mereka keuntungan yang lebih besar, dan terus bertindak seperti sekarang. Dan jika Ford, misalnya, dibenarkan memecat pekerja di kilangnya di Dagenham, Essex [di Britain], akankah ini melakukan apa-apa untuk mengurangkan kereta di jalanraya atau memotong pelepasan gas rumah kaca? Sudah tentu tidak. Ford hanya ingin mengeluarkan sebanyak kereta yang mungkin dengan menggunakan kilang-kilang di tempat yang lain, tetapi akan mencuba membuat keuntungan yang lebih besar lagi dalam proses ini.

Jika beberapa langkah yang digariskan di atas diusahakan, maka jualan dan penggunaan kereta akan dikurangkan, dan tenaga yang kurang akan digunakan. Tetapi ini tidak bermakna jumlah pekerjaaan yang lebih kecil. Langkah-langkah seperti ini juga akan menuntut pekerjaan dalam bidang pembinaan, pengeluaran bahan-bahan penyalutan, dalam usaha membina keretapi, bas dan meletakkan landasan. Kebanyakan pekerja yang kini tidak mempunyai pilihan selain membina kereta dapat menggunakan kemahiran mereka untuk melakukan usaha-usaha seperti ini pula. Kerajaan-kerajaan dapat memastikan yang pekerja-pekerja dijamin pekerjaan sambil mengusahakan rancangan kerjaraya besar-besaran seperti ini, dan, jika perlu, menasionalisasikan kilang-kilang yang diperlukan untuk mengubah pengeluaraan demi apa yang diperlukan.

Kunci bagi perubahan seperti ini adalah untuk mengalih pandangan daripada ekonomi bahan api fosil. Ini memerlukan perubahan kepada pengeluaran tenaga berdasarkan tenaga yang dapat diperbaharui, bukannya sumber-sumber yang menghasilkan gas rumah kaca. Teknologinya sudah wujud – khususnya tenaga angin, ombak dan matahari. Ia adalah mitos, yang dipupuk oleh perusahaan-perusahaan bahan api fosil, bahawa sumber-sumber ini tidak dapat memenuhi keperluan tenaga masyarakat dan bahawa ianya terlalu rumit secara teknikal atau terlalu mahal untuk digunakan. Misalnya, Jabatan Perdagangan dan Industri Britain menunjukkan bahawa penjana-penjana angin dari laut dengan sendiri dapat memenuhi sekurang-kurangnya dua kali ganda dan mungkin juga 40 kali ganda keperluan tenaga Britain pada masa ini.[lxxvii] Namun, kerajaan Britain tidak mempunyai rancangan untuk memajukan kawasan-kawasan penjana tenaga angin. Satu lagi laporan kerajaan menunjukkan bahawa penjana-penjana tenaga angin dan ombak dapat memenuhi lebih tiga kali ganda keperluan tenaga Britain.[lxxviii] Kerajaan Britain juga mengatakan bahawa sel-sel foto-voltan tenaga matahari dalam dinding dan bumbung mempunyai potensi teknikal untuk mengurangkan keperluan tenaga Britain sebanyak 12 peratus dalam hanya beberapa tahun. Bertentangan dengan mitos umum, sel-sel ini sebenarnya bergantung kepada cahaya, bukannya haba atau sinaran matahari secara langsung, untuk kegunaannya. Jadi, walaupun ia mungkin lebih baik digunakan di negara-negara yang menerima sinaran matahari sepanjang tahun, mereka masih juga dapat digunakan di negara-negara seperti Britain.[lxxix] Kebenarannya adalah bahawa “potensi untuk penggunaan tenaga yang dapat diperbaharui di negara ini [Britain] adalah besar, tetapi pengusahaannya masih lemah.”[lxxx]

Ia bukanlah juga kerana teknologi-teknologi ini adalah mahal sangat. Pada masa ini, kuasa angin dapat menjana elektrik pada kadar 2.9p [15sen] per kilowatt jam, berbanding dengan 2p [10 sen] bagi elektrik yang dijana oleh gas. Kuasa ombak kini berharga lebih kurang 4p [20 sen] per kilowatt jam dan kuasa matahari lebih kurang 7p [35 sen].[lxxxi] Ini adalah tanpa pelaburan besar dalam kajian, pembangunan dan ekonomi-ekonomi skala yang dapat menjadikannya lebih murah lagi. Meskipun tanpa pelaburan besar, harga eletrik yang dijana dari kuasa angin telah jatuh sebanyak 10 peratus setiap tahun pada puratanya dalam 15 tahun yang lalu, sambil sel-sel foto-voltan sedang jatuh dalam kos sebanyak 15 peratus setahun.[lxxxii] Perusahaan-perusahaan bahan api fosil sedang bermain dengan teknologi-teknologi ini, tetapi mereka enggan membuat pelaburan besar dan beralih dari tindakan mereka pada masa ini untuk menangani kesan rumahkaca. Mereka ketagih dengan aliran keuntungan dari bahan api fosil dan barangan yang menggunakannya, dan menuntut polisi-polisi kerajaan yang terus mementingkan fakta ini. Di Britain di antara tahun 1990 dan 1995 sahaja, kerajaan menuangkan £4.5 bilion lagi untuk membiayai industri-industri bahan api fosil.[lxxxiii]

Di samping perubahan-perubahan yang digariskan di atas, tindakan-tindakan lain, sememangnya, diperlukan untuk mengakhiri ancaman pemanasan global dan pemusnahan alam sekitar. Dalam sebuah dunia yang dapat menampung diri sendiri, kebanyakan daripada pembaziran luarbiasa di bawah kapitalisme – untuk persenjataan, pengiklanan, kejudian bank-bank dan pertubuhan-pertubuhan kewangan dan sebagainya – akan dihapuskan. Ini akan membebaskan sumber-sumber yang dapat digunakan untuk sebab-sebab yang lebih baik dalam cara yang menghargai alam sekitar. Sebuah masyarakat waras juga akan mengakhiri kegilaan di mana berjuta-juta orang terpaksa berjalan jauh setiap hari hanya untuk sampai di tempat bekerja – pekerjaan patut diwujudkan di tempat di mana orang ramai ingin menetap. Dan dengan komunikasi moden dan pengangkutan awam cepat lagi percuma, tidak terdapatnya sebab mengapa perbezaan gila di antara bandar-bandar gergasi dan kawasan desa tidak dapat diubah secara radikal.

Untuk mengamalkan tindakan-tindakan yang diperlukan untuk menangani pemanasan global dengan serius akan bermakna mengambil duit dari perusahaan-perusahaan besar dan menentang kekuasaan mereka untuk mengarahkan pelaburan ke dalam apa yang diperlukan – tanpa mengira keuntungan. Ini akan mendapat tentangan hebat dari perusahaan-perusahaan besar dan dari kerajaan-kerajaan yang melayani kepentingan-kepentingan mereka. Penyelesaian bagi tentangan tersebut bukanlah untuk menjauhkan diri dari pertempuran dan mencari persetujuan yang bertolak-ansur. Sebaliknya, ia adalah untuk mengalihkan pandangan kepada kuasa-kuasa yang dapat mematahkan tentangan itu dan meletakkan dasar bagi perubahan masyarakat yang lebih radikal, kuasa yang dapat mengakhiri ancaman pemanasan global dan pembinasaan alam sekitar buat selama-lamanya.

Terdapat hanya satu kuasa sosial yang mempunyai potensi dan kuasa untuk memenangi pertempuran seperti itu – rakyat jelata yang melakukan kerja yang menggerakkan fungsi sistem seharian. Kelas pekerja ini – di kilang-kilang, pejabat-pejabat, sekolah-sekolah, hospital-hospital dan di merata-rata lagi – menyumbangkan tenaga seharian yang diperlukan oleh masyarakat dan tanpa mana perusahaan-perusahaan tidak dapat berfungsi. Dan di kalangan bahagian-bahagian yang paling kuat di dalam kelas itu adalah mereka yang melakukan kerja yang diperlukan oleh perusahaan-perusahaan bahan api fosil global untuk kekayaan mereka – pekerja-pekerja arang, minyak, gas, kereta dan sebagainya. Semua mereka ini, kelas pekerja antarabangsa ini, adalah kunci untuk memenangi perubahan masyarakat yang diperlukan untuk ‘mematahkan pemerintahan korporat,’ sejenis pemerintahan yang kini mengancam iklim dunia dan dengan itu, kemampuan tamadun.

Organisma-organisma yang diubahsuai gen

Pemanasan global melukiskan bagaimana dasar pengeluaran yang membentukkan sebahagian besar daripada kekayaan dan kekuasaan kelas pemerintah dapat mengancam alam semulajadi dan membawa kebinasaan sosial. Kapitalisme menghasilkan ancaman-ancaman alam semulajadi yang lain juga. Ciri utama kapitalisme adalah bahawa ia sentiasa mencuba memperkembangkan dan mencari keuntungan dari hasil-hasil baru, untuk memerah pasaran-pasaran baru dan meluaskan kekuasaan mereka yang berada di kepala pusat-pusat persaingan yang menguasai sistem tersebut.

Ini telah berkali-kali membawa kehancuran alam semulajadi dan manusia. Pertimbangkanlah cara perdagangan telah meraih keuntungan dari pengeluaran asbestos, dengan hanya memikirkan kertas akaun dan pemegang-pemegang saham. Dan apabila kebahayaannya menjadi jelas, ianya menyembunyikan kenyaataan-kenyataan itu dan menhalang percubaan untuk menanganinya.[lxxxiv] Atau fikirkan bagaimana tiga perusahaan besar melihat peluang meraih keuntungan besar dalam tambahan plumbum dalam petrol. Perusahaan-perusahaan ini, General Motors, DuPont dan Standard Oil, memang mengetahui bahaya-bahaya tindakan seperti itu seawal tahun 1920-an. Mereka juga mengetahui bahawa alternatif-alternatif yang lebih selamat sudah dijumpai, seperti alkohol, yang mempunyai kesan yang sama dalam mengurangkan ‘ketukan’ dalam enjin-enjin. Tetapi alkohol tidak dapat dikawal melalui hakcipta manakala tambahan plumbum dapat dikawal. Maka, sambil perusahaan-perusahaan tersebut meraih keuntungan, mereka menyembunyikan bahaya-vahaya sebenar dari plumbum selama berdekad-dekad dengan akibat alam semulajadi dan manusia yang membinasakan.[lxxxv] Cerita ngeri yang sama dapat dibahaskan mengenai perusahaan-perusahaan tembakau dan lain-lain.

Dalam beberapa tahun yang lalu, sesuatu ancaman baru telah bangkit – ancaman yang jelasnya global dalam akibat-akibatnya dan kesan-kesan manusia dan alam semulajadinya: organisma-organisma yang diubahsuai gen (genetically modified; GM) atau transgenik.

Kelajuan dan skala perkembangan ini memang menakjubkan. ‘Kejuruteraan’ genetik hanya bermula di makmal-makmal pertubuhan-pertubuhan saintifik pada tahun 1970-an, membina pada kemajuan-kemajuan dalam biologi molekular yang mengikuti perjumpaan struktur asas bahan genetik DNA pada tahun 1954.[lxxxvi] Pengubahsuaian gen berjaya yang pertama ke atas tumbuhan tidak berlaku sehingga tahun 1983. Dua belas tahun yang mengikuti menyaksikan perkembangan mendadak, dengan pengubahsuaian lebih daripada 60 spesies tumbuhan dan hampir 3,000 kajian tumbuhan GM. Namun, kebanyakan daripadanya bersifat eksperimen dan ia hanyalah dalam beberapa tahun yang lalu – sejak tahun 1996 – di mana kegunaan tumbuhan-tumbuhan dan hasil-hasil GM komersil berskala besar telah berkembang.[lxxxvii] Kini “di merata-rata dunia, beribu-ribu jenis sedang dikaji. Dalam masa beberapa tahun, hampir seluruh dunia akan melimpah dengan makanan GM.”[lxxxviii] Separuh daripada kacang soya yang ditanam di Amerika Syarikat adalah GM, dan begitu juga dengan saty pertiga daripada tanaman jagung negara itu.[lxxxix]

Organisma-organisma GM telah melepasai genggaman makmal-makmal kajian dan telah menjadi perdagangan besar. Pasaran global sudah bernilai sebanyak AS$3 bilion dan dianggarkan menuju lebih kurang AS$25 bilion menjelang tahun 2010.[xc] Duit seperti itu, dan dengannya wangi keuntungan, telah melihat pelbagai perusahaan ‘biotek’ berkembang – beberapa dengan ahli-ahli sains menjadi usahawan-usahawan besar, tetapi seringkali perusahaan-perusahaan kimia lama mengubah wajah mereka. Seperti juga dengan wabak dot.com, ia juga telah melihat perjanjian saham spekulatif. Nilai saham melompat dengan janji kedatangan hasil dan keuntungan pada masa depan, sebelum satu sen pun daripada keuntungan itu dilihat. Seperti dengan gelembung dot.com juga, kebanyakan daripada perusahaan-perusahaan tersebut telah tumbang apabila kerugian semakin meningkat atau apabila janji keuntungan seolah-olah lebih jauh di masa depan daripada yang disangkakan.[xci] Keghairahan ini telah berlalu, seperti dalam sejarah kapitalisme, dengan meninggalkan beberapa perusahaan yang kini menguasai pasaran global.

Hanya lima perusahaan multinasional kini menguasai hampir 100 peratus daripada pasaran biji benih GM. Lima ‘Gergasi Gen,’ seperti yang mereka telah dinamakan, adalah, pada masa menulis, AstraZeneca, DuPont, Monsanto, Novartis dan Aventis. Pergabungan seterusnya mungkin berlaku. Novartis dan AstraZeneca mempunyai rancangan untuk menggabungkan bahagian-bahagian agro-kimia dan biji benih mereka untuk menubuhkan Syngenta, dan Monsanto mempunyai rancangan untuk bergabung dengan perusahaan ubat Pharmacia dan Upjohn.[xcii] Organisma-organisma GM hanya dapat difahami sebagai sebahagian daripada desakan kesemua perusahaan gergasi ini untuk meningkatkan pasaran, keuntungan dan kekuasaan mereka. Segala perdebatan saintifik dan alam semulajadi perlu dilihat dengan latarbelakang ini.

Organisma-organisme GM hanyalah satu bahagian dalam strategi perusahaan-perusahaan tersebut. Lima Gergasi Gen yang sama itu juga menguasai dua pertiga daripada pasaran racun serangga global dan lebih daripada satu persuku daripada pasaran biji benih bukan GM.[xciii] Lima perusahaan itu dan beberapa syarikat yang lain, seperti Bayer, Dow dan American Home Products, juga menguasai lebih 90 peratus daripada pasaran agro-kimia yang bernilai sebanyak AS$31 bilion setahun.

Gergasi Gen itu mempunyai akar dalam pengeluaran kimia. Monsanto, misalnya, merupakan perusahaan yang memperkenalkan perosak tumbuhan Ejen Oren yang digunakan oleh Amerika Syarikat dalam peperangannya di Vietnam, dengan kesan-kesan membinasakan pada manusia yang masih dirasai pada hari ini. Dalam beberapa tahun yang lalu, hasil-hasil utamanya merupakan agro-kimia, dan paling sekali adalah racun rumput Roundup yang dikawal oleh hakcipta.[xciv] Lebih kurang 85 peratus daripada jualan Aventis sebanyak £11 bilion setahun datangnya dari racun rumput, racun serangga dan racun kulat.[xcv] Desakan menuju tanaman dan biji benih GM adalah usaha oleh perusahaan-perusahaan tersebut untuk menguasai jenis biji benih yang digunakan dalam pertanian. Mereka ingin menggunakan biji benih GM untuk memagari pertanian dalam pergantungan kepada agro-kimia yang dihasilkan oleh mereka. Setiap perusahaan ini juga telah berkembang dengan mendadak ke dalam biji benih bukan GM, dengan membeli perusahaan-perusahaan yang menguasai pasaran tersebut. Monsanto telah membelanjakan lebih daripada AS$8 bilion dalam lima tahun yang lalu untuk membeli perusahaan-perusahaan biji benih dan sebagainya.[xcvi] Pada tahun 1999, DuPont membelanjakan AS$7.7 bilion untuk membeli perusahaan biji benih terbesar di dunia pada masa itu, Pioneer Hybrid. Aventis telah mengambil-alih Granja 4 Irmaos, pengeluar benih beras terbesar Brazil, dan Proargo, kumpulan biji benih kedua terbesar India.[xcvii]

Pasaran benih buka GM pada masa ini adalah lebih besar daripada pasaran GM, bernilai sebanyak AS$23 bilion. Perluasan Gergasi Gen ke dalam bidang ini adalah bertujuan untuk meluaskan pergantungan pertanian pada biji benih GM dan kimia-kimia yang berkenaan dengannya. Perusahaan-perusahaan tersebut sefang memajukan jenis benih GM yang baru, yang mereka ingin menggunakan untuk memaksa penguasaan pasaran mereka ke atas dunia, dan yang sememangnya sudah dikawal oleh hakcipta. Sebanyak 40,000 hakcipta sebulan pada hasil-hasil bioteknologi sedang diluluskan pada hujung tahun 1990-an.[xcviii] Monsanto mengupah lebih daripada 100 ahli sains di mana tugas tunggal mereka adalah untuk menjelajah ke seluruh dunia dalam usaha mencari gen-gen tumbuhan yang berguna dan memohon hakcipta untuknya.[xcix] Matlamat Gergasi Gen itu adalah untuk memagari kepuasan dari keperluan manusia yang paling asas – untuk makan – ke dalam struktur global di mana fungsinya adalah untuk mengepam keuntungan ke dalam akaun mereka. “Isu sebenar” di sebalik organisma-organisma GM, kata George Monbiot, adalah “rampasan rantai makanan korporat.”[c] Monsanto telah mengaku, “Apa yang anda sedang melihat bukanlah sahaja pengukuhan perusahaan-perusahaan biji benih – ia sebenarnya adalah pengukuhan seluruh rantai makanan.”[ci]

Gergasi Gen bukanlah pemain tunggal dalam permainan ini. Mereka mempunyai hubungan rapat dengan perusahaan-perusahaan besar uang menguasai perdagangan global dalam bahan-bahan makanan asas. Hanya lima perusahaan menguasai kebanyakan daripada perdagangan benih gandum, misalnya. Pada tahun 1998, perusahaan terbesar daripadanya, iaitu Cargill yang disokong oleh Amerika Syarikat, membeli perusahaan yang kedua besar, Continental, lalu menjadikan perusahaan swasta berahsia ini perusahaan terbesar dalam perdagangan gandum sedunia. Pendapatan Cargill sedunia adalah lebih daripada AS$50 bilion setahun, dan selain menguasai gandum, ia juga merupakan “pembungkus daging lembu terbesar di Kanada; pembungkus daging lembu dan pengilang tepung ketiga terbesar di Amerika Syarikat; pembuat makanan ternakan ke-empat besar dan pengeluar ayam belanda ke-enam terbesar di Amerika Syarikat; dan pengeluar kimia fosfat yang kedua terbesar di dunia. Cargill juga merupakan kuasa besar dalam garam, kacang, kapas, kopi, pengangkutan lori, pengangkutan sungai/terusan, molases, makanan ternakan, besi, benih kacukan, pengilang beras, getah, buah-buahan jenis limau, ayam, serta buah-buahan dan sayuran segar.”[cii] Cargill memepunyai beberapa perjanjian dengan Gergasi Gen untuk menggunakan hasil-hasil GM. Ia merumuskan bagaimana ia melihat keadaan ini:

Bioteknologi menyediakan kemampuan untuk merevolusionerkan nutrisi dan makanan dalam cara yang akan menjadi revolusi perindustrian kelihatan remeh-temeh. Kami akan menjadi sebahagian daripada revolusi itu dan merancang untuk muncul sebagai pemenangnya. Bioteknologi akan mempunyai peranan penting dalam menemui matlamat Cargill untuk menggandakan saiznya setiap lima sehingga tujuh tahun.[ciii]

Sarang perangkap perusahaan-perusahaan gergasi ini membentukkan apa yang ahli biologi Richard Lewontin dan Jean-Pierre Berlan telah memanggil “kompleks genetiko-perindustrian”, yang mempunyai matlamat untuk menguasai rantai makanan “dari benih ke piring.”[civ]

Penyelesaian bagi kebuluran dunia?

Sememangnya, perdebatan yang dikemukakan untuk memunasabahkan desakan menuju tanaman GM oleh perusahaan-perusahaan ini dan penyokong-penyokong mereka biasanya agak berlainan. Mereka mengatakan bahawa hasil-jasil baru mereka adalan penting dalam menyelesaikan masalah kebuluran dunia hari ini, dan untuk menyediakan makanan bagi penduduk dunia yang semakin meningkat pada masa depan. Mereka juga mendesak bahawa hasil-hasil GM mereka akan menguntungkan alam semulajadi serta kesihatan manusia, dan bahawa ianya selamat dan dikaji dengan baik. Setiap satu daripada tuntutan ini adalah palsu.

Perdebatan bahawa mengakhiri kebuluran hanyalah mungkin dengan tanaman GM adalah perdebatan yang ditolak ke hadapan dengan kuat oleh perusahaan-perusahaan tersebut. “Bioteknologi adalah faktor penting dalam perjuangan menentang kebuluran,” kata EuropaBio, iaitu pertubuhan perdagangan baru perusahaan-perusahaan bioteknologi Eropah.[cv] Monsanto memperdebatkan bahawa, “Berasa bimbang mengenai generasi-generasi masa depan tidak akan menyediakan makanan untuk mereka. Makanan bioteknologi dapat melakukannya.”[cvi]

Perdebatan-perdebatan seperti ini tidak benar. Manusia di dunia hari ini bukanlah mengalami kebuluran kerana kekurangan makanan dalam dunia. Dan hasil-hasil perusahaan GM tidak akan melakukan apa-apa untuk menangani masalah kebuluran. Institut Untuk Makanan dan Polisi Kemajuan memperdebatkan:

Dunia pada hari ini mengeluarkan lebih banyak makanan bagi setiap penduduk daripada dahulu. Terdapat makanan yang mencukupi untuk memberikan 4.3 paun ke pada setiap orang setiap hari: 2.5paun biji benih, kacang dan kekeras, lebih kurang satu paun daging, susu dan telur, dan satu lagi paun buah-buahan dan sayur-mayur. Punca-punca sebenar kebuluran adalah kemiskinan, ketidak-samarataan dan kekurangan pengagihan. Terlalu ramai orang adalah terlalu miskin untuk membeli makanan yang ada, atau kekurangan tanah dan sumber-sumber untuk menanamkannya sendiri.[cvii]

Satu lagi laporan penting menyimpulkan:

Dunia pada hari ini mengeluarkan biji benih yang mencukupi untuk memberikan setiap manusia pada planet ini dengan 3,500 kalori setiap hari. Itu mencukupi untuk menjadikan kebanyakan orang gemuk. Dan anggaran ini tidak mengira pelbagai bahan makanan yang lain – sayur-mayur, kacang, kekeras, tanaman akar, buah-buahan, daging, dan ikan… Kekayaan, bukannya kekurangan, menjelaskan dengan paling baik bekalan makanan di dunia pada hari ini.[cviii]

Kajian yang paling serius mengenai tanaman GM yang sudah diterbitkan di Britain juga menafikan perdebatan-perdebatan perusahaan-perusahaan mengenai kebuluran dunia, dengan mengatakan, “Malnutrisi adalah secara asasnya disebabkan oleh kemiskinan… [dan] dalam beberapa kes, tanaman transgenik adalah sebahagian daripada masalah, bukannya penyelesaian kepada, kemiskinan di Dunia Ketiga.”[cix]

Beberapa orang memperdebatkan bahawa jika kebuluran dunia pada hari ini bukannya disebabkan oleh kekurangan makanan, pertumbuhan dalam jumlah penduduk dunia dalam dekad-dekad akan datang tidak dapat diberi makanan oleh tahap pengeluaran yang sedia ada. Monsanto memperdebatkan, “Jumlah penduduk dunia sedang bertumbuh pesat, menambahkan jumlah yang sama dengan Negara Cina kepada dunia setiap sepuluh tahun. Untuk memberi makanan kepada berbilion-bilion mulut ini, kita dapat meluaskan tanah pertanian kita atau memerah hasil yang lebih banyak daripada tanaman yang sedia ada… Bioteknologi makanan adalah cara ke hadapan yang lebih baik.”[cx]

Ia adalah benar bahawa lebih banyak makanan akan diperlukan untuk jumlah penduduk yang meningkat. Tetapi tidak terdapatnya hubungan ringkas di antara kerimbunan penduduk sebuah negara dan pengeluaran makanan. Belanda adalah salah satu negara yang paling rimbun dari segi manusia, tetapi tidak ada sesiapa yang menceritakan perihal terlalu ramai penduduk menyebabkan kekurangan makanan di sana.[cxi] Faktor-faktor sosial dan ekonomi, bukannya faktor-faktor semulajadi, juga bermaksud bahawa makanan yang kurang ditanam di bahagian-bahagian dunia yang kebuluran daripada yang mungkin berlaku. Satu kajian memperdebatkan:

Laporan-laporan mengenai pertanian Afrika yang gagal dan pergantungan yang semakin mengingkat pada import-import telah membawa ramai orang menganggap bahawa terlalu ramai orang sedang berebut untuk sumber-sumber yang terhad. Krisis makanan Afrika memang wujud… tetapi bagaimana tepatnya anggapan ini mengenai mengapa krisis ini wujud?

Afrika mempunyai potensi besar yang belum digunakan untuk menanam makanan, dengan hasil potensi 25 sehingga 30 peratus daripada hasil potensi maksimum di Eropah dan Amerika Utara. Melintas hasil potensi, tanah subuh yang mencukupi menunggu kegunaan. Di Chad, misalnya, hanya 10 peratus daripada tanah pertanian yang ditafsirkan sebagai tidak mempunyai apa-apa batasan pengeluaran serius sudah digunakan untuk pertanian. Di negara-negara yang terkenal kerana kebuluran – Ethiopia, Sudan, Somalia, dan Mali, misalnya – kawasan tanah pertanian yang tidak digunakan tetapi berkualiti tinggi adalah lebih besar daripada kawasan yang sudah digunakan untuk pertanian, lalu menafikan konsep bahawa terdapat terlalu ramai orang yang berebut untuk sumber-sumber yang terhad.[cxii]

Satu kajian penting di kawasan Machakos di Kenya menunjukkan bahawa kekurangan penduduk mungkin menjadi masalah utama dalam menghadkan pengeluaran makanan. Pentadbir-pentadbir jajahan Britain telah menyalahkah ‘perkembangan tanpa kawalan oleh rakyat-rakyat peribumi di mana penggandaan mereka dan peningkatan stok mereka telah dibenarkan’ untuk ‘kemiskinan melarat’ kawasan tersebut, yang telah menjerumuskan ‘tanah menjadi padang pasir yang terdiri daripada batu dan pasir.’ Realitinya begitu berbeza menjelang tahun 1990-an:

Kita kini dapat mengatakan dengan seberapa ketepatan bahawa Machakos tidak mempunyai penduduk yang mencukupi. Tanah-tanih sampingan seringkali dapat dijadikan produktif melalui pembinaan teres, pengairan berskala kecil, pusingan tanaman dan ternakan intensif, dan penggunaan bahan-bahan organik dalam tanah. Tetapi semua itu memerlukan tenaga pekerja, lebih banyak daripada yang terdapat di kebanyakan kawasan di Afrika. Kelebatan penduduk di Afrika Selatan-Sahara pada tahun 1995, misalnya, adalah 24 setiap kilometer persegi, berbanding dengan 108 di Asia.

Sambil jumlah penduduk Machakos meningkat mengikut masa, begitu juga dengan kualiti tanah, sambil penduduk tempatan membina teres, menanam pokok dan rimbunan pokok, memperkembangkan sistem-sistem tanaman-ternakan berintegrasi dan membina sistem-sistem tadahan air untuk menangkap wap air dan menggunakannya untuk tanaman mereka. Pada hari ini, Machakos adalah kawasan hijau dan secara relatif adalah bahagia dengan penduduk seramai 110 orang setiap kilometer persegi dan sebuah sistem teres yang rumit lagi indah seakan kawasan-kawasan beras petani-kecil di Asia Timur. Penghakisan tanah telah dibawa hampir kesemuanya di bawah kawalan. Pengeluaran jagung per kapita, iaitu tanaman makanan penting, telah meningkat dari 350 kilo setiap seorang pada tahun 1950 sehingga lebih daripada 1,200 kilo pada tahun 1990. Dalam kes ini, pertumbuhan jumlah penduduk, penyembuhan alam semulajadi, dan peningkatan pengeluaran makanan berlaku seiringan. Machakos menunjukkan dengan baik betapa silapnya mitos makanan menentang alam semulajadi.[cxiii]

Pendek kata, ia tidak mustahil bahawa jumlah penduduk dunia yang bertumbuh dapat diberikan makanan tanpa keperluan tanaman GM. Sebenarnya, tidak terdapat bukti yang banyak bahawa tanaman GM akan meningkatkan pulangan tanaman utama sama sekali. Satu laporan mengatakan, “Ujian-ujian eksperimen baru-baru ini telah menunjukkan bahawa biji-benih yang diubahsuai gen tidak meningkatkan pulangan tanaman.”[cxiv] Jika matlamatnya adalah untuk meningkatkan pulangan untuk menyediakan makanan untuk lebih ramai orang, kejuruteraan gen adalah lemah berbanding teknik-teknik pembiakan tradisional. Kesatuan Ahli-Ahli Sains Yang Risau menunjukkan:

Teknologi-teknologi pembiakan tradisional telah begitu berjaya sekali, dan sememangnya adalah bertanggungjawab untuk pulangan tinggi berkenaan dengan pertanian mutakhir. Teknologi-teknologi ini tidak patut dianggap silam atau ketinggalan zaman. Bagi unsur-unsur multi-gen seperti pulangan intrinsik dan tahanan kemarau, ianya lebih baik daripada kejuruteraan gen. Ini adalah kerana pembiakan selektif beroperasi pada seluruh sesuatu organisma manakala kejuruteraan gen adalah terhad kepada tiga atau empat pemindahan gen dengan hanya sedikit kawalan ke atas tempat gen-gen baru itu dimasukkan. Bagi unsur-unsur agronomik yang paling penting, pembiakan tradisional kekal sebagai teknologi pilihan.[cxv]

Terdapat juga, saya akan memperdebatkan kemudian, sebab-sebab baik mengapa aplikasi sains kepada pertanian diperlukan untuk menyediakan makanan untuk jumlah penduduk yang meningkat dan menangani masalah-masalah alam semulajadi yang disebabkan oleh amalan pertanian yang sedia ada – kebanyakannya mengalir dari perusahaan-perusahaan sama yang kini memberitahu kami bahawa barangan-barangan terbaru mereka adalah kunci untuk menyelesaikan kebuluran dunia. Saya tidak berkongsi pendapat romantikisme yang seringkali diluahkan untuk pertanian ‘tradisional’ yang dipupuk oleh ramai pencinta alam. Kita memerlukan sains untuk memuaskan keperluan manusia sekarang dan masa depan dengan cara yang dapat dikekalkan. Persoalannya adalah sains apa, untuk kepentingan siapa, dan di bawah kawalan siapa?

Institut Untuk Makanan dan Polisi Kemajuan memperdebatkan:

Kebanyakan inovasi dalam bioteknologi pertanian telah dijanakan oleh pencarian keuntungan dan bukannya oleh keperluan. Desakan sebenar bagi industri kejuruteraan gen bukanlah untuk menjadikan pertanian Dunia Ketiga lebih produktif, tetapi sebaliknya untuk menjana keuntungan. Ini digambarkan dengan mengimbas teknologi-teknologi utama pada pasaran hari ini: (a) Tanaman kilas racun rumput seperti kacang soya ‘Roundup Ready’ Monsanto, biji-benih yang kilas kepada racun rumput Roundup Monsanto, dan (b) Tanaman ‘Bt’ yang dicipta untuk menghasilkan racun serangganya sendiri. Dalam contoh pertama, matlamatnya adalah untuk memenangi sebuah bahagian pasaran racun rumput untuk barangan utama, dan dalam contoh kedua, ia adalah untuk meningkatkan jualan biji-benih dengan kos merosakkan kegunaan barangan pengawal serannga yang penting (iaitu racun serangga berdasarkan mikrobial, Bacillus thuringiensis) yang diperlukan oleh ramai orang petani, termasuklah kebanyakan petani organik, sebagai alternatif kuat kepada racun-racun serangga. Teknologi-teknologi ini memberi sambutan kepada keperluan perusahaan-perusahaan bioteknologi untuk meningkatkan pergantungan petani pada biji-benih yang dikawal oleh ‘hakcipta intelek’, yang berkonflik secara langsung dengan hak-hak tradisional petani untuk menghasilkan semula, berkongsi atau menyimpan biji-benih. Apabila dapat, perusahaan-perusahaan akan mengarahkan para petani membeli input jenama perusahaan itu dan menghalang para petani daripada menyimpan atau menjual benih. Dengan mengawal germplasma dari benih ke jualan dan dengan memaksa petani membayar harga-harga tinggi untuk pakej-pakej benih-kimia, perusahaan-perusahaan tersebut berusaha dengan tekun untuk memerah sebanyak keuntungan yang dapat dari pelaburan mereka.[cxvi]

Satu lagi kajian bersetuju: “Perusahaan-perusahaan multinasional telah memusatkan tenaga mereka pada usaha untuk memajukan tanaman yang akan membawa keuntungan yang tinggi, bukannya tanaman yang dapat memberikan sumbangan yang paling baik untuk menyelesaikan masalah-masalah makanan dunia.”[cxvii]

Mitos beras emas

Ulasan-ulasan seperti di atas, dan tentangan awam terhadap barangan GM yang meningkat, telah membawa beberapa perusahaan mengubah langkah. Mereka telah melancarkan ombak barangan ‘generasi kedua’ baru yang mereka berharap akan melembutkan tentangan terhadap rancangan-rancangan mereka. Barangan ini, mereka mendakwa, akan membawa kebaikan kesihatan dan nutrisi kepada orang ramai. Dalam laungan kepada industri, DuPont memperdebatkan bahawa dengan barangan ‘generasi kedua,’ “ia tibanya masa untuk keluar ke sana, lipatkan lengan tangan kami dan memberitahu kebaikan-kebaikan ini kepada para pengguna.”[cxviii] Bintang barangan GM generasi kedua sudah pasti adalah ‘beras emas’ dan dakwaan bahawa ini akan menyelesaikan masalah kekurangan Vitamin A. Yayasan Rockefeller, yang membiayai kebanyakan kajian ke dalam beras emas, memperdebatkan, “Ia akan menjadi lebih susah untuk para pencinta alam untuk mengatakan bahawa mereka berjuang untuk golongan miskin jika mereka menentang sesuatu yang membantu golongan miskin.”[cxix]

Kekurangan Vitamin A (Vitamin A Deficiencuy; VAD) adalah masalah serius di kebanyakan bahagian dunia. Ia dapat menyebabkan kebutaan separuh atau sepenuhnya dan mengurangkan pertahanan kepada penyakit. Kesan-kesannya lebih merumitkan dalam kanak-kanak. Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan bahawa 230 juta kanak-kanak berada dalam risiko dari VAD dan bahawa ia adalah faktor penyumbang dalam lebih 1 juta kematian kanak-kanak setiap tahun. Kekurangan ini lebih menyusahkan di negara-negara di mana nasi merupakan makanan seharian. Beras mengandungi beta-kerotin, sumber utama bagi Vitamin A, dalam daun dan sekam beras. Tetapi sekam ini dipisahkan oleh pengilangan dan penggosokan di kilang. Ini dilakukan kerana di kawasan-kawasan tropika, beras dengan sekam akan mereput dengan cepat semasa digudangkan. Beras emas dikatakan menangani VAD melalui kejurutereaan gen. Ahli-ahli sains telah mengambil gen dari tumbuhan dafodil dan memasukkannya ke dalam gen beras. Hasilnya adalah beras berwarna kuning yang mengandungi beta-kerotin dalam benih tanpa sekam.

Namun, terdapat masalah-masalah dengan pendekatan ini untuk menangani VAD, dan penyelesaian-penyelesaian yang lebih baik. Dalam sukatan-sukatan besar, Vitamin A adalah merbahaya dan dapat mengumpul di hati. Jika memasukkannya ke dalam makanan seharian yang dimakan dengan kuantiti-kuantiti besar adalah idea yang baik masih diperdebatkan. Kedua, melaburkan sebahagian daripada duit yang telah digunakan untuk tanaman GM untuk memajukan cara-cara penyimpanan beras yang lebih baik dapat menghapuskan keperluan untuk membuka sekam. Akhirnya, dan paling penting sekali, masalah dengan VAD bukanlah beras. Ia adalah kekurangan makanan yang beraneka jenis di kalangan berjuta-juta orang kerana mereka terlalu miskin. Rakyat di Britain, misalnya, tidak mengalami VAD dengan memakan nasi yang dibuka sekam. Vitamin A dijumpai dalam telur, susu, mentega, daging dan ikan air masin yang berminyak. Beta-kerotin dijumpai dalam pelbagai makanan sayuran, terumatanya sayur-mayur berdaun hijau, lobak dan buah-buahan. Memberikan orang makanan yang lebih baik dan lebih beraneka serta mengandungi di antara sumber-sumber makanan ini dapat menghapuskan VAD dengan senang lagi pantas. Sebenarnya, perusahaan-perusahaan yang kini mengajukan GM adalah, di beberapa bahagian dunia, bertanggungjawab kerana mewujudkan keadaan-keadaan di mana VAD telah menjalar. Di India, desakan menuju pertanian monokultur untuk pengeksportan, dan input-input baja kimia, racun rumput dan racun serangga yang berkaitan dengannya, bermakna bahawa di kebanyakan kawasan, bathua sayur yang mengandungi tahap Vitamin A yang tinggi, dihapuskan sebagai ‘rumput.’[cxx]

Kunci untuk menangani VAD, memperdebatkan satu kajian, adalah untuk menghapuskan “sebab dasar bagi nutrisi buruk, iaitu kemiskinan. Menggalakkan penanaman dan permakanan lebih banyak buah-buahan dan sayur-mayur, serta hasil-hasil ternakan seperti telur dan keju akan membawa kebaikan nutrisi yang lebih besar daripada beras GM.”[cxxi] Margaret Mellon dari Kesatuan Ahli-Ahli Sains Yang Risau memperdebatkan:

Beras emas adalah sebahagian daripada usaha untuk menjadikan teknologi tersebut lebih diterima. Terdapat sepuluh langkah ringkas yang kita dapat mengambil sekarang [untuk menyelesaikan VAD]. Tanpa menganjurkan sebuah persidangan antarabangsa untuk membincangkan penyelesaian-penyelesaian itu, kita menganjurkan persidangan demi persidangan untuk membincangkan bioteknologi. Jika kita berasa prihaton terhadap masalahnya, bukannya teknologi, maka kita sedang berusaha dengan cara yang amat mengelirukan.[cxxii]

Perusahaan-perusahaan GM juga telah mencuba mencipta diri mereka semula sebagai kuasa pencinta alam, mendakwa bahawa barangan mereka akan membawa kebaikan kepada alam semulajadi dengan membawa pengurangan dalam kegunaan racun rumput dan racun serangga. Ini tidak mungkin benar, seperti yang dijelaskan oleh karya Stephen Nottingham, Eat Your Genes [Makan Gen Anda] yang amat baik sekali:

Tanaman kalis racun rumput kemungkinan besar akan meningkatkan jumlah racun rumput yang disembur ke dalam alam semulajadi… Sememangnya, dari pandangan komersil, matlamatnya dari awal adalah untuk menjual lebih banyak racun rumput. Penggunaan racun rumput kini dapat dilakukan pada beberapa tanaman, dengan tahanan yang dijuruterakan… di mana penyemburan dahulunya tidak dapat dilakukan… Dahulunya, sesuatu batasan atas wujud pada tahap racun rumput, kerana kerosakan tanaman berlaku di atas tahap tersebut. Dengan tanaman kalis racun tumbuhan, terdapatnya desakan untuk menyembur terlalu banyak.[cxxiii]

Perusahaan-perusahaan sememangnya menyedari ini. Monsanto telah membuat permohonan kepada kerajaan-kerajaan Australia dan New Zealand untuk meningkatkan tahap sisa racun rumput yang dibenarkan dalam kacang soya.[cxxiv] Kesan-kesannya pada manusia adalah serius, kerana kacang soya digunakan dalam lebih kurang 60 peratus daripada segala makanan proses dan dalam barangan seperti ubat gigi.[cxxv]

Roundup adalah berdasarkan sesuatu kimia yang dinamakan glyphosate, yang juga digunakan dalam pelbagai racun serangga yang lain. Di Britain, kerajaan Konservatif yang berkuasa segingga tahun 1997 meluluskan undang-undang di bawah desakan Monsanto untuk meningkatkan tahap sisa glyphosate yang dibenarkan dalam kacang soya sebanyak 200 kali. Kerajaan Buruh Baru juga tidak membasmikan undang-undang ini.[cxxvi] Glyphosate-glyphosate dapat membawa kesan yang membinasakan pada alam semulajadi, dengan membunuh bukan sahaja tumbuhan-tumbuhan bahkan juga merosakkan kesuburan tanah dengan menghancurkan fungsi kulat tanah yang penting. Seperti yang diperdebatkan oleh Stephen Nottingham, “Racun rumput glyphosate, termasuk Roundup, bukanlah kimia-kimia yang baik bagi alam semulajadi. Peningkatan kegunaan glyphosate mungkin juga membawa kesan-kesan buruk kepada kesihatan manusia. Dalam satu kajian di Kalifornia, glyphosate dikenalpasti sebagai punca ketiga paling biasa bagi keracunan serangga di kalangan pekerja pertanian.”[cxxvii]

Mimpi-mimpi ngeri gen

Satu dakwaan penting oleh perusahaan-perusahaan GM dan penyokong-penyokong mereka dalam kerajaan adalah bahawa barangan mereka adalah selamat bagi manusia dan alam semulajadi. Ini merupakan penipuan yang paling besar dan paling menakutkan sekali.

Dakwaan bahawa barangan GM adalah selamat berganrtung kepada beberapa perdebatan. Yang pertama adalah bahawa kejuruteraan gen tumbuhan bukanlah berbeza sangat daripada pembiakan tumbuhan tradisional yang telah berlangsung selama beribu-ribu tahun. Yang kedua adalah bahawa apa yang dilakukan oleh jurutera gen adalah meletakkan gen beru ke dalam sesuatu tumbuhan yang kemudiannya memberikan tumbuhan tersebut unsur baik dengan senang dan dengan ringkas, dan bahawa tidak terdapat kerumitan. Barangan akhir, mereka mendakwa, adalah “secara keseluruhannya sama” dengan barangan bukan GM asli dan maka selamat. Kesemua perdebatan ini adalah silap.

Manusia sudah lama mengubah unsur gen tumbuhan dan haiwan. Itulah yang dilakukan oleh pembiakan selektif tradisional, dan kebanyakan tumbuhan dan haiwan yang kita bergantung kepada pada hari ini adalah hasil proses pengubahsuaian seperti itu. Tetapi kesemua pengubahsuaian seperti itu hanya melibatkan spesies yang dapat membiak secara semulajadi di antara satu lama lain. Ia juga berlangsung pada skala dan kelajuan yang terhad. Perihalnya agak berlainan dengan kejuruteraan gen. Seperti yang dikatakan oleh Kesatuan Ahli-Ahli Sains Yang Risau, “Kejuruteraan gen bukanlah perluasan kecil bagi teknologi-teknologi pembiakan yang sedia ada. Ia adalak teknologi baru yang berbeza secara radikal bagi mengubah unsur-unsur organisma hidup… kejuruteraan gen membolehkan penggabungan gen dan unsur-unsur yang tidak dijumpai dalam alam… Namun, organisma-organisma baru mungkin membawa risiko-risiko baru. UCS menyarankan sikap berhati-hati.”[cxxviii]

Dan Stephen Nottingham menggariskan bahawa “kejuruteraan gen biasanya melibatkan pemindahan gen-gen asing yang belum wujud dalam kolam gene sesuatu spesies, ke dalam sesuatu organisma… pergabungan gen-gen asing mempunyai berkemungkinan besar membawa kesan-kesan fiziologi atau biokimia yang tidak disangka daripada” pembiakan tumbuhan tradisional.[cxxix] Bahaya-bahaya seperti ini diutarakan lebih lanjut lagi oleh penggunaan tanaman GM dengan laju dan di seluruh dunia oleh perusahaan-perusahaan. Apabila apa-apa bahaya menjadi jelas, ia mungkin sudah terlambat untuk menangani atau mengawalnya.

Perdebatan bahawa terdapat hanya beberapa risiko seperti itu kerana ahli-ahli sains hanya memasukkan satu gen bagi sesuatu unsur yang tidak mempunyai kesan-kesan lain adalah silap. Tingkah-laku ini disimpulkan oleh Pertubuhan Makanan dan Minuman Britain yang ‘menjelaskan,’ “Ahli-ahli sains kajian kini dapat mengenalpasti dengan terperinci gen individu yang membawa unsur yang dikehendaki, mengeluarkannya, menyalinkannya dan memasukkan salinan itu ke dalam organisma lain. Organisma itu (dan anaknya) kemudian akan menunjukkan unsur yang dikehendaki itu.”[cxxx] Alangkah baiknya jika ia begitu ringkas! Pendekatan ini berehat pada pemahaman yang secara asasnya adalah salah, walaupun terkenal, mengenai biologi dan genetik, pendekatan yang telah dinamakan ‘reduksyenisme’ [reductionism].

Perbincangan sementara mengenai ini adalah penting. Gen adalah kimia-kimia yang wujud dalam setiap sel dalam badan-badan organisma hidup. Ia terdiri daripada ‘tali-tali’ panjang kimia yang dinamakan DNA. Keseluruhan gen-gen dalam organisma dinamakan genome. Gen memainkan peranan penting dalam perkembangan, fungsi dan pembiakan organisma-organisma hidup. Ia bukannya sesuatu ‘pelan terperinci’, dan gen juga tidak ‘menentukan’ ciri-ciri fizikal mahupun tingkah-laku dengan cara yang ringkas. Ianya sememangnya memainkan peranan penting dalam kimia rumit sel-sel, melibatkan beraneka jenis proses dan pelbagai kimia yang lain, yang membentukkan kehidupan. Seluruh proses itu juga berlangsung dengan interaksi berterusan dengan alam sekitar. Apa-apa pemahaman serius mengenai kehidupan mesti melibatkan kajian terperinci mengenai keseluruhan ini, dan mesti melibatkan pemahaman baik mengenai bagaimana gen berfungsi. Tetapi ini bukanlah apa yang dilakukan oleh pandangan ‘reduksyenis’ yang menggerakkan kejuruteraan gen. Ia memupuk anggapan ringkas bahawa gen-gen individu menentukan unsur-unsur organisma hidup dengan cara yang terus-terang. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah untuk mengambil sesuatu gen yang ‘melalukan’ sesuatu, masukkannya ke dalam organisma lain dan ia akan, tanpa apa-apa kesan sampingan, beroperasi dengan cara yang sama di situ, kata perdebatan ini.

Ini adalah sains buruk – sains buruk sama yang menggariskan perdebatan-perdebatan mengenai gen bagi kepandaian, jenayah dan keganasan yang diheboh-hebohkan sejak kebelakangan ini. Ahli genetik, Mae Wan Ho, dengan betul memperdebatkan, “Teknologi kejuruteraan gen sebenarnya adalah sains buruk yang beroperasi dengan rapi untuk perusahaan-perusahaan besar untuk keuntungan cepat.”[cxxxi] Sains sendiri telah menunjukkan bahawa gen adalah lebih rumit dan kurang difahami daripada dakwaan-dakwaan ringkas jurutera-jurutera gen yang bekerja untuk perusahaan-perusahaan GM. Kita kini mengetahui bahawa alam sekitar dapat mengubahsuai gen, misalnya.[cxxxii] Ini dan pelbagai perkembangan lain telah menghancurkan pandangan reduksyenis. Perbincangan penuh mengenai isu-isu ini adalah di luar skop rencana ini, tetapi sesiapa yang minat dapat mengikuti rujukan yang diberikan dalam nota. Gambar yang diperkembangkan oleh sains terbaik pada hari ini adalah mengenai ‘fluid genome’ yang lebih rumit dan tersembunyi dalam cara beroperasinya daripada yang diajukan oleh penyokong-penyokong GM.

Isu ini adalah penting, kerana ia bermakna bahawa segala dakwaan mengenai keselamatan berangan GM bergantung pada dasar-dasar tidak saintifik. Lebih-lebih lagi, kini terdapatnya bukti bahawa segalanya yang kita diberitahu oleh perusahaan-perusahaan GM tidak dapat berlaku, sememangnya berlaku. Pihak pertama yang memberi amaran mengenai bahaya-bahaya ini sebenarnya ahli-ahli sains yang bekerja dalam bidang kejuruteraan gen. Pada tahun 1970-an:

… ahli-ahli genetik molekular yang menjumpai teknik-teknik tersebut, atau yang berada di barisan hadapan dalam perkembangan dan penggunaan kejuruteraan genetik, menjadi sedar akan bahaya-bahaya membuka sebuah kotak Pandora… Ini membawa Deklarasi Asimolar yang menuntut moratarium pada kejuruteraan genetik sehingga garis panduan kawalan yang baik telah diluluskan. Ahli-ahli sains tersebut bertindak dengan bertanggungjawab. Mereka merupakan orang pertama yang menyederi bahaya-bahayanya, maka mereka membawa isu ini kepada perhatian awam dan, pada masa yang sama, menekan moratorium pada kajian mereka sendiri.[cxxxiii]

Sikap berhati-hati ini disapu ke tepi tidak lama kemudian sambil perusahaan-perusahaan besar mengejar peluang keuntungan. Mereka membeli ahli-ahli sains dengan ramai, dan beberapa ahli sains terlalu cepat mengikut kejaran ini untuk menjadikan diri mereka usahawan-usahawan sendiri. Ahli-ahli sains yang lain menjumpai diri mereka di bawah tekanan yang semakin meningkat sambil potongan kerajaan dalam pembiayaan kajian bermaksud bahawa mereka terpaksa semakin bergantung kepada pembiayaan perusahaan. Ahli biologi Harvard, Ruth Hubbard, mengatakan:

Ahli-ahli sains semakin dipaksa memasuki tempat tidur dengan perusahaan-perusahaan besar… Di mana kajian dahulunya tidak berat sebelah, kini ia mempunyai pelbagai pembiayai untuk diambil hati. Di tempat keadilan, hasil-hasil kajian sedang ditadbir dan diurut secara sunyi, ataupun dikunci jika ia tidak melayani kepentingan yang betul.[cxxxiv]

Salah saty bahaya organisma-organisma GM adalah risiko alergi makanan baru. Ini bukannya perkara kecil, seperti yang diberitahu oleh sesiapa yang mempunyai anak dengan alergi kepada kekeras, dengan kesan-kesan yang mungkin membawa kematian. Kesemua gen beroperasi dengan membantu menghasilkan protein. Maka, barangan GM akan mengandungi protein-protein yang berlainan. Tetapi fungsi gen yang rumit bermakna bahawa ia bukannya proses yang ringkas, di mana sesuatu protein yang dikaitkan dengan gen yang dipindah dijumpai dalam hasil GM. Ini mempunyai kesan-kesan penting bari kewujudan alergi-alergi baru. Kesatuan Ahli-Ahli Sains Yang Risau memberi amaran, “Tanaman transgenik mungkin membawa alergen-alergen baru ke dalam makanan yang individu-individu sensitif tidak akan dapat mengelaki. Masalahnya adalah unik kepada kejuruteraan genetik kerana hanya ia dapat memindahkan protein-protein melintasi batasan spesies ke dalam organisma-organisma yang tidak berkaitan sama sekali… Kajian baru mengukuhkan kerisauan mengenai kejuruteraan genetik menjadikan makanan yang dahulunya selamat, alergenik.”[cxxxv] Dengan cara yang hampir serupa, toksin-toksin baru mungkin dihasilkan dalam tumbuhan: “Tumbuhan mengandungi jalan-jalan tidak aktif menuju bahan-bahan toksik. Penambahan bahan genetik baru melalui kejuruteraan genetik mungkin menghidupkan jalan-jalan yang tidak aktif ini.”[cxxxvi]

Salah satu bahaya utama barangan GM adalah risiko peningkatan dalam tahanan antibiotik. Ini sudah menjadi masalah besar, dengan unsur-unsur penyakit bakteria yang baru muncul dengan tahanan kepada kebanyakan ubat antibiotik. Masalahnya telah disebabkan oleh penggunaan antibiotik yang terlalu banyak, secara perubatan dan lebih-lebih lagi melalui penggunaan luas dan tanpa perlunya (kecuali dalam kepentingan keuntungan) dalam pertanian untuk mempercepatkan pertumbuhan binatang. Balteria dapat memperevolusikan tahanan kepada antibiotik dengan cepat jika ianya sentiada didedahkan kepada ubat itu. Mana-mana polisi waras akan mencuba mengurangkan penggunaan antibiotik hanya kepada kes-kes di mana ia diperlukan, agar mengekalkan kegunaan baiknya.

Sebaliknya, barangan GM direka dengan cara untuk meningkatkan risiko tahanan kepada antibiotik yang luas. Apabila jurutera-jurutera genetik mencuba memasukkan gen baru, mereka tidak mentehaui jika ini telah dilakukan dengan cara yang mereka harapkan (yang, justeru itu, adalah hasil fungsi gen yang lebih rumit daripada yang dibenarkan oleh model yang ringkas). Maka, mereka menjumpai cara untuk mengatasi masalah ini. Kepada gen yang mereka ingin memasukkan, mereka menambahkan satu lagi gen yang memberikan tahanan antibiotik. Jika gen mereka diambil oleh organisma sasaran, kemungkinan besar gen tahanan antibiotik tersebut juga akan diambil. Ahli-ahli sains kemudiannya menyembur sel-sel atau tumbuhan-tumbuhan sasaran dengan antibiotik. Yang mati tidak diubahsuai dengan berjaya, yang hidup telah berjaya.

Masalahnya adalah apa yang berlaku kemudiannya. Kesatuan Ahli-Ahli Sains Yang Risau menunjukkan:

Walaupun ianya tidak mempunyai kegunaan selanjutnya, gen-gen tahanan antibiotik terus ditunjukkan oleg tisu-tisu tumbuhan. Kebanyakan makanan tumbuhan yang diubahsuai gen mempunyai gen-gen tahanan antibiotik yang berfungsi sepenuhnya. Kehadiran gen-gen tahanan antibiotik dalam makanan mungkin mempunyai dua kesan merbahaya. Pertama, memakan makanan ini mungking mengurangkan kemantapan antibiotik untuk menyerang penyakit… Kedua, gen-gen tahanan itu mungkin dipindahkan ke patogen manusia atau binatang, lalu membuatkannya kalis kepada antibiotik.[cxxxvii]

Satu lagi bahaya adalah pemindahan gen-gen dari tanaman yang diubahsuai kepada tumbuhan-tumbuhan lain: “Gen-gen asing dalam tanaman tidak semestinya kekal di padang-padang pertanian. Jika saudara kepada tanaman yang diubahsuai sedang bertumbuh berdekatan dengan padang itu, gen baru dapat bergerak dengan senang melalui debunga ke tumbuhan lain itu. Unsur-unsur baru itu mungkin memberikan kepada saudara liar atau rumput tanaman makanan itu kebolehan untuk hidup di kawasan-kawasan di mana ia tidak dikehendaki.”[cxxxviii] Kemungkinan mencipta maharumput, yang kalis kepada racun rumput, adalah benar. Satu lagi bahaya adalah peningkatan tahanan racun serangga di kalangan serangga: “Tanaman Bt diubahsuai gen untuk menampung gen bagi toksin Bt. Oleh kerana tanaman menghasilkan toksin dalam kebanyakan tisu tumbuhan sepanjang kitaran hidup tumbuhan tersebut, serangga adalah terdedah kepadanya secara berterusan. Pendedahan berterusan ini memilih gen-gen tahanan yang jarang dilihat dalam golongan serangga.”[cxxxix] Tanaman Bt seperti itu adalah penting dalam rancangan-rancangan perusahaan-perusahaan GM.

Mungkin bahaya barangan GM yang paling menakutkan adalah ancaman penyakit-penyakit virus yang baru:

Salah satu pengunaan kejuruteraan genetik yang paling biasa adalah penghasilan tanaman-tanaman yang mempunyai tahanan kepada virus. Tanaman-tanaman seperti itu dihasilkan dengan memasukkan unsur-unsur virus ke dalam genom tumbuhan. Namun, tumbuhan seperti itu mungkin membangkitkan risiko mewujudkan viru yang baru atau lebih merbahayakan [yang] dapat membawa penyakit kepada pelbagai jenis organisma atau yang mungkin lebih merbahaya daripada virus asal.[cxl]

Jika ini benar bagi tumbuh-tumbuhan, kesan-kesannya bagi kesihatan manusia jika binatang-binatang GM dimajukan oleh perusahaan-perusahaan adalah menakutkan.

Kami diberitahu bahawa risiko-risiko ini hanyalah hipotetik dan bahawa terdapat kawalan-kawalan baik untuk menanganinya. Sekali lagi, dakwaan-dakwaan ini adalah palsu. Hampir kesemua risiko ini, dan juga yang lain, telah ditunjukkan secara praktis.

Tahun yang lalu, ia dijumpai bahawa debunga dari jagung Bt dapat membunuh rama-rama Monarch.[cxli] Kesan yang sama telah ditunjukkan bagi kumbang renda. Di Scotland, kekabuh kura-kura yang diberi afid yang tela makan ubi GM sebagai makanan ditunjukkan mati lebih awal dan membiak dengan kurang berbanding dengan kekabuh kura-kura biasa.[cxlii] Kes yang terakhir ini menggariskan kepentingan kajian terhadap seluruh alam semulajadi apabila mengambil langkah untuk mengubah sebahagian daripadanya. Tumbuh-tumbuhan dan binatang adalah sebahagian daripada ekosistem yang rumit dan mengubah satu bahagian mungkin membahawa akibat-akibat yang tidak dijangka. Matlamat mengubahsuai gen ubi tersebut adalah untuk menolong mengawal afid. Tetapi satu lagi peranan penting dalam kawalan afid dimainkan oleh kekabuh kura-kura. Jika pengubahsuaian gen tersebut mempunyai kesan pada kekabuh kura-kura, maka kesannya adalah untuk menjadikan serangan afid lebih teruk daripada dahulu. Pertimbangan-pertimbangan seperti ini biasanya jauh sangat dari minda perusahaan-perusahaan GM yang hanya ingin mendengar bagaimana mereka dapat menghasilkan sesebuah barangan yang mereka dapat menjual untuk keuntungan.

Awal tahun ini, debunga dari tanaman GM yang ditumbuh di Britain dijumpai dalam madu yang dihasilkan oleh lebah di kawasan tersebut, lalu memperkecil-kecilkan dakwaan bahawa debunga GM tidak dapat menyebar dengan jauh.[cxliii] Memo yang terbocor dari seorang penasihat Monsanto menunjukkan bahawa perusahaan tersebut memang menyedari bahawa dakwaannya bahawa bahan GM tidak dapat menyebar adalah penipuan. “Kemungkinan besar, [Monsanto] tidak dapat melakukan banyak” untuk menghentikan ini, memo tersebut mengatakan, tetapi memperdebatkan bahawa oleh kerana sebab-sebab politik, mereka patut “sekurang-kurangnya kelihatan seolah-olah berusaha menghasilkan rancangan untuk mengetatkan kawalan kajian-kajian padang GM.”[cxliv]

Akhirnya, pada bulan Mei tahun ini, ahli-ahli sains Jerman memberi amaran bahawa mereka mempunyai bukti bahawa gen-gen dari tumbuhan GM dapat melompat dari spesies ke spesies. Jika ini ditunjukkan benar, kesan-kesan adalah membinasakan. Profesor Hans-Hinrich Kaatz dari Universiti Jena menjumpai gen-gen dari sawi bijih minyak dalam bakteria dan kulat dalam usus lebah-lebah madu yang telah memakan debunga sawi tersebut. Kajian tersebut masih sedang diperiksa pada masa menulis, tetapi Profesor Kaatz mengatakan bahawa hasil-hasil awal menunjukkan bahawa “gen-gen ini… terdapat dalam bakteria dalam aliran usus lebah-lebah ini dan seolah-olah diambil masuk oleh rangka genetik lebah-lebah itu sendiri.”[cxlv]

Satu-satunya balasan rasional di hapadan bahaya-bahaya seperti ini adalah untuk mengharamkan barangan GM sehingga lebih banyak kajian dan penyelidikan telah dilakukan, dan melalui ahli-ahli sains bebas yang dibiayai oleh dana-dana awam, bukannya perusahaan-perusahaan. Sebaliknya, perusahaan-perusahaan dan kerajaan-kerajaan sedang menolak ke hadapan dengan apa yang dapat dikatakan adalah eksperimen sedunia dengan kesan-kesan yang mungkin membinasakan bagi alam semulajadi dan umat manusia.

Perusahaan-perusahaan lebih penting

Pada bulan Februari tahun ini, kerajaan Amerika Syarikat dituduh mendiamkan nasihat dari pakar-pakar sainsnya sendiri mengenai bahaya-bahaya dari barangan GM. Sebahagian utama daripada kes perusahaan-perusahaan GM adalah doktrin “kesama-rataan besar.” Ini adalah sama dengan mengatakan, misalnya, bahawa lobak GM masih merupakan lobak dan maka “secara besar adalah sama-rata” dengan barangan yang sudah berada di pasaran dan diketahui adalah selamat. Maka, tidak terdapatnya, mereka memperdebatkan, keperluan untuk kawalan-kawalan atau penyelidikan rapi. Jabatan Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) telah menggunakan doktrin ini untuk memberikan perusahaan-perusahaan lampu isyarat hijau untuk memajukan pemasaran barangan-barangan mereka. Peguam Steve Druker telah mengkaji 44,000 muka surat daripada dokumen-dokumen yang digunakan untuk FDA untuk mencapai kesimpulannya dan mendapati cerita yang sangat berbeza. Sebenarnya, 11 daripada 17 pakar sains dalam jawatankuasa GM FDA telah meluahkan perasaan tidak senang hati mengenai konsep “kesama-rataan besar”, kerana sebab-sebab yang digariskan lebih awal mengenai cara gen-gen berfungsi dalam cara yang lebih rumit daripada yang diakui oleh perusahaan-perusahaan. Salah seorang ahli sains FDA menulis, “Terdapat perbezaan besar di antara jenis kesan-kesan yang tidak dijangka dari pembiakan tradisional dan pembiakan genetik, [yang] mungkin lebih merbahayakan.”[cxlvi] Namun, kerajaan Amerika Syarikat tidak menghiraukan tentangan-tentangan ini dan mengumumkan dirinya puas hati.[cxlvii]

Ia juga didedahkan dari dokumen-dokumen yang sama bahawa ahli-ahli sains mempunyai kerisauan tulin mengenai keselamatan makanan GM. Kerisauan tersebut tertumpu pada kajian tahun 1993 mengenai tomato ‘Flavr Savr’ yang dihasilkan oleh Calgene. Memo-memo, yang hanya dikeluarkan pada tahun ini, melaporkan bahawa 20 peratus daripada tikus yang diberi makanan tomato-tomato tersebut mengalami “luka-luka perut kasar.” Calgene mengambil keputusan bahawa luka-luka tersebut berkalu secara “kebetulan.” Ahli-ahli sains menyuarakan kerisauan jika kesimpulan ini adalah munasabah, tetapi sekali lagi tidak dihiraukan.[cxlviii] Ia bukan sahaja di Amerika Syarikat di mana benda seperti ini berlaku. Pada bulan Ogos 1998, Dr. Arpad Pusztai, yang bekerja di Scotland, mendakwa bahawa dia telah menjumpai bukti bahawa tikus yang diberi makanan ubi GM mengalami masalah-masalah kesihatan. Dia dipaksa bersara dan kajiannya didiamkan oleh pihak majikannya, iaitu Institut Kajian Rowett, yang kemudiannya ditunjukkan menerima pembiayaan dari Monsanto.[cxlix]

Yang penting bukannya jika kesemua dakwaan-dakwaan bahawa barangan GM adalah merbahaya ditunjukkan benar. Yang penting adalah bahawa ianya tidak dikaji dengan baik, dan keadaannya adalah satu di mana perusahaan-perusahaan GM dan kerajaan-kerajaan berusaha untuk memperkecilkan dan membebankan sesiapa yang mengutarakan persoalan seperti ini. Kadang-kala, sikap sebenar ‘kompleks genetiko-perindustrian’ dapat dilihat. Phil Agnell, seorang eksekutif Monsanto, mengatakan: “Ia bukanlah tanggungjawab kami untuk menjamin keselamatan barangan makanan GM. Kepentingan kami adalah untuk menjual sebanyak barangan itu yang dapat.”[cl]

Perusahaan-perusahaan GM mendesak untuk peraturan-peraturan dan pertubuhan-pertubuhan kebangsaan dan antarabangsa yang melayani kepentingan mereka. Di Britain, misalnya, Parti Buruh Baru mendakwa bahawa ia akan bergantung kepada nasihat bebas dan objektif dalam usaha membuat polisi mengenai barangan GM. Namun, menteri sains kerajaan itu, Lord Sainsbury, mempunyai “kepentingan besar dalam perusahaan-perusahaan yang memperkembangkan teknologi untuk makanan GM. Dia telah berjanji untuk tidak mencampur tangan dalam pembuatan polisi mengenai makanan GM. Tetapi dia sudak dikutuk kerana memimpin misi perdagangan bioteknologi ke Korea dan kerana menduduki majlis kabinet yang menangani isu tersebut.”[cli] Kerajaan Britain menerima nasihat daripada Majlis Penasihat Mengenai Makanan dan Proses-Proses Baru yang kononnya “bebas.” Namun, pada tahun 1999, lapan ahli daripada majlis tersebut mempunyai kepentingan dalam perusahaan-perusahaan biotek, biji-benih, serta pemrosesan dan pemasaran makanan.[clii]

Gambarannya adalah lebih menakjubkan di Amerika Syarikat, di mana:

Monsanto, yang membuat derma-derma besar kepada parti Demokratik dan juga Republikan dan kepada ahli-ahli majlis perundangan Kongres dalam majlis-majlis keselamatan makanan, seolah-olah telah menjadi rumah persaraan bagi ahli-ahli kerajaan Clinton. Ahli-ahli kawalan perdagangan dan alam semulajadi dan ahli-ahli lain yang dilantik oleh Clinton telah mengambil tempat-tempat lumayan dalam badan Monsanto, sambil Monsanto dan eksekutif-eksekutif biotek yang lain melintasi pintu berputar yang sama untuk mengambil tempat-tempat dan badan-badan kerajaan dan kawalan.[cliii]

Mickey Kantor merupakan pengerusi kempen pilihanraya presiden Clinton pada tahun 1992 dan merupakan Perunding Perdagangan Utama Amerika Syarikat. Dia kemudiannya menjadi ahli badan Monsanto.[cliv]

Hubungan-hubungan seperti ini, serta cara fikiran korporat dalam kerajaan-kerajaan negara perindustrian maju, bermaksud mereka meluluskan undang-undang dan membentukkan peraturan-peraturan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa untuk melicinkan jalan bagi perusahaan-perusahaan GM, dan untuk menghukum sesiapa yang menentang mereka.

Maka, kerajaan Amerika Syarikat telah menentang berhabis-habisan usaha untuk memaksa pemisahan kacang soya GM dan bukan GM, dan juga telah menentang usaha untuk memaksa pembubuhan label pada barangan GM.[clv] Kesatuan Eropah telah mengabaikan tentangan terhadap barangan GM untuk membenarkan pengimportannya sejak tahun 1996.[clvi] Namun, proses ini mengalami sedikit masalah apabila tentangan awam semakin meningkat. Kerajaan Perancis terutamanya diberi tekanan oleh para petani, pencinta alam dan perasaan yang lebih luas di khalayak orang ramai menentang perusahaan-perusahaan GM. Akibatnya, meskipun tentangan dari kerajaan Buruh Baru di Britain – yang seperti dahulunya merupakan sahabat terbaik perusahaan-perusahaan – pada tahun 1999, Kesatuan Eropah meluluskan moratorium terhadap pengiktirafan barangan GM yang baru. Tetapi pada bulan Julai 2000, Majlis Eropah menandakan bahawa ia akan menunduk kepada tekanan berterusan dari perusahaan-perusahaan besar, dan kepada kerajaan Amerika Syarikat dan Britain, lalu merancang untuk meluluskan cadangan untuk membasmikan moratorium tersebut.

Terdapat juga siri pertelingkahan lain di antara Amerika Syarikat dan Eropah mengenai barangan GM, dengan Britain biasanya berbaris dengan Amerika Syarikat. Ini mencerminkan pergaulan rumit persaingan perdagangan Eropah dengan Amerika Syarikat serta fakta bahawa tekanan awam menentang barangan GM adalah lebih kuat di Eropah. Kajian baru-baru ini menunjukkan dua pertiga daripada rakyat Eropah menentang barangan GM.[clvii] Di Austria, 1.2 juta orang menandatangani surat rayuan yang menuntut pengharaman barangan GM.[clviii] Di kebanyakan negara Eropah, termasuk Britain, pemberontakan-pemberontakan juga telah menyasarkan kawasan-kawasan tanaman GM. Kerajaan-kerajaan yang perlu dilantik semula tidak dapat mempedulikan pendapat awam seperti itu.

Di bawah tekanan dari ahli-ahli sains dan pendapat awam, Kesatuan Eropah akhirnya telah mengharamkan daging lebu yang dirawat dengan hormon dan susu ‘pertumbuhan hormon’ BST. Amerika Syarikat memaksa Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) untuk memerintah bahawa pengharaman daging lembu itu adalah tidak sah, iaitu halangan kepada ‘perdagangan bebas.’ Amerika Syarikat juga meletakkan sekatan sebagai balasan kepada pengharaman daging tersebut, termasuk sekatan terhadap keju Roquefort Perancis. Kes ini melihat para petani di selatan Perancis, diaturkan oleh Confédération Paysanne dan dipimpin oleh José Bové, memusnahkan restoran McDonald’s di bandar Millau pada musim panas 1999. Kes itu dibawa ke makhamah pada bulan Jun 2000 dan menjadi fokus bagi pemberontakan sebesar 100,000 orang, sebuah pemberontakan yang mengahwini perasaan menentang pertubuhan-pertubuhan kapitalisme global dan kemarahan terhadap cara perusahaan-perusahaan sedang menguasai makanan dunia.

Namun, percubaan Amerika Syarikat untuk menggunakan Pertubuhan Perdagangan Sedunia untuk mengisytiharkan bahawa pengharaman susu tersebut adalah tidak sah ditimpa masalah apabila kerajaan Amerika Syarikat mengaku bahawa ia telah membenarkan penjualan hormon BST tanpa melihat apa-apa maklumat keselamatan, tetapi sebaliknya bergantung sepenuhnya pada ringkasan yang diberikan oleh… Monsanto! Mungkin buat kali pertama dalam sejarahnya, WTO menafikan rayuan Amerika Syarikat.[clix] Jika pengharaman ini akan dikekalkan masih terbuka kepada keraguan.

Pada masa menulis, pertelingkahan baru telah menapai di antara Eropah dan Amerika Syarikat mengenai isu pembubuhan label pada barangan GM. Amerika Syarikat dengan degil menentangnya, sambil di bawah tekanan awam, Kesatuan Eropah sekurang-kurangnya menginingkan sedikit pembubuhan label. Amerika Syarikat sekali lagi sedang mengancam untuk menggunakan WTO untuk meletakkan sekatan jika perintahnya tidak diterima.[clx]

Pertelinkahan-pertelingkahan di antara Eropah dan Amerika Syarikat ini adalah serius. Tetapi ianya sedikit sebanyak adalah berkaitan dengan cara dan kelajuan perusahaan-perusahaan GM memperkenalkan barangan mereka. Ia merupakan kesilapan untuk melihat Eropah sebagai kuasa baik hati. Sesiapa yang berfikiran seperti itu mungkin ingin tahu bahawa di Britain, orang ramai sudah didedahkan tanpa pengetahuan mereka kepada susu BST. Pada tahun 1987 dan 1988, di bawah kerajaan Konservatif Margaret Thatcher, susu BST dari lebih kurang 3,000 lembu dicampur dengan bekalan susu biasa.[clxi] Dan, baru-baru ini, pada bulan April 2000, Parlimen Eropah telah meluluskan resolusi yang mengatakan “bahawa perusahaan-perusahaan GM besar, seperti Monsanto, tidak patut dianggap bertanggungjawab dari segi perundangan jika makanan mereka didapati merbahaya bagi manusia dan alam semulajadi.”[clxii]

Melintasi pertelingkahan-pertelingkahan di antara Eropah dan Amerika Syarikat, mereka adalah bersatu dalam menggunakan pertubuhan-pertubuhan seperti WTO untuk membuka jalan bagi barangan ini di merata dunia.[clxiii] Proses ini bukannya selalu licin, dan perusahaan-perusahaan itu perlu membuat beberapa utauan untuk mematahkan tentangan. Di samping tentangan Eropah yang sudah disebut, terdapat juga pemberontakan berskala besar lagi militan di beberapa negara Dunia Ketiga, terutamanya di India. Pengizinan paling serius oleh kerajaan-kerajaan Barat yang menerima tentangan seperti itu adalah Protokol Mengenai Biodiversiti yang diluluskan pada bulan Januari 2000 di perhimpunan antara kerajaan di Montreal. Malah, Amerika Syarikat terpaksa menerima ‘prinsip berwaspada’ di bawah mana kerajaan-kerajaan dapat meluluskan sekatan terhadap pengimportan barangan GM pada dasar kesihatan dan alam semulajadi – walaupun ia mungkin mengambil masa beberapa tahun sebelum perjanjian ini diterjemahkan menjadi bentuk perundangan.[clxiv]

Tetapi di bawah tekanan dari perusahaan-perusahaan, kerajaan-kerajaan di negara perindustrian masih mencari cara untuk memaksa negara-negara GM untuk membenarkan masuk barangan GM: “Biotek juga sedang menjadi sebuah komponen ‘bantuan.’ Kerajaan-kerajaan Barat, dengan penderma-penderma multilateral seperti Kesatuan Eropah, sedang bermula untuk mengagihkan duit awam untuk perkembangan [tanaman GM] di negara-negara miskin… Bank Dunia sentiasa mencari cara untuk membantu perkembangan kejuruteraan genetik pertanian.”[clxv] Apabila cara-cara ‘sah’ seperti ity gagal, terdapat pilihan-pilihan lain. Olga Berlova, seorang pencinta alam dai Rusia, mengatakan, “Di Rusia, kami tahu dari pertubuhan-pertubuhan PBB bahawa kacang soya GM sedang ditanam, namun pegawai-pegawai Rusia tidak dapat mencari maklumat dari perusahaan-perusahaan. Perusahaan-perusahaan itu sedang membayar institut-institut Rusia untuk membuat kajian dan mengetepikan sistem perundangan.”[clxvi]

Manafikan kehidupan – wawasan Terminator

Wawasan perusahaan-perusahaan GM adalah untuk menguasai seluruh rantai makanan “dari biji-benih ke pinggan.” Langkah utama dalam projek ini adalah penguasaan biji-benih. Ini adalah rasional di sebalik desakan perusahaan-perusahaan GM untuk membeli syarikat-syarikat biji-benih. Malasah utama adalah bagaimana untuk menghalang para petani membuat apa yang mereka telah lakukan selama beribu-ribu tahun – menggunakan biji-benih dari penuaian satu tahun dalam penanaman tahun seterusnya, dan juga perkongsian, pertukaran atau penjualan biji-benih seperti itu kepada petani lain. Jika ini dapat dihalang, pencapaian perusahaan-perusahaan akan dapat dihadkan. Balasan perusahaan-perusahaan adalah untuk berusaha mendekat wawasan mereka.

Terdapat beberapa unsur penting dalam strategi mereka. Satu daripadanya adalah untuk menghakcipta biji-benih, dan sememangnya, menghakcipta gen-gen individu (dan proses yang sama sedang berlaku dengan gen-gen manusia dalam Projek Genom Manusia). Mereka mendakwa bagawa biji-benih GM bukanlah sama dengan biji-benih bukan GM, lalu mengabaikan dakwaan mereka sendiri bahawa ianyalah adalah “sama-rata secara besar.” Mereka memperdebatkan bahawa kejuruteraan genetik mereka telah mencipta barangan ‘baru’ yang dapat dihakcipta, dan sesiapa yang ingin menggunakannya perlu membayar perusahaan-perusahaan. Untuk menguatkuasakan ini, mereka menggunakan badan-badan antarabangsa seperti WTO dan perjanjian TRIPS (Hak-hak Harta Intelek Berkenaan Dengan Perdagangan) yang, pada dasarnya, menjadikan hakcipta seperti itu global dalam kawasannya dan maka “menjenayahkan penyimpanan biji-benih dan perkongsian biji-benih.”[clxvii] Ini juga digunakan untuk membenarkan perusahaan-perusahaan menghakcipta tumbuh-tumbuhan yang sudah lama ditanam. Contoh yang paling melampau adalah penghakciptaan beras basmati oleh RiceTece yang berpusat di Texas. Petani-petani India yang telah memperkembangkan dan menanam basmati selama beberapa abad mungkin dipaksa membayar perusahaan Amerika Syarikat untuk terus menanam beras itu.[clxviii]

Impian mutlak perusahaan-perusahaan GM adalah untuk mewujudkan, dan untuk memaksa petani untuk menggunakan, biji-benih yang akan membesar menjadi tumbuhan dalam satu tahun tetapi di mana biji-benihnya akan menjadi mandul pada masa menuai. Langkah pertama menuju matlamat ini diambil pada awal abad ini dengan perkembangan percantuman bagi kebanyakan tanaman biasa, pertama sekali dalam jagung dan kemudiannya yang lain, dan selepas itu juga dalam haiwan seperti ayam dan babi. Percantuman-percantuman ini memberikan sumber-sumer yang lebih besar daripada jenis yang lebih awal, lalu menjadi dasar di mana para petani ditolak untuk menggunakannya. Walaupun terdapat cara-cara lain untuk menghasilkan sumber yang sama, percantuman-percantuman mempunyai satu kebaikan besar. Ianya membiak dari garisan-garisan ‘pembiakan bersama’ dan adalah mandul, lalu memaksa petani membeli biji-benih baru setiap tahun.[clxix]

Dengan tanaman-tanaman GM, matlamatnya adalah untuk melintasi ini dan mewujudkan pertanian di mana segala tanaman yang ditanam di seluruh dunia menghasilkan biji-benih mandul. Itulah logik desakan untuk memperkembangan teknologi ‘Terminator,’ iaitu pengubahsuaian genetik terhadap biji-benih agar tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan tidak dapat menjatuhkan biji-benih subur.

Pada bulan Mac 1998, syarikat Delta dan Pine Land dari Amerika Syarikat menghakciptakan teknologi Terminator ini. Dua bulan kemudian, firma tersebut dibeli oleh Monsanto. Ancaman teknologi itu meletuskan balasan marah di seluruh dunia. Malah penyokong barangan GM berasa takut bahawa ia mungkin membara tentangan yang mungkin membawa masalah besar. Maka, pada bulan April 1999, Monsanto dan AstraZeneca mengumumkan secara awam bahawa mereka telah menggugurkan rancangan untuk memperkembangkan teknolohi Terminator secara komersil.[clxx] Tetapi keraihan datangnya terlalu awal. Perusahaan-perusahaan itu masih terus memperkembangan Terminator, serta teknologi Traitor yang berkaitan dengannya, yang bermaksud bahawa ciri-ciri (termasuk kesuburan) tumbuh-tumbuhan hanya dapat ‘dipasang’ dengan kegunaan kimia-kimia tertentu, yang sememangnya hanya dapat dibekalkan, atau dinafikan, oleh perusahaan-perusahaan. Seperti badan berkempen Yayasan Kemajuan Desa Antarabangsa (RAFI) mengatakan:

Selepas Monsanto dan AstraZeneca mengisytiharkan secara awam bahawa mereka tidak akan memperkembangan biji-benih Terminator secara komersil, kerajaan-kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan masyarakat awam ditipu berfikiran bahawa krisis telah berlalu. Tidak ada apa-apa yang lebih jauh dari kebenaran. Kajian mengenai Terminator dan Traitor sedang bergerak ke hadapan dengan laju.[clxxi]

Pada bulan Mac 2000, Harry Collins dari Delta dan Pine mengaku, “Kami telah meneruskan usaha Sistem Penjagaan Teknologi [Terminator]. Kami sebenarnya tidak pernah bergerak dengan perlahan-lahan. Kami menepati sasaran, bergerak menuju mengomersilkannya. Kami sebenarnya tidak pernah mengundur diri.”[clxxii]

Perusahaan-perusahaan GM ingin menafikan harta asas segala kehidupan, iaitu kebolehan untuk membiak, dalam desakan mereka untuk mengubah dunia dan segala yang terdapat di dalamnya menjadi komoditi yang mereka dapat menguntungkan. Seperti ahli biologi Richard Lewontin dan Jean-Pierre Berlan memperdebatkan, bagi perusahaan-perusahaan, “alam semulajadi berdiri dalam tentangan kepada ‘hak semulajadi’ untuk keuntungan.” Maka matlamat mereka adalah “rampasan… kebolehan malang organisma-organisma hidup untuk membiak dan mengganda” untuk “memerah lebih banyak keuntungan.”[clxxiii] Logik menjijik yang sama dilukiskan dalam penerangan perusahaan-perusahaan sendiri. Monsanto menuduh lebah dengan “merampas” debunga, dan tumbuhan-tumbuhan yang menghasilkan Vitamin A, yang dapat mencegah kebutaan dalam kanak-kanak, dengan “mencuri sinaran matahari” daripada tanaman GM.[clxxiv] Apa-apa yang berdiri dalam tentangan kepada mereka mengubah dunia dalam segala yang di dalamnya menjadi komoditi adalah musuh dan perlu dihancurkan. Dan dalam desakan mereka untuk mengubah kehidupan sendiri menjadi komoditi dan untuk menguasa pengeluaran makanan dunia, perusahaan-perusahaan itu tidak ragu-ragu untuk merisikokan malapetaka alam semulajadi dan manusia yang paling membinasakan. Oleh kerana itu, semua orang yang memberontak menentang perusahaan-perusahaan GM adalah tepat untuk berbuat sedemikian, dan mereka juga tepat untuk memanggil pengharaman pada pengenalan barangan GM.

Sains – kawan atau musuh?

Namun, terdapat perdebatan-perdebatan dan perbezaan-perbezaan serius di antara mereka yang menentang barngan GM, yang memerlukan perbincangan ringkas. Beberapa orang, terutamanya Putera Charles di Britain, menggunakan tentangan terhadap tanaman GM untuk menuntut penafian segala sains dan pengunduran ke dalam perihal ‘tidak rasional,’ dengan memperdebatkan bahawa tanaman GM “menghina Tuhan” dan “mencampur tangan dalam alam semulajadi.”[clxxv] Malangnya, beberapa ahli kempen pencinta alam menyokong perdebatan-perdebatan Charles. Ahli sains Mae Wan Ho, seorang pengkritik utama terhadap barangan GM, mengatakan bahawa dia “agak selesa” dengan perdebatan-perdebatan Charles, serangannya pada “kerasionalan sains” dan tekanannya pada “rasa kami terhadap apa yang suci.”[clxxvi]

Ini adalah sikap yang sangat silap. George Monbiot dengan tepat menyerang Charles dan penyokong-penyokongnya, dan mengatakan perdebatannya dengan baik:

Kejuruteraan genetik tanaman-tanaman adalah merbahaya bukan kerana ia “menghina tuhan” atau “mencampur tangan dalam alam semulajadi,” tetapi kerana ia membenarkan perusahaan-perusahaan kawalan monopoli ke atas rantai makanan dengan akibat-akibat yang membinasakan bagi golongan miskin dan juga ekosistem. Masalahnya bangkit bukannya dari sains sendiri, tetapi dari keadaan politik dan ekonomi di mana ia beroperasi. Jika sains digunakan untuk atau menentang kita bergantung kepada siapa yang menguasai tali dompet.[clxxvii]

Fakta bahawa beberapa pencinta alam dapat terjerumus ke dalam usaha menyokong seorang reaksioner maha-kaya seperti Putera Charles mencerminkan kelemahan yang lebih luas dalam beberapa perdebatan mereka. Mereka biasanya mengidamkan pertanian ‘tradisional’ dan terjerumus ke dalam usaha menolak sains sebagai cara untuk ‘menguasai’ alam semulajadi. Mereka seringkali menghubungkan ini dengan percubaan untuk memaparkan pendirian ini sebagai ‘feminis,’ pada dasar di mana pertanian tradisional adalah pertanian di mana kaum perempuan memainkan peranan penting, sambil sains dan pertanian perindustrian adalah pencerminan kekuasaan kaum lelaki. Maka, Mae Wan Ho, di samping banyak perdebatan baik mengenai genetik dan menentang barangan GM, mengimbas kembali kepada “kebijaksanaan abadi adat-adat peribumi tradisional.”[clxxviii] Vanda Shiva, sekali lagi di samping membuat perdebatan yang baik terhadap perusahaan-perusahaan, terjerumus ke dalam keajaiban dan memetik dari tulisan-tulisan beragama Hindu.[clxxix] Dia memperdebatkan bahawa “selama lebih dua abad, perbincangan saintifik patriarki, berpusat Eropah, dan antroposentrik tekah melayani kaum perempuan, adat-adat yang lain dan spesies-spesies yang lain sebagai benda semata-mata,” dan mengutarakan perdebatan ini di samping “feminisme-feminisme ekologi” yang “menyedari nilai abadi segala spesies.”[clxxx]

Dalam aliran perdebatan mereka, penulis-penulis ini membuat kritikan-kritikan yang sah terhadap pertanian perindustrian. Tetapi alternatif-alternatif yang mereka mengajukan dipenuhi dengan percanggahan-percanggahan dan perdebatan-perdebatan yang silap juga. Sememangnya terdapat masalah-masalah besar dengan pertanian perindustrian, malah juga pertanian bukan GM, yang telah diperkembangkan oleh kapitalisme dalam aliran abad ini. Satu unsur utama ini adalah desakan untuk membuka kawasan-kawasan luas yang digunakan untuk hanya satu tanaman (seringkali bersesuaian dengan perdebatan neo-liberal bahawa negara-negara mesti menghasilkan tanaman duit untuk pengeksportan di pasaran dunia), iaitu jenis amalan yang dinamakan monokultur. Ini mempunyai akibat-akibat penting. Kesatuan Ahli-Ahli Sains Yang Risau menunjukkan:

Dari ciri utama ini, ciri-ciri lain, seperti pergantungan pada racun serangga, mengalir secara kemestian. Ladang-ladang yang menanam satu atau dua tanaman semestinya menjemput serangga dan biasanya memerlukan semburan-semburan racun serangga dan rumput yang besar untuk mengawalnya. Menanam tanaman yang sama tahun demi tahun dapat merosakkan tanah, lalu meningkatkan keperluan untuk baja… operasi-operasi ternakan terpusat meletakkan haiwan dalam kawasan yang dekat dengan satu sama lain, biasanya di bawah keadaan-keadaan yang menekan. Akibatnya, haiwan-haiwan itu mungkin menjadi terbuka kepada penyakit, lalu mewujudkan pasaran yang besar untuk antibiotik.[clxxxi]

Inilah yang telah dilakukan oleh pertanian kapitalis moden di kawasan-kawasan luas di merata dunia. Ia sememangnya adalah gambaran yang sesuai dengan kepentingan-kepentingan perusahaan-perusahaan agrokimia dan yang lain-lain. Dan ia membawa dengannya segala bahaya pembinasaan alam semulajadi yang terbukti. Ia juga mengandungi bahaya-bahaya serius yang lain. Monokultur-monokultur berskala besar bergantung pada jumlah tanaman yang semakin berkurangan. Di Amerika Syarikat, misalnya, 96 peratus daripada tanaman kacang sayur terdiri daripada hanya dua jenis. Lebih penting lagi pada skala dunia, lebih setengah daripada tanaman ubi global kini ditanam dengan hanya satu jenis… iaitu ubi Russet Burbank yang digemari oleh McDonald’s.[clxxxii] Tetapi “menanam beribu-ribu atau berjuta-juta ekar dengan tanaman-tanaman yang adalah mirip secara gentik menjadikan bekalan makanan terbuka kepada penyakit… dasar tanaman yang serupa secara genetik adalah malapetaka yang sudah pasti akan berlaku.”[clxxxiii]

Ia juga adalah benar bahawa pertanian perindustrian telah meluaskan ketidak-samarataan sosial dan telah mendesak petani-petani kecil ke dalam kemuflisan, kemelaratan dan pembunuhan diri. Kaum sosialis berdiri bersatu dengan perjuangan-perjuangan golongan-golongan seperti ini apabila mereka berjuang untuk mempertahankan cara kehidupan mereka daripada alterantif melarat yang ditawarkan oleh sebuah dunia yang dikuasai oleh pertanian perindustrian korporat dan kapitalis.

Namun, berhadapan dengan ini adalah fakta bahawa cara-cara petanian abad ke-20 telah meningkatkan pengeluaran secara mendadak. Di Amerika Syarikat, misalnya, pengeluaran jagung telah bertumbuh sebanyak 300 peratus dalam abad ini. Cara-cara ‘tradisional’ tidak, dan tidak dapat, mengeluarkan jumlah makanan yang diperlukan di dunia pada hari ini. Contoh jelas bagi percanggahan ini adalah ‘Revolusi Hijau,’ yang telah mengubah pertanian di Dunia Ketiga lebih kurang di antara tahun 1950 dan 1984. Tanaman percantuman baru seperti beras dan gandum telah mengeluarkan hasil yang lebih tinggi. Ianya juga bergantung kepada bekalan-bekalan kimia yang besar yang diberikan, dengan harga tinggi, oleh perusahaan-perusahaan agrokimia, dan dengan itu datanganya desakan menuju monokultur berskala besar. Satu akibat sudah tentu adalah kemusnahan alam semulajadi secara besar-besaran oleh kerana sebab-sebab yang digariskan di atas. Satu lagi akibat adalah untuk meluaskan jurang ketidak-samarataan ekonomi, sambil petani-petani kecil diketepikan oleh pemilik-pemilik tanah besar, atau dipaksa ke dalam perhutangan kepada pemilik-pemilik tanah dan perusahaan-perusahaan uang mempunyai dut untuk membeli dan membekalkan biji-benih dan kimia.

Ini membawa beberapa orang untuk mengatakan bahawa Revolusi Hijau telah gagal. “Tidak produktif,” kata Vandana Shiva.[clxxxiv] Mae Wan Ho berucap mengenai “kegagalan Revolusi Hijau.”[clxxxv] Malah, Susan George telah berucap mengenai “Revolusi Hijau yang kini tidak dihargai.”[clxxxvi] Tetapi tanpa hasil tinggi yang dibawa oleh Revolusi Hijau, ia sudah tentu mustahil untuk memberi makanan bagi jumlah penduduk yang tinggi di beberapa kawasan di dunia. Penggandaan pengeluaran gandum di India di antara tahun 1966 dan 1981 dan penggandaan hasil nasi bermaksud bahawa orang ramai mempunyai lebih banyak untuk makan. Dan, sambil kebuluran masih merupakan masalah nyata, kebuluran-kebuluran yang dahulunya biasa di benua kecil tersebut kini telah melesap.[clxxxvii] Jawapan bagi percanggahan ini bukanlah untuk mengundur diri ke dalam masyarakat dan pertanian ‘tradisional.’ Masyarakat-masyarakat seperti itu terdedah kepada kebuluran, mengandungi kemiskinan berleluasa, dan bergantung pada pengeksploitasian zalim petani-petani dan pemburuh-pemburuh pertanian, termasuk kaum perempuan yang seringkali ditindas secara sistematik. Jangka masa hidup, untuk menggunakan satu ukuran penting, telah meningkat dengan mendadak berbanding dengan masyarakat-masyarakat ‘tradisional.’ Dan adakah ‘penyokong-penyokong tradisionalis’ akan menuntut pengembalian kepada cara-cara kesihatan ‘tradisional’ yang membiarkan begitu ramai orang perempuan meninggal dunia akibat kelahiran?

Jawapan kepada percanggahan di hati Revolusi Hijau adalah untuk menyedari masalah tersebut sebagai terbenam dalam cara berat sebelah di mana kapitalisme memajukan pengeluaran. Ia mewujudkan, dalam gerakan yang sama, kemajuan dan tentangannya, lebih banyak makanan di samping kebuluran, kemiskinan dan kebinasaan alam semulajadi. Untuk menyelesaikan masalah ini, kita memerlukan jenis pertanian yang lain, jenis pertanian yang menggunakan cara-cara ‘tradisional’ yang terbaik, tetapi digabungkan dengan amalan sains yang dibebaskan daripada pemerintahan keuntungan. George Monbiot, dalam balasannya kepada Putera Charles, mengatakan perdebatan ini dengan tepat. Dan Susan George memperdebatkan dengan betul bahawa “kami bukannya menyarankan pendekatan penjagaan muzium sebelum sistem-sistem tradisional, tanpa mengira kebaikannya, mahupun matlamat untuk menghasilkannya semula, tetapi sebaliknya gabungan kreatif kemahiran tempatan dengan pengetahuan saintifik Barat.”[clxxxviii]

Ini bukannya untuk memperkecil-kecilkan kepentingan mempelajari amalan-amalan pertanian yang dimajukan pada dasar usaha beribu-ribu tahun oleh para petani di merata dunia. Ia adalah persoalan menggabungkan apa ayang rasional dari itu, dan memisahkannya daripada bungkusan terpesong atau keajaibannya, dan menambahkannya kepada amalan tulin sains moden dengan matlamat memanfaatkan umat manusia pada hari ini, lalu mewujudkan sejenis pertanian yang dapat dikekalkan untuk generasi-generasi akan datang. José Bové, semasa berada dalam makhamah kerana memusnahkan stok jagung GM, mengatakan dengan baik:

Mengapa menolak sesuatu yang dipaparkan sebagai kemajuan? Ia bukannya kerana cara fikiran lama atau rasa sedih bagi ‘hari-hari dahulu yang baik.’ Ia adalah kerana kerisauan bagi masa depan, dan kerana keyakinan untuk mempunyai suara dalam perkembangan masa depan. Saya bukannya menentang kajian asas. Saya berasa bahawa ia adalah seperti ilusi dan kurang baik untuk berkeinginan menghalang kajian. Dalam tangan sebelah, saya tidak berpendapat bahawa setiap amalan kajian semestinya dikehendaki, pada tahap manusia, sosial atau alam semulajadi. Adakah semua yang tidak mustahil sememangnya dikehendaki dan mempunyai kebaikan bagi rakyat?[clxxxix]

Teknologi GM seperti yang diperkembangkan oleh perusahaan-perusahaan sememangnya ‘tidak mustahil,’ sebagaimana adalah cara-cara lain untuk menggunakan pengetahuan kita mengenai biologi dan dunia sekeliling. Persoalannya adalah apa yang kita memilih untuk memajukan, dan itu bergantung kepada siapa yang menguasai masyarakat dan untuk kegunaan apa.

Pertanian yang dapat dikekalkan

Beberapa ciri pertanian yang dapat dikekalkan adalah jelas, yang perlu diusahakan dalam pijar amalan. Tidak terdapat, misalnya, apa-apa yang salah denga keinginan meningkatkan hasil tanaman. Ini dapat memberikan orang makanan yang lebih baik dan berbeza, dan juga dapat mengurangkan jumlah usaha yang diperlukan untuk mengeluarakan makanan yang kita perlukan. Kenyataan terakhir ini adalah penting, dan satu di mana saya tidak sependapat dengan pengempen-pengempen lain, walaupun saya bersetuju dengan mereka bagi hampir semua kenyataan yang lain. George Monbiot dan Susan George, misalnya, kadang-kala mengajukan wawasan sebuah dunia yang lebih intesif dari segi tenaga pekerja. Susan George telah memperdebatkan bahawa kunci kepada “penciptaan kekayaan dan kehidupan yang baik bagi semua orang adalah melalui… teknologu-teknologi yang intensif dari segi tenaga pekerja.”[cxc] Saya berpendapat bahawa pandangan ini tidak dipegang oleh mereka yang terpaksa bekerja, mahupun dalam kilang-kilang atau membanting tulang di sawah-sawah padi. Alternatif kepada sistem kapitalis bukannya kerja yang lebih banyak dan lebih susah. Ia adalah untuk menggunakan potensi pengetahuan manusia mengenai alam semulajadi untuk membebaskan manusia daripada keperluan untuk bekerja selama lapan atau lebih jam sehari. Ini dapat memberikan manusia perluang untuk memperkembangkan kemahiran-kemahiran dan salasiah mereka dalam arah adat, pendidikan, politik dan lain-lain.

Tetapi sambil saya memperdebatkan bahawa kita perlu berjuang untuk pertanian yang kurang intensif dari segi tenaga pekerja, ini juga perlu menjadi pertanian yang berbeza daripada pertanian yang dimajukan oleh kapitalisme moden. Pertanian yang dapat dikekalkan akan menggunakan cara-cara yang lain daripada cara-cara berat sebelah dan membinasakan yang digunakan oleh kapitalisme.

Tindakan-tindakan ringkas dapat dan patut diambil, dan difahami dengan baik oleh ahli-ahli sains serius. Bertentangan dengan monokultur-monokultur yang bergantung kepada racun serangga, menggunakan putaran tanaman untuk mengawal serangga adalah satu contoh baik: “Putaran tanaman… dapat memainkan peranan penting dalam kawalan serangga kerana kebanyakan serangga mempunyai kesukaan bagi tanaman-tanaman tertentu.. menanam tanaman yang berbeza mengganggu kitaran kehidupan serangga dan mengawal jumlahnya.”[cxci] Cara-cara kalawan serangga biologi, menggunakan burung, serangga dan sebagainya, difahami dengan baik, adalah efektif dan memperkayakan alam semulajadi. Pertanian bercampuran, di mana lebih daripada satu tanaman ditanam di ladang yang sama pada masa yang sama, adalah satu lagi cara yang difahami dengan baik untuk menggunakan interaksi-interaksi rumit dalam sesebuah ekosistem untuk meningkatan hasil keseluruhan.[cxcii] Pembiakan tumbuh-tumbuhan tradisional menawarkan skop yang luas untuk memperbaiki produktiviti pertanian. Terdapat bukti yang baik bahawa kawasan-kawasan tanaman yang kecil dan beraneka jenis (dan bukannya ladang-ladang kecil, yang ada adalah perihal yang berbeza sekali – tidak terdapatnya sebab mengapa pertanian berskala besar tidak dapat mengandungi kawasan-kawasan tanaman yang lebih kecil dan beraneka jenis) adalah lebih produktif dalam jangka masa panjang daripada monokultur-monokultur berskala besar.

Ia juga adalah perdebatan palsu untuk mengimbaskan pertanian ‘organik’ dengan pertanian yang lain. Apa yang diperlukan adalah pertanian yang terbaik, berdasarkan pada pengetahuan saintifik bulat mengenai alam semulajadi, dan di mana matlamatnya adalah untuk memuaskan keperluan-keperluan manusia sekarang dan pada masa depan. Ini sudah tentu akan bermakna mempelajari cara-cara ‘tradisional’ dan pertanian ‘organik.’ Tetapi ini tidak dapat dilakukan dalam mana-mana cara keajaiban yang meningkatkan pendekatan ini kepada aksi kepercayaan. Ia perlu didasarkan pada pengetahuan sebenar. Dan pertanian seperti itu juga akan mempelajari apakah yang bernilai dan berguna dalam cara-cara lain, termasuklah pertanian ‘perindustrian.’ Tentangan terhadap penggunaan ‘kimia’ dalam pertanian hanyalah keajaiban. Segala kehidupan, segala makanan kita, adalah kimia. Pertanian organik menggunakan pelbagai ‘kimia’ dan baja ‘tiruan’ pada mulanya didasarkan pada barangan ‘organik’ dan ‘semulajadi’, terutamanya tulang dan tahi burung.[cxciii] Persoalannya adalah kimia apa, untuk kegunaan apa, dan dengan kesan apa, sekarang dan pada masa depan?

Terkandung dalam pertanian yang dapat dikekalkan seperti ini, tidak terdapatnya sebab secara prinsip mengapa pengetahuan kita mengenai gen dan biologi molekular tidak patut digunakan untuk kebaikan manusia dan dalam pertanian. Ia tidak mustahil bahawa beberapa tanaman GM akan menjadi berguna pada masa depan. Namun, untuk ini menjadi tidak mutahil akan memerlukan pendekatan yang berbeza secara radikal daripada yang ditekankan pada ilmu genetik pada hari ini oleh perusahaan-perusahaan kapitalis. Ia akan bermakna pengetahuan yang lebih bulat mengenai cara gen berfungsi, dan integrasi yang lebih bulat dalam ekologi saintifik. Dan paling penting sekali, ia akan memerlukan perdebatan dan perbincangan awam, dan kajian berpanjangan dan terperinci berdasarkan prinsip berhati-hati.

Satu syarat bagi itu, dan bagi mana-mana jenis pertanian yang dapat dikekalkan, adalah pemisahan daripada masyarakat di mana keuntungan adalah nadi yang menguasai segala irama dunia. Stephen Nottingham menulis secara khas mengenai tanaman GM, tetapi kata-katanya mempunyai kepentingan yang lebih luas mengenai cara pemerintahahan perusahaan-perusahaan dapat dikalahkan: “Pemberontakan sosial besar-besaran dapat memperlahankan penyebaran pantasan teknologi ini dalam pengeluaran makanan. Namun demikian, hanya revolusi sosial dapat menghalangnya.”[cxciv]

Revolusi sosial seperti itu diperlukan untuk menghalang ancaman terhadap umat manusia dan alam semulajadi yang dibawa oleh kapitalisme, tanpa mengira jika ia adalah barangan GM atau pemanasan global. Pemberontakan seperti itu semestinya mempunyai pelbagai cabang, tetapi pada intinya, jika ia ingin berjaya, mestilah terdapat kelas yang adalah utama kepada pergerakan kapitalisme, iaitu kelas pekerja global. Jika revolusi seperti itu berjaya merampas masyarakat dan pengeluaran dari kelas pemerintah, apakah kesannya pada pertanian?

Terdapat beberapa isu yang dapat diramalkan dengan senang. Ia akan bermakna mengambil segala tanah dan pengeluaran yang kini dimiliki oleh perusahaan-perusahaan dan pemilik-pemilik tanah besar di bawah kawalan demokratik kolektif. Keputusan-keputusan asas mengenai cara mengatur pengeluaran akan diambil oleh pekerja yang melaksanakan usaha pada tanah, melalui pengambilan keputusan demokratik dalam kerjasama dan perbincangan dengan pertubuhan-pertubuhan pekerja yang mirip dalam masyarakat.

Bagaimana pula dengan petani-petani dan pemburuh kecil? Mana-mana revolusi sosial tulin akan dengan serta-merta memberikan tanah kepada mereka yang mengerjakannya, atau kepada pemburuh tanpa tanah atau petani yang digugurkan dari tanah yang telah merampas tanah dari pemilik-pemilik besar. Segala hutang, iaitu faktor penting di kebanyakan kawasan dunia dalam menghancurkan para petani, akan dibasmikan secara serta-merta. Dan sebuah masyarakat yang dikawal secara demokratik akan menyediakan peralatan, jentera, sokongan dan kemahiran saintifik, dan sebagainya dengan percuma kepada para petani. Perubahan seperti itu, seperti yang diperdebatkan oleh Tony Clif lebih 40 tahun yang lalu dalam karyanya bertajuk Marxsisme dan Kolektivisasi Pertanian, “kemungkinan besar akan memberikan ladang swasta kehidupan yang baru.”[cxcv]

Tetapi itu hanyalah permulaan. Kaum sosialis tidak mengunggulkan pemilik harta berskala kecil, atau kehidupan miskin. Sememangnya, tidak terdapatnya persoalan mengenai kebinasaan “kolektivisasi yang dipaksa’ yang berlaku di Rusia Stalinis atau Negara Cina di bawah Mao. Kezaliman itu tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan membina masyarakat demokratik, tetapi sebaliknya merupakan sebahagian daripada desakan oleh kelas-kelas pemerintah kapitalis kerajaan untuk memerah nilai lebih besar daripada rakyat jelata untuk membina industri besar dan jentera ketenteraan. Stalin, Mao dan lain-lain telah menggunakan bahasa sosialisme untuk menyembunyikan matlamat-matlamat sebenar mereka. Dalam realiti, mereka telah bertindak sebagaimana dengan ketua-ketua perusahaan-perusahaan global yang paling buruk di Barat.

Dalam masyarakat sosialis tulin, lebih banyak galakan akan diberikan kepada cara mengerjakan tanah secara kolektif dan menyusun pertanian. Melalui perkongsian peralatan, pengolaman bekalan-bekalan, pembiayaan infrastruktur dan sebagainya, matlamatnya akan menjadi, dalam jangka masa panjang, untuk menggalakkan para petani untuk melihat masa depan mereka bukannya sebagai pemilik harta individu kecil-kecilan. Sebaliknya, ia akan menggalakkan pemilik harta kecil-kecilan seperti itu untuk melihat masa depan mereka sebagai sebahagian daripada masyarakat pengeluar kolektif yang tulin dan demokratik, memiliki segala harta bersama-sama, di mana semua orang bekerja untuk menjamin masa depan masyarakat. Orang berpegang kepada kawasan-kawasan tanah dan harta swasta kerana di bawah kapitalisme, alternatifnya adalah kemelaratan dan kemiskinan. Matlamat masyarakat baik adalah untuk mewujudkan keadaan-keadaan di mana terdapat alternatif benar. Seperti Cliff memperdebatkan, “Di bawah kapitalisme, permilikan ladang secara swasta, perasaan kebebasan, memberikan keselamatan pekerjaan dan pendapatan, dan keselataman semasa umur tua… [Sosialisme], dengan meningkatkan taraf hidup secara bulat, menjamin kesemalatan pekerjaan, dan pensyen nyata bagi umur tua dan semasa berpenyakit, akan meletupkan nilai ‘kebebasan’ ekonomi yang diwakili dalam permilikan ladang secara swasta.”[cxcvi]

Sosialisme adalah mengenai mewujudkan sebuah dunia di mana takdir dan perkembangan setiap individu diikat kepada masyarakat secara menyeluruh, sebuah masyarakat di mana ciri utamanya adalah kawalan demokratik kolektif oleh oleh mereka yang melakukan kerja. Betapa lamanya peraliahan ini akan mengambil hanya akan ditunjukkan pada masa depan, dan walaubagaimana lamanya ia mengambil, tidak terdapatnya persoalan mengenai memaksa kelajuannya:

Proses peralihan pertanian dari cara-cara individu kepada kolektivis akan menjadi hasil kelimpahan kekayaan dan adat dalam masyarakat-masyarakat yang sangat maju. Pertanian individu tidak akan ditumbangkan, tetapi dikecilkan. Kebahagiaan sosialis, dengan tarikan, akan secara beransur-ansur – dalam jangka masa panjang – mengubah fikiran para petani untuk melepaskan ladang-ladang individu mereka… Tidak terdapatnya sebab di dunia mengapa kerajaan [sosialis] baru tidak dapat menunggu dengan sabar buat jangka masa panjang, malah selama berdekad-dekad, sebelum penduduk desa mengambil keputusan untuk menjejak jalan pertanian koperatif.[cxcvii]

Dunia yang disasarkan oleh kaum sosialis adalah dunia di mana perbezaan gila di antara usaha untuk mengeluarkan makanan dan untuk mengeluarkan segala keperluan kehidupan yang lain dihapuskan. Ia adalah sebuah dunia di mana pembahagian menjadi pekerja atau petani tidak mempunyai erti, sebagaimana juga dengan pembahagian di antara bandar dan desa, atau di antara manusia dan alam semulajadi.

Umat manusia dan alam semulajadi

Pemanasan global dan organisma-organisma GM adalah dua ancaman alam semulajadi paling serius yang menghadapi umat manusia pada hari ini. Tetapi, seperti yang saya telah memperdebatkan lebih awal, ianya bukanlah satu-satunya masalah yang dihadapi. Saya telah mencuba menunjukkam bagaimana dua ancaman ini mengalir dari logik kapitalisme sendiri, dan menanganinya memerlukan cabaran terhadap logik tersebut. Saya kini ingin mengalihkan pandangan kepada perbincangan yang lebih luas mengenai ancaman-ancaman alam semulajadi yang kita menghadapi. Saya percaya bahawa cara terbaik untuk menggenggam ini terletak dalam melihatnya dalam analisa yang lebih luas mengenai hubungan di antara umat manusia dan alam semulajadi.

Di kalangan mereka yang risau mengenai alam semulajadi terdapat pandangan bahawa alam semulajadi adalah sesuatu yang terpaku dan statik. Apa yang kita perlu lakukan, katanya perdebatan ini, adalah hanya mengekalkan benda seperti keadaannya sekarang, bukannya untuk ‘mencampur tangan’ dalam alam semulajadi.[cxcviii] Ini adalah pemahaman yang sangat salah mengenai dunia dan spesies – tumbuh-tumbuhan, haiwan-haiwan dan manusia – yang hidup di dalamnya. Bumi merupakan tempat dinamik yang telah mengalami perubahan-perubahan besar dan ‘semulajadi’ sepanjang sejarahnya. Iklim, alam semulajadi, spesies-spesies yang mendiami bumi telah berubah secara dramatik dan berkali-kali sejak permulaan planet ini hampir 4 bilion tahun yang lalu. Terdapat juga ketika apabila bumi lebih panas daripada sekarang, dan terdapat ketika apabila bumi lebih sejuk daripada sekarang. Benua-benua hari ini hanya telah dibentukkan baru-baru ini secara relatif, iaitu dari sego geologi, hasil pemindahan ‘plet-plet’ tektonik yang menjadikan permukaan bumi. Gunung, laut, pulau, sungai dan gurun panas yang kita melihat pada hari ini juga adalah hasil baru dalam sejarah bumi.[cxcix]

Semua itu lebih benar lagi bagi kehidupan di bumi. Kebanyakan tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang hidup pada hari ini merupakan perkembangan yang agak baru dalam sejarah kehidupan di bumi. Kehidupan itu telah berevolusi daripada organisma-organisma ringkas melalui siri perubahan-perubahan besar. Spesies-spesies telah memasuki kewujudan, dan telah menjadi pupus, kadang-kala dalam ombak kepupusan besar-besaran, apabil iklim dan alam semulajadi bumi telah berubah. Fakta dan pemahaman ini adalah unsur teori evolusi yang diperkembangkan oleh Charles Darwin dan disahkan oleh berat bukti sejak itu.

Ini bukanlah proses satu hala, mengenai alam semulajadi yang berubah membawa kesan kepada kehidupan. Kehidupan dalam setiap bentuk tidak dapat wujud melainkan berinteraksi dengan dan mengubahkan alam semulajadi. Hubungan dua hala ini adalah pusat kepada pemahaman bulat mengenai organisma-organisma hidup.[cc] Untuk mengambil satu contoh, selama lebih separuh daripada kewujudan bumi, ia tidak mempunyai oksigen dalam atmosferanya. Kehidupan sendiri adalah bertanggungjawab untuk mengubah atmosfera bumi sehingga ia mengandungi oksigen. Lebih kurang 2 bilion tahun yang lalu, mikro-organisma telah berevolusi lalu menghasilkan oksigen dalam atmosfera bumi sebagai hasil sampingan metabolisme mereka. Oksigen itu kemudiannya menghapuskan pelbagai organisma-organisma lain yang telah menyesuaikan diri kepada atmosfera tanpa oksigen.[cci]

Perubahan alam semulajadi telah terus membawa kesan kepada organisma-organisma hidup sepanjang sejarah bumi, dan organisma-organisma itu telah terus membawa kesan-kesan penting kepada alam semulajadi. Perubahan bersama dan radikal organisma-organisma hidup dan alam semulajadi terbina ke dalam perkembangan bersejarah dan sifat planet kita.

Perubahan-perubahan alam memainkan peranan penting dalam evolusi umat manusia. Dan sejak manusia telah wujud, mereka telah berinteraksi dengan dan telah mengubah alam semulajadi.[ccii] Umat manusia tidak dapat wujud melainkan bekerja pada alam semulajadi, melalui tenaga pekerja yang disusun secara sosial, untuk mencari makanan, pakaian, tempat perlindungan dan sebagainya, untuk kewujudan.[cciii] Dengan itu, umat manusia telah mengubahsuai, kepada tahap lebih atau kurang, alam sekitar. Dan melalui aktiviti seperti itu, umat manusia telah mengubah alam sekitar sehingga tahap di mana – berhadapan dengan tahap pengetahuan, teknik dan struktur sosial yang sedia ada – ia tidak lagi berkemampuan untuk mengekalkan cara kehidupan yang sedia ada.

Ini memang benar bagi masyarakat-masyarakat pra-kelas yang merupakan jenis masyarakat yang biasa bagi majoriti masa kewujudan spesies kita. Dalam masyarakat-masyarakat seperti itu, kebinasaan alam semulajadi biasanya bersifat tempatan, kehabisan bekalan makanan di sesuatu tempat, dan penyelesaiannya senang – berpindah ke tempat baru.[cciv] Corak yang sama adalah benar bagi masyarakat-masyarakat hortikultur yang lebih berstruktur, yang kemudiannya berkembang di kebanyakan tempat, dengan cara-cara ‘buka dan pindah’ mereka.[ccv] Dalam masyarakat-masyarakat pra-kelas seperti itu juga, aktiviti manusia yang bertujuan untuk menjamin cara-cara kewujudan dapat mengubah alam semulajadi yang lebih luas dengan radikal. Penggunaan api oleh Orang Asli Australia membawa kesan seperti itu. Di Amerika, manusia sudah pasti telah memburu haiwan-haiwan besar di benua itu sehingga kepupusan lebih kurang 11,000 tahun yang lalu, lalu mengubah alam semulajadi dan perkembangan masa depan masyarakat-masyarakat manusia.[ccvi] Di beberapa bahagian dunia, “pada zaman neolitik… kawasan-kawasan hutan dikurangkan kerana ianya digunakan dalam pertanian berpindah dan dirosakkan juga oleh masa-masa pembiaran yang pendek dan sebahagian juga kerana penggunaan api untuk pemburan atau kerana api yang digunakan untuk pembukaan sesuatu kawasan tidak dapat dikawal.” Di Afrika, misalnya, “sebahagian besar daripada kawasan savana dan kawasan rumput semulajadi yang lain berpunca daripada perubahan-perubahan serupa pada masa pra-sejarah.”[ccvii]

Dengan perkembangan masyarakat-masyarakat pertanian tetap dan dengannya pembahagian masyarakat menjadi kelas-kelas berstruktur, sebuan bentuk baru bagi corak ini menjelma. Rekod arkeologi dipenuhi dengan contoh-contoh di mana masyarakat-masyarakat rumit menjelma, berkembang menjadi ‘tamadun,’ dan kemudiannya tumbang. Dalam kebanyakan kes, kebinasaan alam sekitar di mana masyarakat itu bergantung demi keperluan kelihatan seperti faktor penting dalam memulakan krisis.

Beberapa contoh akan menggambarkan corak ini. Lebih kurang pada tahun 750 Selepas Masihi, tamadun Teotihuacan di lembah tengah Meksiko tumbang. Ia terpusat pada apa yang merupakan bandar terbesar pada benua Amerika pada masa itu, dengan hampir 100,000 penduduk di bandar itu dan lebih kurang 500,000 lagi di bawah penguasaan pemerintah-pemerintahnya. Namun, dalam masa beberapa tahun, ia tumbang, bandar itu sendiri dirompak, dibakar dan dibiarkan. Punca secara langsungnya mungkin pergolakan sosial dalaman yang besar, mungkin “penduduk memberontak terhadap aparatus kerajaan yang menindas.”[ccviii] Ahli-ahli kajipurba percaya bahawa kebinasaan alam sekitar mungkin merupakan satu faktor penting dalam mewujudkan keadaan-keadaan yang membawa penumbangan itu:

Apakah keadaan kemerosotan dan penumbangan Teotihuacan? Sudah pasti faktor-faktor alam semulajadi dan dan sosial terlibat… Pemusnahan hutan di bukit-bukti sekitar mungkin memulakan proses penghaskisan yang menyebabkan kemerosotan dalam wap tanah yang dapat digunakan oleh tanaman [yang] akan membawa masalah-masalah yang lebih serius bagi mereka yang menyediakan makanan bagi bandar tersebut.[ccix]

Terdapat bukti hubungan yang serupa dengan kemusnahan alam semulajadi oleh kerana perkembangan pertanian tidak terkawal dan faktor-faktor sosial dalam penumbangan tamadun-tamadun Maya di tanah rendah timur di Amerika Tengah di antara tahun 800 dan 900 Selepas Masihi.[ccx]

Pulau Easter memberikan contoh klasik bagi hubungan di antara kebinasaan alam semulajadi dan malatapetaka sosial. Pulau tersebut dijajah lebih kurang 1,300 tahun yang lalu, dan pada masa itu dipenuhi dengan pokok dan tumbuh-tumbuhan. Adat rumit kemudiannya berkembang, sesuatu tamadun yang membina patung-patung batu yang menakjubkan, dinamakan Maoi, yang masih berdiri pada masa ini. Kayu begitu penting bagi tamadun ini: “Pokok-pokok dipotong untuk kayu untuk perumahan, kayu untuk api dan akhirnya untuk penggelek dan peralatan seperti tuil untuk memindahkan dan mendirikan Moai.”

Kemudian, dalam corak yang kita akan melihat lagi kemudian, semakin banyak daripada bekalan masyarakat itu digunakan untuk pembinaan patung-patung tersebut. Tidak ada sesiapa yang mengetahui mengapa, tetapi patung-patungnya tersebut jelasnya memainkan sesuatu peranana dalam mengesahkan struktur sosial yang sedia afa dan mungkin mempunyai kepentingan ideologi atau keagamaan. Akibat keghairahan membina patung-patung tersebut merupakan penghapusan dasar materialis bagi seluruh masyarakat dengan memotong pokok lebih cepat daripada ianya dapat ditanam semula. Namun, desakan menuju malapetaka diteruskan:

Sambil penghapusan hutan diteruskan, pembinaan Moai menjadi sesuatu keghairahan. Dan pokok-pokok terus dipotong. Dengan kehilangan hutan-hutan, tanah mula dihakis. Lapisan tanah yang subur dengan cepat disapu ke laut. Tanaman-tanaman mulai gagal dan puak-puak mula menyerang satu sama lain untuk bekalan-bekalan sedikit.

Akhirnya, ini telah membawa letusan sosial besar-besaran dan penumbangan masyarakat sepenuhnya: “Adat Rapa Nui [Pulau Easter] tumbang. Pulau mereka dibiarkan dalam kerosakan, dan kampung-kampung serta tanaman-tanaman mereka terihancur.”[ccxi]

Penghapusan hutan dan hakisan tanah kelihatan sebagai salah stau faktor penting dalam mewujudkan keadaan-keadaan yang membawa kemerosotan kebanyakan tamadun-tamadun purba di lembah Mediteranean:

Pokok-pokok dipotong untuk bahan api, peralatan, bahan-bahan pembinaan – dan sebagainya. Sambil bandar-bandar dan jumlah penduduk membesar, keperluan untuk kayu meningkat. Menjelang akhir zaman Rome, kayu diimport ke dalam Itali dari daerah-daerah yang berhampiran. Pokok-pokok dan lapisan tanah juga digunakan dengan lebih cepat daripada ia dapat dibaiki semula, sambil penternakan kambing menyebar ke seluruh kawasan Mediteranean. Lapisan tanah subur didedahkan kepada sinaran matahari dan angin, menjadi terhakis dan menghalang aliran air dan tanah payah, lalu meninggalkan keadaan separuh kering yang masih wujud pada hari ini.[ccxii]

Fakta yang sama ditekankan lebih seabad yang lalu oleh salah seorang pengasas Marxsisme, iaitu Frederick Engels, yang mengambil usaha tekun untuk menekan bahawa umat manusia dan masyarakat mereka merupakan sebahagian daripada alam semulajadi:

Namun, janganlah kita memuji diri kita sendiri terlalu banyak kerana kejayaan-kejayaan manusia ke atas alam semulajadi. Untuk setiap kejayaan itu, alam semulajadi berbalas dendam terhadap kita. Setiap kejayaan, ia adalah benar, di tempat pertama membawa hasil-hasil yang diramalkan, tetapi di tempat kedua dan ketiga ia mempunyai kesan-kesan yang agak berbeza dan tidak dianggap, yang biasanya menghapuskan kesan yang pertama.

Penduduk yang, di Mesopotamia, Greece, Asia Kecil dan tempat-tempat lain, menghapuskan hutan-hutan untuk mebuka kawasan pertanian, tanpa memimpikan bahawa dengan menghapuskan dengan hutan-hutan segala pusat pengumpulan dan takungan wap air, mereke sedang meletakkan dasar bagi keadaan melarat hari ini di negara-negara itu.

Apabila penduduk Itali di kawasan Alps habis menggunakan hutan-hutan pain di pergunungan selatan, yang sebaliknya disayangi di pergunungan utara, mereka tidak sedar bahawa dengan melakukan sedemikian, mereka sedang memotong akar industri tenusu di kawasan mereka; lebih-lebih lagi, mereka tidak sedar bahawa mereka sedang menghapuskan mata air pergunungan bagi sebahagian besar tahun, dan menjadikannya mustahil bagi mereka untuk menuang aliran-aliran di tanah rendah semasa musim-musim hujan…

Pada setiap langkah, kita diingatkan bahawa kita sama sekali tidak memerintah alam semulajadi seperti seorang penjajah ke atas rakyat asing, seperti seorang yang berdiri di luar alam semulajadi – tetapi bahawa kita, dengan daging, darah dan otak, adalah milik alam semulajadi, dan wujud di kalangannya.

Engels memperdebatkan bahawa perkembangan-perkembangan saintifik moden menjadikannya tidak mustahil bagi manusia untuk “menyedari kesan-kesan yang lebih terus-menerus dan lebih jauh daripada campur tangan kita dengan aliran tradisional alam semulajadi” dan maka untuk mengawal “kesan-kesan semulajadi yang lebih jauh sekurang-kurangnya bagi aktiviti-aktiviti pengeluaran seharian kita.”

Kemungkinan seperti ini, bagi Engels, mengutarakan harapan mewujudkan sebuah dunia di mana manusia “bukan sahaja merasai tetapi juga mengetahui kesatuan mereka dengan alam semulajadi, dan semakin yang mustahil akan menjadi idea tidak waras dan tidak semulajadi bagi percanggahan di antara minda dan benda, manusia dan alam.”[ccxiii]

Masyarakat kelas, pengeluaran dan alam semulajadi

Engels memang betul untuk menekan perana penting kejahilan mengenai cara berfungsinya dunia semulajadi dalam pembinasanaan alam semulajadi dalam masyarakat-masyarakat yang lalu. Tetapi kejahilan itu serta corak kerosakan alam, krisis dan penumbangan, hanya dapat ditangkap sepenuhnya sebagai perdebatan yang lebih luas yang diajukan oleh Marx dan Engels, dan diperkembangkan oleh pihak Marxsis sejak itu. Inti perdebatan ini disimpulkan oleh Marx:

Dalam pengeluaran sosial kehidupan mereka, manusia memasuki hubungan-hubungan khusus yang tidak dapat dihapuskan dan adalah bebas daripada hasrat mereka, hubungan-hubungan pengeluaran yang adalah sejajar dengan tahap perkembangan tertentu bagi kuasa-kuasa pengeluaran materialis mereka. Jumlah keseluruhan hubungan-hubungan pengeluaran ini adalah struktur ekonomi masyarakat, dasar sebenar, di mana bangkitkan mahastruktur perundangan dan politik dan yang adalah sejajar dengan bentuk-bentuk kesedaran sosial yang khusus… Pada tahap tertentu dalam perkembangannya, kuasa-kuasa produktif materialis dalam masyarakat memasuki konflik dengan hubungan-hubungan pengeluaran yang sedia ada, atau – apa yang merupakan perluahan perundangan bagi benda yang sama – dengan hubungan-hubungan harta yang telah berfungsi sehingga itu. Dari bentuk-bentuk perkembangan kuasa-kuasa produktif, hubungan-hubungan ini kemudiannya memasuki belenggunya sendiri. Kemudiannya bermulalah zaman revolusi sosial.[ccxiv]

Perdebatan ringkas adalah seperti berikut. Untuk memahami cara berfungsinya mana-mana masyarakat, anda perlu memahami bagaimana masyarakat itu mengeluarkan keperluan-keperluan kehidupan. Seperti yang dikatakan oleh Engels, “Umat manusia mesti dahulunya makan, minum, mencari perlindungan dan pakaian, sebelum ia dapat mengejar politik, sains, seni, agama, dan sebagainya.”[ccxv]

Marx memperdebatkan bahawa terdapat dua unsur dalam cara pengeluaran di inti mana-mana masyarakat dibentukkan. Satu daripadanya adalah apa yang dinamakannya sebagai “kuasa-kuasa produktif materialis” atau “kuasa-kuasa pengeluaran.” Ini bukan sahaja peralatan dan jentera yang dimiliki oleh sesebuah masyarakat, walaupun itu merupakan satu unsur penting. Ia juga melibatkan alam sekitar dan tenaga pekerja manusia sendiri. Dan tenaga pekerja manusia seperti itu bukan sahaja kuasa otot kasar, tetapi juga tahap pengetahuan dan kemahiran yang terlibat dalam tenaga pekerja itu pada sesuatu masa.

Bagi Marx, mana-mana pengetahuan mengenai masyarakat adalah mustahil jika ia tidak didasarkan pada alam sekitar di mana masyarakat itu ingin wujud. Dia mengutuk mereka yang tidak menghiraukan fakta asas ini. Penerangan pertama yang dibuat olehnya dalam kritikannya pada tahun 1875 mengenai rancangan sebuah parti sosialis Jerman merupakan fakta ini. Rancangan tersebut membuka dengan kenyataan, “Tenaga pekerja adalah punca segala kekayaan.” Marx mengulas, “Tenaga pekerja bukannya punca segala kekayaan. Alam semulajadi juga merupakan punca kekayaan materialis.” Dia mendesak berkali-kali bahawa “Tenaga pekerja bergantung kepada alam,”[ccxvi] dan menekan kepentingan “keadaan-keadaan tenaga pekerja semulajadi, bagi dunia sebagai peralatan tenaga pekerja asas, iaitu makmal dan gedung bahan-bahan mentahnya.”[ccxvii]

Tetapi gabungan ketiga-tiga unsur ini – alam, kuasa tenaga pekerja dan pengetahuan yang terkandung dalamnya, serta peralatan, jentera dan sebagainya – yang Marx menamakan kuasa-kuasa pengeluaran, hanyalah sebahagian daripada kunci untuk memahami cara bergeraknya mana-mana masyarakat. Segala pengeluaran manusia adalah bersifat sosial, ia melibatkan hubungan-hubungan di antara manusia dalam liran melakukan tugas yang diperlukan. Marx menamakan ini “hubungan-hubungan pengeluaran.” Hubungan-hubungan seperti ini wujud dalam setiap masyarakat. Malah dalam masyarakat-masyarakat pemburu yang wujud sebelum kelas-kelas, terdapatnya hubungan-hubungan khusus di antara masyarakat yang terpusat di sekeliling penjaminan keperluan-keperluan kehidupan.

Tetapi apabila anda mendapati perkembangan masyarakat-masyarakat yang berstruktur kelas, dengan kemajuan pertanian dan ‘tamadun’, hubungan-hubungan ini bukanlah sahaja di antara individu-individu atau kumpulan-kumpulan kecil. Ianya bermula didasarkan pada hubungan-hubungan seluruh masyarakat di antara kelas-kelas, kumpulan-kumpulan di dalam masyarakat itu yang dhuraikan secara khusus oleh kedudukan mereka berpandukan pengeluaran. Dalam masyarakat-masyarakat kelas, hubungan-hubungan ini secara asasnya adalah didasarkan pada pengeksploitasian. Sati kumpulan, iaitu kelas pemerintah, mengeksploitasi tenaga pekerja kumpulan yang lain. Kelas pemerintah ini mendapat kedudukannya kerana peranannya dalam mengeksploitasi tenaga pekerja orang lain dalam aliran cara pengaturan pengeluaran yang khusus. Pengaturan pengeluaran ini adalah dasar kekayaan, kekuasaan dan keistimewaannya.

Dalam metafora Marx, keseluruhan ini – pengeksploitasian kelas berdasarkan cara pengaturan pengeluaran yang khusus – merupakan “dasar,” “struktur ekonomi masyarakat, dasar sebenar” di mana bangkitnya seluruh “mahastruktur,” iaitu bentuk kerajaan, serta kain perundangan, politik, keagamaan, moral, ideologi dan adat masyarakat.

Ini bukanlah proses satu hala. Mahastruktur tersebut mencampur tangan dalam dan membawa kesan begi dasar pengeluaran masyarakat dalam pelbagai cara.[ccxviii] Cara utama bagaimana ia melakukan ini adalah dengan menetapkan dan mengekalkan dasar ekonomi masyarakat, dan terutamanya, kedudukan kelas pemerintah di dalamnya. Kelas pemerintah dan pertubuhan-pertubuhannya mendapat kekuasaan mereka melalui kedudukan mereka dalam cara pengaturan pengeluaran tertentu, dan maka mempunyai kepentingan dalam mengekalkan cara pengaturan itu dan menentang perubahan kepadanya yang mungkin melemahkan kedudukan mereka.

Inilah mengapa corak biasa sepanjang sejarah masyarakat-masyarakat kelas adalah corak di mana kelas pemerintah baru dan tamadun bangkit pada dasar cara-cara pengaturan pengeluaran dan masyarakat yang baru. Apabila didirikan, masyarakat-masyarakat kelas seperti ini menjadi semakin konservatif, pembaharuan dalam pengeluaran dan adat resam merosot, dan seluruh masyarakat menjadi lebih kaku dan bertulang. Biasanya, sebahagian yang semakin besar daripada pengeluaran masyarakat digunkana oleh cara kehidupan mewah kelas pemerintah dan pelbagai cara ideologi untuk memunasabahkan dan mengekalkan kedudukannya – agama, upacara, istiadat, peperangan dan sebagainya.

Proses ini kemudiannya meletakkan tekanan yang semakin tinggi pada seluruh masyarakat. Tekanan sosial, di dalam dan di antara kelas-kelas, mungkin bertumbuh. Kemelaratan pengeluar-pengeluar jelata, kekurangan nutrisi dan penyakit seringkali berlaku. Dalam masyarakat-masyarakat kelas bandar pertama, corak ini ditunjukkan oleh ahli arkeologi terkenal, V. Gordon Childe:

Sebelum revolusi bandar, kumpulan-kumpulan miskin dan buta huruf telah membuat siri penyumbangan kepada kemajuan manusia… 2,000 tahun selepas revolusi tersebut menghasilkan penyumbangan yang kurang bagi apa-apa yang penting kepada kemajuan manusia… [kini] masyaraka dibahagikan ke dalam kelas-kelas ekonomi.[ccxix]

Yang sama kelihatan sebagai corak dalam tamadun-tamadun Teotihuacan dan Maya yang dibincangkan di atas. Meskipun adat yang menakjubkan, kuil-kuil dan tugu-tugu, kedua-duanya gagal menghasilkan apa-apa kemajuan penting pada dasar pengeluran pertanian di mana, pada akhirnya, segalanya bergantung. Sebaliknya, kuil-kuil dan kelas pemerintah menyerap semakin banyak sumber, dasar alam semulajadi bagi pengeluaran dihabiskan, dan tekanan sosial bertumbuh sehingga tahap di mana malapetaka mengancam.[ccxx]

Fakta umum yang sama digariskan dalam buku Chris Harman, A People’s History of the World: “Sebuah kelas pemerintah yang telah bangkit dari kemajuan kuasa-kuasa produktif manusia kini menghalang kemajuan seterusnya. Tetapi tanpa kemajuan-kemajuan seperti itu, ketamakannya sudah pasti menghabiskan sumber-sumber masyarakat.”[ccxxi]

Kemamahan ini dapat menghasilkan krisis-krisis besar di mana seluruh masyarakat diketepikan dan dibuang ke belakang buat masa yang berpanjangan. Ini, misalnya, kelihatan sebagai corak krisis-krisis berulangan di Mesir Purbakala. Ia juga merupakan sebab utama bagi krisis masyarakat feudal besar di Eropah pada abad ke-14. Seperti yang dinotakan oleh seorang ahli sejarah, “Penyekatan produktiviti semasa abad-abad terakhir Zaman Pertengahan, ketidak-mampuannya untuk menyokong kos pembiayaan tidak- produktif kelas-kelas pemerintah yang semakin meningkat, merupakan sebab-sebab asas bagi krisis masyarakat feudal.”[ccxxii]

Dalam kedua-dua kes terakhir ini, masyarakat akhirnya memulih. Tetapi terdapat juga, seperti yang kita sudah melihat, kes-kes di mana krisis berkembang menjadi penumbangan seluruh masyarakat, dengan hanya ‘bandar-bandar hilang’ yang ditinggal kan untuk dipertimbangkan oleh tamadun-tamadun seterusnya.

Jika pengekalan dalam cara pengeluaran yang sama dapat “menghabiskan sumber-sumber masyarakat,” di antara sumber-sumber ini yang paling penting merupakan kemampuan alam semulajadi untuk mendukung cara pengeluaran itu. Itulah mengapa krisis-krisis alam semulajadi seringkali adalah sebahagian daripada krisis yang lebih luas dalam masyarakat. Anda dapat melihat gabungan krisis-krisis sosial dan alam semulajadi bergabung untuk menghancurkan segala masyarakat. Jika sebuah kuasa baru, sebuah kelas baru, tidak bangkit dalam masyarakat dan dapat mematahkan genggaman kelas pemerintah baru, mengatur pengeluaran dalam cara baru dan maka menggerakkan masyarakat ke hadapan, masyarakat dakan menjadi tersekat, dibuang ke dalam krisis dan mungkin juga tumbang.

Ciri biasa sepanjang sejarah juga adalah bahawa kelas pemerintah lama akan terus memengang kuasanya, dan cara pengaturan pengeluaran yang menyifatkannya, malah apabila itu mengancam menumbangkan seluruh masyarakat. Misalnya, kajian megenai penumbangan tamadun Maya di Amerika Tengah menjelaskan bagaimana meskipun krisis yang mengancam, “elit Maya terus mengekalkan arah tradisional sehingga tahap penumbangan.”[ccxxiii]

Gambar yang sama muncul dari tamadun-tamadun lain yang telah tumbang, di mana terdapat hanya sedikit bukti bagi kelas pemerintah yang ingin membuat perubahan-perubahan asas yang diperlukan untuk mencegah malapetaka. Inilah yang dimaksudkan oleh Marx dan Engels apabila mereka berbincag mengenai krisis mempunyai dua penyelesaian, antara “pembinaan semula seluruh masyarakat secara revolusioner atau dalam pembinasaan bersama bagi kelas-kelas yang bertanding.”[ccxxiv]

Marx menunjukkan cara proses krisis ini mungkin membuka berkenaan dengan alam semulajadi. Dia memperdebatkan bahawa mana-mana masyarakat bergantung “kepada iklim, ciri-ciri fizikal tanah, cara penggunaannya secra fizikal” dan bagaimana jika masyarakat itu “ingin berterusan dalam cara lama, penghasilan semula ahli-ahlinya di bawah keadaan-keadaan objektif yang sudah dianggap sebagai diberikan, adalah diperlukan.” Tetapi penghasilan masyarakat dalam bentuknya yang sudah wujud seperti itu, dengan hubungan-hubungan kelas dan cara pengaturan pengeluaran yang sedia ada, mempunyai biji-benih malapetaka dibina ke dalamnya: “Pengeluaran sendiri dalam masa semestinya menghapuskan keadaan-keadaan ini, menghapuskan dan bukannya menghasilkannya semula, dan sebagainya, dan sambil ini berlaku, masyarakat mereput dan mati, bersama-sama dengan hubungan-hubungan harta di atas mana ia didasarkan.”[ccxxv]

Genggaman kelas pemerintah lama membawa peningkatan dalam ketidak-mampuan untuk mengekalkan keperluan-keperluan masyarakat pada dasar cara pengaturan pengeluaran yang lama. Ketekunan dalam cara pengaturan masyarakat yang tertentu dan pengeluaran di atas mana ia didasarkan menghasilkan krisis sosial dan krisis alam semulajadi, kedua-duanya berkait rapat.

Apabila krisis seperti itu telah membawa penumbangan masyarakat-masyarakat yang lalu, kesannya, tidak dapat dinafikan, sangatlah besar bagi masyarakat yang terlibat. Seseorang hanya dapat membayangkan pergolakan yang dihasilkan, misalnya oleh penumbangan tamadun Teotihuacan, apabila bandar dengan 100,000 penduduk dan masyarakat lebih luas dengan 500,000 orang musnah sepenuhnya. Malah masyarakat-masyarakat lalu yang paling menakjubkan hanya meliputi kawasan yang agak kecil di dunia. Maka, penumbangan dan kesan mereka pada alam semulajadi dihadkan oleh saiz mereka.

Kapitalisme dan alam semulajadi

Dengan perkembangan kapitalisme moden, corak masyarakat-masyarakat yang lalu dikekalkan, tetapi mengambil benuk yang sangat baru. Seperti dalam masyarakat-masyarakat yang lalu, kelas pemerintah baru, iaiti kelas pemerintah kapitalis, memajukan masyarakat sehingga tahap tertentu. Tetapi apabila ia dan pertubuhan-pertubuhan masyarakat yang lain membentukkan dan kemudian mengekalkan kekuasaannya, pengaturan masyarakat sendiri bertindak sebagai ‘belenggu’ pada perkembangan seterusnya. Ia bertindak untuk mengekalkan cara pengaturan masyarakat dan pengeluaran yang sedia ada untuk menjamin kedudukan kelas pemerintah dan dasar kekuasaannya. Hasilnya sekali lagi adalah tekanan sosial, pergolakan dan krisis, serta kemusnahan alan semulajadi. Tetapi di bawah kapitalisme, bentuk krisis ini adalah berbeza.

Bertentangan dengan masyarakat-masyarakat yang lalu, kapitalisme bukanlah sahaja didasarkan pada pengekalan cara-cara pengeluaran yang lama. Ia adalah didasarkan pada pengekalan hubungan pengeksploitasian kelas asas di hati pengeluaran. Tetapi desakan persaingan untuk keuntungan di hati sistem tersebut bermaksa terdapatnya tekanan dalaman untuk terus memajukan dan meluaskan pengeluaran. Ini menjelaskan mengapa kapitalisme adalah bentuk masyarakat yang paling dinamik dan revolusioner dalam sejarah manusia sehingga ini. Ia telah menghasilkan langkah-langkah besar ke hadapan dalam pengeluaran, pengetahuan, komunikasi dan lebih banyak lagi. Buat pertama kali dalam sejarah manusia, tidak terdapatnya sebab, melainkan pengaturan kelas dalm masyarakat, mengapa setiap orang manusia di dunia tidak dapat menikmati buah-buah kemajuan itu, dan mengalami kehidupan sihat dan sejahtera.

Marx dan Engels menulis lebih kurang 150 tahun yang lalu, “Borjuasi, dalam pemerintahannya yang belum mencapai seratus tahun, telah mewujudkan lebih banyak kuasa-kuasa pengeluaran gergasi dari kesemua generasi-generasi sebelumnya… abad terdahulu manakah yang dapat menduga bahawa terdapatnya kuasa-kuasa pengeluaran seperti itu tertidur di pangkuan tenaga sosial?”[ccxxvi] Seabad setengah kemudiannya, kemajuan seperti itu telah dibesarkan seribu kali.

Dan namun demikian, pengaturan masyarakat sendiri menghasilkan di samping kemajuan luas seperti itu, kengerian yang hampir tidak dapat dibayangkan – krisis ekonomi dan sosial, kebuluran, peperangan dan ancaman keliaran pada skala yang mana-mana “abad terdahulu dapat menduga.” Abad ke-20 telah menyaksikan langkah-langkah besar ke hadapan dalam pengetahuan manusia dan kemampuan untuk mewujudkan dunia yang baik, tetapi juga dua peperangan dunia, pembunuhan beramai Holocaust, pengeboman Hiroshima dan, pada hari ini, kebuluran yang berleluasa dan ancaman malapetaka iklim global.

Marx dan Engels menangkap gambar ini dalam metafora terkenal: “Masyarakat borjuasi moden dengan hubungan-hubungan pengeluaran, penukaran dan harta bendanya, sebuah masyarakat yang telah mencipta cara-cara pengeluaran dan penukaran yang begitu besar sekali, adalah ibarat tukang sihir yang tidak lagi dapat menguasai kuasa-kuasa alam ghaib yang telah dipanggil olehnya dengan jampi.”[ccxxvii]

Mereka memperdebatkan bahawa krisis-krisis kapitalisme yang berulangan mempunyai ciri tertentu, ciri yang adalah benar bagi ramai orang di dunia pada hari ini:

Dalam krisis-krisis ini, sebahagian besar bukan sahaja daripada kuasa-kuasa pengeluaran yang sedia ada, bahkan juga kuasa-kuasa pengeluaran yang diwujudkan dahulunya, dihancurkan secara beransur-ansur. Dalam krisis-krisis ini, sesuatu wabak berjangkit yang, pada zaman-zaman dahulu, sudah tentu dianggap sebagai sesuatu kejanggalan – inilah wabak pengeluaran lebihan. Masyarakat dengan tiba-tiba mendapati dirinya dilontar kembali kepada keadaan tidak bertamadun buat sementara waktu… dan mengapa? Kerana terdapatnya terlalu banyak tamadun, terlalu banyak bahan-bahan keperluan hidup, terlalu banyak industri, terlalu banyak perdagangan.[ccxxviii]

Krisis-krisis seperti ini dibina ke dalam logik sebuah sistem yang didasarkan pada desakan persaingan tanpa akhir untuk keuntungan. Ianya merupakan bentuk khusus dalam masyarakat kapitalis di mana hubungan-hubungan pengeluaran, pengeksploitasian tenaga pekerja majoriti oleh kelas pemerintah yang bersaing di antara diri mereka sendiri untuk berakumulasi dan untuk mencari keuntungan, menjadi batasan pada pengeluaran yang ianya sendiri telah memajukan dan didasarkan pada. Bertentangan dengan penggunaan kemajuan pengetahuan untuk menghasilkan cara untuk memuaskan keperluan-keperluan masyarakat dan menjamin perkembangan seterusnya, kita mendapat krisis-krisis yang berulangan, dan disertakan dengan peperangan, kebuluran dan sebagainya. Sebahagian daripada kengerian ini adalah, seperti dalam masyarakat-masyarakat yang lalu, bahawa pengaturan pengeluaran ini juga mengancam dasar materialis bagi segala pengeluaran, iaitu alam semulajadi. Namun, seperti yang ditekankan oleh Engels, ancaman alam semulajadi ini berlaku dalam cara-cara yang khusus kepada kapitalisme juga:

Sambil kapitalis-kapitalis individu terlibat dalam pengeluaran dan pertukuran demi keuntungan serta-merta, hanya hasil-hasil yang paling dekat dan terus-menerus perlu, pertama sekali, dipertimbangkan. Selagi pengeluar atau pedagang individu menjual sebuah komoditi yang dihasilkan atau dibeli dengan keuntungan biasa, dia berasa puas dan tidak merisaukan dirinya dengan apa yang kemudiannya berlaku dengan komoditi tersebut dan pembeli-pembelinya.

Perihal yang sama dapat diamalkan kepada kesan-kesan semulajadi daripada tindakan-tindakan yang sama. Apakah yang merisaukan penanam-penanam Spanyol di Kuba, yang membakar hutan-hutan pada tepi gunung dan mendapat dari debu, baja yang mencukupi untuk satu generasi pokok kopi yang berkeuntungan – apakah yang merisaukan mereka bahawa hujan tropika yang lebat kemudiannya memyapu bersih lapisan atas tanah yang tidak terkawal, meninggalkan hanya batu! Berkenaan dengan alam semulajadi, sebagaimana juga dengan masyarakat, cara pengeluaran pada masa ini hanyalah risau dengan hasil serta-merta dan terus-menerus; dan kemudiannya kekaguman diluahkan bahawa kesan-kesan jauh dari tindakan-tindakan untuk tujuan ini nampaknya sangat berbeza, nampaknya bertentangan kepada sifatnya.[ccxxix]

Di bawah kapitalisme, cara-cara menghasilkan barangan baru diperkembangkan dan dikekalkan dengan pandangan hanya untuk keuntungan bagi bahagian kelas pemerintah yang menguasai unsur pengeluaran tersebut, tanpa mengira akibat-akibat sosial atau alam semulajadi. Inilah logik yang menggariskan desakan menuju, dan bahaya, organisma-organimsa GM pada hari ini.

Malah di mana beberapa bahagian kelas kapitalis mengajukan pandangan jangka masa panjang, dengan tujuan menjamin keuntungan-keuntungan masa depan, terhadap batasan-batasan pada keinginan mereka untuk mematahkan ancaman malapetaka. Mereka sentiasa mempunyai kerisauan mengenai pesaing-pesaing dan tidak akan membelanja atau melabur jika mereka berpendapat bahawa ini akan melemahkan sifat ‘persaingan’ mereka. Kerisauan setiap kapitalis adalah dengan didesak ke dinding dalam pasaran persaingan yang mereka sentiasa memuji. Jika itu bermaksud bahawa tindakan untuk mengubah cara barangan dihasilkan untuk menjamin dasar materialis (termasuk alam semulajadi) bagi pengeluaran dan masyarakat adalah lemah hati, maka biarkanlah. Malah di mana acnaman kepada kemampuan jangka masa panjang untuk kapitalisme membuat keuntungan, atau tekanan dari bawah, menolak kerajaan-kerajaan dan perusahaan-perusahaan untuk mengambil langkah, batasan-batasan yang sama masih beroperasi. Kerajaan-kerajaan mengikut tuntutan-tuntutan perdagangan bahawa tidak ada apa-apa yang patut dilakukan untuk melemahkan ‘sifat persaingan’ mereka atau mencampur tangan dalam kemampuan mereka untuk mengejar keuntungan. Mereka enggan mencabar logik sebuah sisitem di mana keuntungan adalah tuhan di mana segalanya yang lain, biarpun manusia atau alam semulajadi, mesti dikorbankan. Dan jika mana-mana kerajaan berani mencabar dogma pusat ini, segala kemarahan kelas pemerintah, kuasa kewangan, ekonomi dan, jika diperlukan, ketenteraan, akan dilepaskan untuk menghancurkan cabaran tersebut.

Satu lagi ciri kapitalisme yang semakin tua dalam zaman ‘globalisasi,’ sebuah dunia yang ditandakan oleh pemusatan kekayaan dan kekuasaan dalam perusahaan-perusahaan multinasional besar, tidak mempunyai nilai. Ia adalah ciri yang mempunyai persamaan dengan corak masyarakat-masyarakat lain di mana cara-cara pengeluaran menjadi kaku dan bertulang. Dan ia adalah sebab utama mengapa kita menghadapi ancaman pemanasan global pada hari ini.

Ia adalah bahawa pusat-pusat kuasa kapitalis yang besar, perusahaan-perusahaan gergasi dan polisi-polisi kerajaan yang direka untuk membantu mereka, menjadi terperangkap dalam dasar pengeluaran tertentu. Segala kekayaan dan kekuasaan mereka bergantung kepada rangkaian pengeluaran yang didasrkan pada cara-cara dan barangan tertentu – paling penting dalam dunia hari ini, bahan api fosil dan barangan yang didasarkan padanya. Pusat-pusat kuasa kelas kapitalis ini enggan berpindah dari itu, dan berusaha untuk menghalang percubaan untuk berpindah daripadanya, kerana inilah dasar kekayaan dan keuntungan mereka. Mereka melakukan ini walaupun berhadapan dengan bukti bahawa tindakan ini mengancam malapetaka. Seperti elit Maya, kelas pemerintah pada hari ini mengancam untuk “kekal dalam arah tradisional sehingga tahap penumbangan.”

Hanya sekarang, penumbangan seperti itu bukan sahaja mengancam kebinasaan tempatan dan bebarapa bandar hilang yang menunggu tamadun-tamadun seterusnya untuk mengkaji. Kerana kapitalisme adalah berbeza dengan masyarakat-masyarakat terdahulu dalam satu aspek penting. Ia telah membina semual dunia dalam bayang-bayangnya sendiri, mereka buat kali pertama sebuah sistem global tunggal. Inilah realiti di sebalik perbincangan mengenai ‘kampung global’ dan ‘globalisasi.’ Dan ia bermakna bahawa realiti tersebut juga adalah realiti di mana malapetaka alam semulajadi dan sosial yang diancam pada hari ini adalah global, lalu mengancam dasar dan kemampuan tamadun pada skala dunia. Bagi kapitalisme, seluruh dunia, penduduknya dan alam semulajadi adalah ‘sebuah komoditi’ – dan jika dibiarkan berbuat sesuka hati, kelas pemerintah lebih sudi memusnahkan daripada mengundur diri daripada kedudukan, kekuasaan dan keistimewaan mereka. Seperti Susan George, salah seorang pengkritik utama terhadap kesan-kesan kapitalisme global pada hari ini, pernah mengatakan dengan tepat, “Kapitalisme transnasional tidak dapat berhenti… Ia telah mencapai sesuatu tahap merbahaya, dan akan terus memakan dan menghapuskan sumber-sumber manusia dan semulajadi sambil ia melemahkan badan sendiri – planet kita – yang ia bergantung kepada.”[ccxxx] Cabaran bagi semua mereka yang ingin memenangi sebuah dunia yang lebih baik hari ini dan menjamin planet dan generasi-generasi masa depan yang akan hidup di dalamnya adalah untuk menghalang malapetaka itu sebelum ia terlambat.

Kesimpulan

Matlamat rencana ini adalah untuk memperdebatkan bahawa kebinasaan alam semulajadi hanya dapat difahami sebagai satu bahagian dalam krisis sosial yang lebih luas. Itu memang benar dalam masyarakat-masyarakat yang lalu, dan ia mengalir dari cara kelas-kelas pemerintah memerangkap dalam masyarakat cara-cara tertentu untuk mengatur pengeluaran yang akhirnya merosakkan dasar materialis dan alam semulajadi.

Corak yang sama adalah benar, dengan beberapa ciri khusus tertentu, di bawah kapitalisme. Hanya, pada hari ini dengan sebuah sistem global, ancaman krisis dan kebinasaan alam semulajadi juga adalah global.

Saya telah mencuba untuk menunjukkan bagaimana dua daripada ancaman alam semulajadi yang paling penting pada hari ini, iaitu pemanasan global dan organisma-organisma GM, mengalir dari logik kapitalisme. Masalahnya bukanlah industri atau sains, tetapi pengaturan pengeluaran di bawah kekuasaan minoriti yang hidup dengan matlamat keuntungan sebelum segalanya yang lain. Dogma ini mengancam malapetaka alam semulajadi dan sosial pada skala yang tidak dapayt dibayangkan oleh generasi-generasi yang lalu, dan mungkin juga mengancam kemampuan tamadun sendiri.

Jawapan kepada ancaman ngeri ini adalah untuk membina semangat pemberontakan-pemberontakan menentang kapitalisme dan pertubuhan-pertubuhannya yang telah meletus dengan hebat sepanjang tahun yang lalu. Pemberontakan-pemberontakan seperti itu tekah, dan mesti, melibatkan pelbagai kumpulan-kumpulan dan gerakan-gerakan sosial. Tetapi untuk pergi dari pemberontakan dan tentangan kepada revolusi sosial yang mengakhiri ancaman malapetaka manusia dan alam menuntut bahawa kelas yang diperlukan oleh seluruh sistem kapitalis berada di pusat tentangan tersebut. Masa depan masyarakat, dan alam semulajadi, bergantung kepada jika tentangan seperti itu, tentangan di mana kelas pekerja global, bersama-sama dengan petani, pelajar dan sebagainya, merampas kekuasaan masyarakat dan pengeluaran daripada mereka yang menguasainya sekarang.

Jika kita tidak berjaya melakukan ini, masa depan kita memang gelap. Jika kita berjaya, maka kita mempunyai peluang untuk mengatur semula pengeluaran, menggunakan buah-buah pemahaman saintifik mengenai dunia, dan maka membina sebuah dunia di mana kita dapat menikmati keindahannya dan menjaminkannya untuk generasi-generasi masa depan.



Nota: Kebanyakan daripada perdebatan dan perbincangan mengenai topik-topik yang diliputi dalam rencana ini terdapat di Internet. Beberapa pertubuhan-pertubuhan yang dirujuk, misalnya, hanya menerbitkan karya-karya mereka dalam bentuk ini. Rujukan-rujukan ini dapat dicari di laman-laman web yang tertera semasa rencana ini ditulis pada bulan Ogos 2000. Namun, saya tidak menjamin bahawa laman-laman web tersebut tidak akan diubahsuai dan karya-karyanya tidak akan ditukar pada masa depan.

[i] Majlis Di-Raja Mengenai Pencemaran Alam Sekitar, Energy: The Changing Climate (HMSO, Jun 2000), muka surat 1ff.

[ii] Dipetik dari Action Against Climate Change (OECD, 1999), muka surat 12. Pertubuhan IPCC diasaskan pada tahun 1988 oleh Rancangan Alam Semulajadi Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pejabat Meteorologi Dunia untuk mengawas perubahan iklim dan memajukan pemahaman saintifik mengenainya.

[iii] National Climate Policies and the Kyoto Protocol (OECD, 1999), muka surat 15.

[iv] A. Gore, Earth in the Balance: A Plea for US Leadership on Global Environmental Policy (Earthscan, 2000).

[v] The Guardian, 3hb November 1999.

[vi] Lihat laman web Persekutuan Ahli-Ahli Sains Yang Risau di http://www.ucsusa.org/globalresources/warming.html dan Jabatan Laut dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat di http://www.ngdc.noaa.gov/paleo/globalwarming/greeneffect.html

[vii] Lihat laporan terperinci Facsnet di http://www.facsnet.org dan laporan dari Pusat Hadley Bagi Perubahan Iklim, dipetik dari The Guardian, 3hb November 1999.

[viii] Laman web Persekutuan Ahli-Ahli Sains Yang Risau, seperti nota 6.

[ix] Lihat P. McGarr, ‘Susunan dari huru-hara,’ International Socialism Jilid 48 (Musim Luruh 1990), untuk perbincangan mengenai teori huru-hara.

[x] Laman web Persekutuan Ahli-Ahli Sains Yang Risau, seperti nota 6. Sebab utama mengapa pemanasan global sudah tentu akan membawa peristiwa-peristiwa iklim yang lebih melampau adalah kerana ia akan mempercepatkan kitaran air, yang merupakan kuasa penjana bagi iklim. Suhu yang lebih tinggi bermaksud penyejatan yang lebih cepat dari lautan, dan atmosfera yang lebih panas dapat menakung lebih banyak wap air, lalu meningkatkan kemungkinan hujan lebat. Sebaliknya, pada muka bumi, suhu yang lebih tinggi dapat mewujudkan kawasan-kawasan kering. Akibat kekeringan seperti ini adalah peningkatan dalam kecuraman tekanan dalam atmosfera yang mengakibatkan angin, lalu membawa peningkatan dalam angin kuat, ribut, taufan dan sebagainya. Untuk perbincangan mengenai fiziks di sebalik ini, lihat P. R. Epstein, ‘Adakah Pemanasan Global Merbahayakan Kepada Kesihatan?’, Scientific American, Ogos 2000.

[xi] P. R. Epstein, seperti nota 10, juga mengandungi perdebatan penting mengenai ancaman ini, dan meramalkan peningkatan mendadak dalam penyakit-penyakit seperti malaria dan demam dengi.

[xii] The Guardian, 7hb April 2000.

[xiii] Lihat laman web Persekutuan Ahli-Ahli Sains Yang Risau, seperti nota 6; laman web Jabatan Laut dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat, seperti nota 6; dan F. Pearce, ‘Peperangan rumah kaca,’ New Scientist, 19hb Julai 1997, untuk perbincangan mengenai ini. Beberapa orang pengkritik menitik-beratkan faktor-faktor ‘pemaksaan’ semulajadi, seperti perubahan dalam orbit Bumi dan sebagainya, sebagai punca bagi peningkatan dalam suhu-suhu global yang sudah dilihat. Tetapi, pada pendapat saya, bukti yang lebih kukuh adalah bahawa faktor-faktor seperti ini tidak dapat menjelaskan segala perubahan yang dikaji, dan ini juga merupakan pandangan kebanyakan ahli-ahli sains perubahan iklim. Terdapat juga orang yang memperdebatkan bahawa ‘bekalan-bekalan’ karbon dioksida semulajadi, seperti lautan Bumi, akan mengimbangkan kesan rumah raca. Walaupun ia mungkin benar bahawa faktor-faktor seperti ini akan memperlahankan akibat-akibat kesan rumah kaca, tidak ada sesiapa yang dapat meramalkannya dengan baik. Ia memang berwaspada untuk berhati-hati dalam kes ini. Dan, akhirnya, kebanyakan ahli sains berpendapat bahawa melepaskan semakin banyak karbon dioksida dan gas-gas rumah kaca yang lain ke dalam atmosfera lambat-laun akan mempunyai kesan yang besar dan tidak dapat diramalkan pada iklim global.

[xiv] New Scientist, seperti nota nota 14.

[xv] H. Mayell, Global Warming: The Problem and the Major Players, di http://www.enn.com/specialreports/climate/players.asp

[xvi] J. Roach, ‘Apakah perubahan iklim?’, di http://www.enn.com/specialreports/climate/what.asp; dan ‘Apakah akibat kesan rumah kaca?’, di laman web Jabatan Laut dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat, seperti nota 6.

[xvii] H. Herzog, B. Eliasson dan O. Kaarstad, ‘Menangkap gas-gas rumah kaca,’ Scientific American, Februari 2000.

[xviii] J. Roach, ‘Apakah perubahan iklim?’, seperti nota 16.

[xix] H. Herzog, B. Eliasson dan O. Kaarstad, seperti nota 17.

[xx] Lihat laman web Facsnet, seperti nota 7, untuk sejarah terperinci.

[xxi] OECD, National Climate Policies and the Kyoto Protocol, seperti nota 3, muka surat 25.

[xxii] Majlis Tenaga Dunia dipetik dari The Guardian, 10hb Oktober 1997; dan Kesatuan Ahli-Ahli Sains Yang Risau, seperti nota 6.

[xxiii] Lihat kajian BBC mengenai bukti dan laporan di http://www.bbc.co.uk/nature/earth/warnings/take_action.shtml

[xxiv] W. Wolf, Car Mania (Pluto, 1996), muka surat 127-129.

[xxv] Seperti nota 24, muka surat 129.

[xxvi] Seperti nota 24, muka surat 85.

[xxvii] L. Macdonald dan A. Myers, ‘Reka bentuk Memfitnah,’ New Internationalist Nombor 307 (November 1998); dan D. Steward, ‘Adakah Anda Tahu Jalan ke San Jose?’, Le Monde diplomatique, Julai 2000.

[xxviii] L. Macdonald dan A. Myers, seperti nota 27.

[xxix] The Guardian, 5hb Disember 1997.

[xxx] D. Cromwell, ‘Keselesaan Sejuk,’ Red Pepper, Disember 1997.

[xxxi] The Guardian, 29hb Julai 1999.

[xxxii] D. Cromwell, seperti nota 30.

[xxxiii] A. Cockburn dan J. St. Clair, ‘Parti Demokratik Risau Mengenai Nader,’ di http://www.counterpunch.org, 18hb Julai 2000.

[xxxiv] The Guardian, 5hb Disember 1997.

[xxxv] The Guardian, 28hb April 2000.

[xxxvi] Financial Times, 7hb Januari 2000.

[xxxvii] Seperti nota 36, dan ‘Perubahan Iklim: Apakah Pendapat Shell Mengenainya dan Apakah Yang Dilakukannya?’, Kumpulan Royal Dutch/Shell, dipetik dari The Guardian, 25hb Oktober 1999.

[xxxviii] D. Cromwell, seperti nota 30.

[xl] The Guardian, 25hb Julai 2000; The Sunday Telegraph, 6hb Ogos 2000; dan untuk peluasan ke Alaska, lihat The Observer, 20hb Ogos 2000.

[xli] Reuters, 25hb Julai 2000.

[xlii] Financial Times, 5hb Mac 1996.

[xliii] Perangkaan dan petikan dari S. Retallack, ‘Bagaimana Polisi AS Sedang Menghampakan Dunia,’ The Ecologist, Mac-April 1999.

[xliv] Majlis Di-Raja Mengenai Pencemaran Alam Sekitar, seperti nota 1.

[xlv] Perangkaan Jabatan Tenaga Amerika Syarikat dipetik dari The Guardian, 10hb Oktober 1997.

[xlvi] OECD, National Climate Policies and the Kyoto Protocol, seperti nota 3.

[xlvii] S. Retallack, seperti nota 43.

[xlviii] S. Retallack, seperti nota 43.

[xlix] ‘Top of the Dirty Dozen Industry seperti yang diundi oleh Persekutuan Iklim Global,’ Friends of the Earth, 4hb Disember 1997, http://www.jca.ax.apc.org/jca-net/news/cop3/ngo/c0011/53.html

[l] S. Retallack, seperti nota 43.

[li] D. Cromwell, seperti nota 30.

[lii] New Scientist, 13hb Disember 1997.

[liii] New Scientist, seperti nota 52.

[liv] Dari Corporate Watch yang amat berguna, dapat diperolehi dari http://www.corporatewatch.org/ngo/c0011/53.html

[lv] Seperti nota 54.

[lvi] New Scientist, 13hb Disember 1997.

[lvii] Majlis Di-Raja Mengenai Pencemaran Alam Sekitar, seperti nota 1, muka surat 80.

[lviii] Reuters, 16hb Jun 2000.

[lix] The Guardian, 27hb April 2000.

[lx] The Guardian, 27hb Julai 2000.

[lxi] OECD, National Climate Policies and the Kyoto Protocol, seperti nota 3.

[lxii] OECD, National Climate Policies and the Kyoto Protocol, seperti nota 3, muka surat 40.

[lxiii] Majlis Di-Raja Mengenai Pencemaran Alam Sekitar, seperti nota 1, muka surat 60, 118.

[lxiv] C. Hines, Localization: A Global Manifesto (Earthscan, 2000).

[lxv] Seperti nota 64, muka surat 110.

[lxvi] Seperti nota 64, muka surat 111.

[lxvii] Seperti nota 64, muka surat 240.

[lxviii] Seperti nota 64, muka surat 129.

[lxix] K. Marx, ‘Gerakan Sosial di Perancis dan Belgium,’ dipetik dari V. I. Lenin, The Development of Capitalism in Russia (Penerbit Progress, Moskow, 1977), muka surat 32.

[lxx] Dipetik dari S. Retallack, seperti nota 43.

[lxxi] G. Monbiot, The Guardian, 6hb Julai 2000.

[lxxii] G. Monbiot, The Guardian, 29hb Mei 1999 dan 12hb Ogos 1999.

[lxxiii] H. Herzog, B. Eliasson dan O. Kaarstad, seperti nota 17.

[lxxiv] Majlis Di-Raja Mengenai Pencemaran Alam Sekitar, seperti nota 1, muka surat 34.

[lxxv] H. Herzog, B. Eliasson dan O. Kaarstad, seperti nota 17. Terdapat beberapa masalah dengan teknologi-teknologi seperti itu. Kes Tasik Nyos di Cameroon menggambarkan mengapa. Pada tahun 1986, 1,700 orang meninggal dunia apabila karbon dioksida semulajadi yang berhimbun pada dasar tasik itu dengan tiba-tiba meletus ke permukaan. Gas itu, yang lebih berat daripada udara, memeluk darat yang berhampiran dan mengalir ke lembah-lembah, lalu mencekik manusia dengan sunyi lagi laju. Pengasingan bawah air mungkin mengelakkan bahaya-bahaya seperti ini, tetapi perhatian diperlukan. Lihat http://www.biology.lsa.umich.edu/~gwk/research/nyos.html

[lxxvi] Majlis Di-Raja Mengenai Pencemaran Alam Sekitar, seperti nota 1, muka surat 99.

[lxxvii] ETSU, ‘Tenaga Baru dan Dapat Diperbaharui: Prospek untuk Abad Ke-21’ (DTI, 1999).

[lxxviii] The Guardian, 26hb September 1999; Laporan DTI, ‘Potensi Kemampuan Menjana bagi Bangunan Dengan PV di UK’ (DTI, 1992); dan laporan Majlis Eropah, ‘Kajian Tenaga Angin Laut di Masyarakat Eropah’ (EC, 1998).

[lxxix] The Guardian, 28hb September 1999.

[lxxx] Seperti nota 79.

[lxxxi] Majlis Di-Raja Mengenai Pencemaran Alam Sekitar, seperti nota 1, muka surat 124, 177.

[lxxxii] Shell International, ‘Evolusi Sistem Tenaga Dunia Tahun 1860-2060’, dipetik dari The Guardian, 25hb Oktober 1999.

[lxxxiii] The Guardian, 10hb November 1999.

[lxxxiv] Dan masih sebegitu. Kanada, pengeluar asbestos terbesar, sedang menggunakan Pertubuhan Perdagangan Sedunia untuk mencuba mengumumkan halangan terhadap asbestos sebagai halangan kepada ‘perdagangan bebas.’ Lihat P. Herman dan A. Thébaud-Mony, ‘La stratégie criminelle des industriels de l’amiante,’ Le Monde diplomatique, Jun 2000.

[lxxxv] Socialist Worker, 22hb Julai 2000.

[lxxxvi] Mae Wan Ho, Genetic Engineering: Dream or Nightmare? (Gateway, 1998), muka surat 19ff.

[lxxxvii] S. Nottingham, Eat Your Genes (Zed Books, 1998), muka surat 6.

[lxxxviii] The Guardian, 24hb Julai 2000.

[lxxxix] The Guardian, 22hb November 1999.

[xc] Laporan Yayasan Pembangunan Desa Antarabangsa (RAFI), yang berpusat di Kanada, ‘Terminator Terminated?’, 10hb April 1999 di laman web RAFI, http://www.rafi.org

[xci] Lihat Financial Times, 14hb Mac 2000, untuk kajian.

[xcii] ‘Biji-benih pembunuh diri pada fastrek’ 24hb Mac, di http://www.rafi.org

[xciii] Seperti nota 92.

[xciv] Lihat Daily Mail. 18hb Februari 1999, untuk sejarah buruk Monsanto.

[xcvi] Laman web RAFI, seperti nota 90.

[xcvii] Laman web Corporatewatch, seperti 54.

[xcviii] Cargill, ‘Kejuruteraan Gen’ di http://www.cargill.com

[c] G. Monbiot, The Guardian, 2hb Mac 2000.

[ci] Dipetik dari laporan tanaman GM, pengeluaran makanan dan kebuluran dunia UNISON yang amat baik sekali, Jun 2000.

[cii] Lihat laman web pertubuhan sayap kiri petani Perancis, Confédération Paysanne, di http://www.confederationpaysanne.fr; V. Shiva, seperti di atas, muka surat 9; untuk petikan tersebut, http://www.corporatewatch.org/cw7mag/pages/cw7f6.html

[ciii] Laman web Cargill, seperti nota 98.

[civ] R. Lewontin dan J.-P. Berlan, ‘La menace du complexe génético-industriel,’ Le Monde diplomatique, Disember 1998, dan laman web Confédération Paysanne, seperti nota 102.

[cv] Dipetik dari laporan khas New Scientist mengenai makanan GM di http://www.newscientist.com/nplus/insight/gmworld/gmfood/develop.html

[cvi] V. Shiva, seperti di atas, muka surat 11.

[cvii] Laporan oleh M. Altieri dan P. Rossett dari Food First, Oktober 1999, di http://www.foodfirst.org/resources/biotech/altieri-11-99.html

[cviii] F. Moore Lappé, J. Collins dan P. Rossett, World Hunger: 12 Myths (Earthscan, 1998), muka surat 8.

[cix] S. Nottingham, seperti nota 87, muka surat 157.

[cx] V. Shiva, seperti di atas, muka surat 96.

[cxi] UNISON, seperti nota 101.

[cxii] F. Moore Lappé, J. Collins dan P. Rossett, seperto nota 108, muka surat 11.

[cxiii] Seperti nota 108, muka surat 44-45.

[cxiv] M. Altieri dan P. Rossett, seperto nota 107.

[cxv] http:/www.ucsusa.org/argiculture/biotech.whatis.html

[cxvi] M. Altieri dan P. Rossett, seperti nota 107.

[cxvii] S. Nottingham, seperti nota 87, muka surat 156.

[cxviii] Dipetik dari karya baik oleh S. Dibb dari Majlis Makanan dan S. Mayer dari GeneWatch UK, Biotech – The Next Generation (Penerbitan Majlis Makanan, 2000), muka surat 4.

[cxix] Gary Toeniessen dari Yayasan Rockefeller, dipetik dari Financial Times, 25hb Februari 2000.

[cxx] Lihat UNISON, seperti nota 101, muka surat 29; serta S. Dibb dan S. Meyer, seperti nota 118, muka surat 14ff.

[cxxi] S. Dibb dan S. Meyer, seperti nota 118, muka surat 44.

[cxxii] Dipetik dari Financial Times, 25hb Februari 2000.

]

[cxxiii] S. Nottingham, seperti nota 87, muka surat 43.

[cxxiv] Seperti nota 87, muka surat 44.

[cxxv] Seperti nota 87, muka surat viii.

[cxxvi] G. Monbiot, The Guardian, 2hb Mac 2000.

[cxxvii] S. Nottingham, seperti nota 87.

[cxxviii] Laman web Kesatuan Ahli-Ahli Sains Yang Risau, seperti nota 6.

[cxxix] S. Nottingham, seperti nota 87, muka surat 6.

[cxxx] Dipetik dari Mae Wan Ho, seperti nota 86, muka surat 130.

[cxxxi] Seperti nota 86, muka surat 9.

[cxxxii] Seperti nota 86, muka surat 104.

[cxxxiii] Seperti nota 86, muka surat 19.

[cxxxiv] Seperti nota 86, muka surat 21.

[cxxxv] Laman web Kesatuan Ahli-Ahli Sains Yang Risau, seperti nota 6.

[cxxxvi] Seperti nota 135.

[cxxxvii] Seperti nota 135.

[cxxxviii] Seperti nota 135.

[cxxxix] Seperti nota 135.

[cxl] Seperti nota 135.

[cxli] The Guardian, 20hb Mei 1999.

[cxlii] Kesatuan Ahli-Ahli Sains Yang Risau, The Gene Exchange, Musim Panas 1998.

[cxliii] Berita BBC, 16hb Mei 2000.

[cxliv] Dipetik dari Daily Express, 18hb Februari 1999.

[cxlv] The Guardian, 29hb Mei 1999.

[cxlvii] The Guardian, 29hb Februari 2000.

[cxlviii] New Scientist, 4hb Mac 2000.

[cxlix] Daily Telegraph, 4hb Oktober 1999 untuk penjelasan.

[cl] Dipetik dari R. Lewontin dan J.-P. Berlan, seperti nota 104.

[cli] The Independent, 12 Mac 1999.

[clii] The Guardian, 16hb Mac 1999.

[cliii] Globe dan Mail (Toronto, Kanada), dipetik dari http://www.wtowatch.org

[cliv] Seperti nota 153.

[clv] S. Nottingham, seperti nota 87, muka surat 146ff.

[clvi] S. Nottingham, seperti nota 87, muka surat 129ff.

[clvii] Seperti nota 156.

[clviii] Mae Wan Ho, seperti nota 86, muka surat 5.

[clix] Lihat G. Monbiot, The Guardian, 13hb Mei 1999; G. Monbiot, The Guardian, 22hb Julai 1999; S. Nottingham, seperti nota 87, muka surat 27ff.

[clx] The Guardian, 31hb Julai 2000.

[clxi] S. Nottingham, seperti nota 87, muka surat 31.

[clxii] The Guardian, 13hb April 2000.

[clxiii] Bagi ringkasan berguna, lihat ‘Bagaimana menakluki WTO kepada hak asasi manusia,’ November 1999, laman web Confédération Paysanne, seperti nota 102.

[clxiv] Seperti nota 163.

[clxv] The Guardian, 24hb Julai 2000.

[clxvi] Seperti nota 165.

[clxvii] V. Shiva, seperti di atas, muka surat 2, 89.

[clxviii] Seperti nota 167, muka surat 86.

[clxix] R. Lewontin dan J.-P. Berlan, seperti nota 104.

[clxx] Seperti nota 169, dan lepasan akhbar ‘Terminator Terminated?’, lama web RAFI, seperti nota 90.

[clxxi] Seperti nota 170.

[clxxii] ‘Biji-benih pembunuh diri pada fastrek,’ seperti nota 92.

[clxxiii] R. Lewontin dan J.-P. Berlan, seperti nota 104.

[clxxiv] V. Shiva, Syarahan Reith, seperti di atas.

[clxxv] Lihat Socialist Worker, 3hb Jun 2000.

[clxxvi] The Guardian, 24hb Mei 2000.

[clxxvii] The Guardian, 25hb Mei 2000.

[clxxviii] Mae Wan Ho, seperti nota 86, muka surat 55.

[clxxix] V. Shiva, Stolen Harvest, seperti di atas, muka surat 5, 74.

[clxxx] Seperti nota 179, muka surat 74.

[clxxxii] Seperti nota 181.

[clxxxiii] Seperti nota 181.

[clxxxiv] V. Shiva, seperti nota 179, muka surat 13.

[clxxxv] Mae Wan Ho, seperti nota 86, muka surat 37.

[clxxxvi] S. George, Ill Fares the Land, (Penulis dan Pembaca, 1985), muka surat 48.

[clxxxvii] S. Nottingham, seperti nota 87, muka surat 4ff.

[clxxxviii] S. George, Ill Fares the Land, seperti nota 186, muka surat 67.

[clxxxix] José Bové, 3hb Februari 1998, Makhamah Agen, lepasan akhbar Confédération Paysanne.

[cxc] S. George, Ill Fares the Land, seperti nota 186, muka surat 85.

[cxci] Laman web Kesatuan Ahli-Ahli Sains Yang Risau, seperti nota 6.

[cxcii] Seperti nota 191.

[cxciii] W. H. Brock, The Fontana History of Chemistry (Fontana, 1992), muka surat 286.

[cxciv] S. Nottingham, seperti nota 87, muka surat 186.

[cxcv] T. Cliff, ‘Marxsisme dan kolektivisasi pertanian,’ International Socialism, Nombor 19, Siri pertama (Musim Sejuk 1964-1965).

[cxcvi] Seperti nota 195.

[cxcvii] Seperti nota 195.

[cxcviii] Putera Charles mungkin merupakan pengaju yang paling terkenal bagi pandangan ini, tetapi orang lain yang biasanya terlibat dengan kempen menentang sistem yang sedia ada juga berkongsi pendapat ini, misalnya, Vandana Shiva. Bagi Putera Charles dan Vandana Shiva, lihat syarahan Reith, kedua-duanya di http://www.news.bbc.co.uk/hi/english/static/events/reith_2000

[cxcix] Lihat, ‘Kehidupan dalam alam semesta,’ Scientific American, Oktober 1994.

[cc] Lihat R. Levins dan R. Lewontin, The Dialectical Biologist (Terbitan Universiti Harvard, 1985).

[cci] C. de Duve, ‘Kelahiran Sel-Sel Rumit,’ Scientific American, April 1996.

[ccii] Lihat, misalnya, R. Leakey, The Origins of Humankind (Weidenfeld dan Nicolson, 1994).

[cciii] Seperti nota 202, dan bagi penerangan Marxsis moden, lihat C. Harman, ‘Engels dan Punca Umat Manusia’, International Socialism, Nombor 65 (Musim Luruh 1994).

[cciv] E. Leacock dan R. Lee (Penyunting), Politics and History in Band Societies (Terbitan Universiti Cambridge, 1982); E. R. Service, Profiles in Ethnology (Harper dan Row, 1978).

[ccv] Lihat, misalnya, N. A. Chagnon, Yanomamo, (Harcourt Brace Jovanovich, 1992); E. R. Service, seperti nota 204.

[ccvi] J. Diamond, Guns, Germs and Steel (Vintage, 1998), muka surat 46-47.

[ccvii] E. Boserup, The Conditions of Agricultural Growth (Earthscan, 1965), muka surat 20ff.

[ccviii] R. Millon, ‘Teotihuacan,’ Scientific American, Jun, 1967; R. Blanton, S. Kowalewski, G. Feinham dan J. Appel, Ancient Mesoamerica (Terbiatan Universiti Cambridge, 1981). Terdapat percanggahan pendapat mengenai tarikh penumbangan Teotihuacan. Beberapa pengkaji meletakkannya lebih awal, dalam abad ke-6. Lihat F. Katz, Ancient American Civilisations (Weidenfled dan Nicolson, 1989), muka surat 49, 76, bagi penjelasan mengenai kontroversi ini. Fakta penumbangan tiba-tiba tidak dipertikaikan.

[ccix] F. Katz, seperti nota 208.

[ccx] R. Blanton dan rakan-rakan, seperti nota 208, muka surat 29ff, 207ff.

[ccxi] ‘Cerita Pulau Easter,’ di http://www.mysteriousplaces.com/easter_island/html. Pulau Easter bukannya masyarakt kelas yang telah berkembang sepenuhnya, tetapi apa yang ahli antropologi memanggil ‘stratified chiefdom.’ Lihat Colin Renfrew, Before Civilisation (Penguin, 1973), muka surat 181.

[ccxii] N. Saunders, ‘Blown Away’, New Scientist, 18hb Mac 2000.

[ccxiii] F. Engels, ‘Peranan Yang Dimainkan oleh Tenaga Pekerja dalam Peralihan Monyet Menjadi Manusia,’ dalam The Dialectics of Nature (Penerbit Progress, Moskow, 1954), muka surat 180-181.

[ccxiv] K. Marx dan F. Engels, ‘Kritikan Terhadap Ekonomi Politik,’ Selected Works, Jilid 1 (Penerbit Progress, Moskow, 1977), muka surat 509.

[ccxv] F. Engels, ‘Ucapan di Kuburan Karl Marx,’ dalam Marx and Engels Selected Works (Penerbit Progresss, Moskow, 1973), muka surat 162.

[ccxvi] K. Marx, Kritikan Terhadap Rancangan Gotha (Penerbitan Bahasa Asing, Beijing, 1976), muka surat 8.

[ccxvii] K. Marx, Pre Capitalist Economic Foundations (Lawrence & Wishart, 1978), muka surat 81.

[ccxviii] Lihat C. Harman, ‘Dasar dan Mahastruktur,’ International Socialism, Nombor 32 (Musim Panas 1986), dan C. Harman, A People’s History of the World (Bookmarks, 1999) untuk perbincangan sepenuhnya.

[ccxix] V. Gordon Childe, Man Makes Himself (Watts, 1936) muka surat 227-228.

[ccxx] F. Katz, seperti nota 208, muka surat 48, 49, 67, 98.

[ccxxi] C. Harman, A People’s History of the World, seperti nota 218, muka surat 35.

[ccxxii] R. Hilton, Class Conflict and the Crisis of Feudalism (Verso, 1990), muka surat 171.

[ccxxiii] G. R. Willey dan D. B. Shimkin, ‘Penumbangan Maya,’ dalam T. P. Culbert (Penyunting), The Classic Maya Collapse, dipetik dari C. Harman, A People’s History of the World, seperti nota 218, muka surat 35.

[ccxxiv] K. Marx dan F. Engels, Manifesto of the Communist Party (Penerbitan Bahasa Asing, Beijing), muka surat 33.

[ccxxv] K. Marx, Pre Capitalist Economic Foundations, seperti nota 217, muka surat 82-83.

[ccxxvi] Karl Marx dan F. Engels, Manifesto of the Communist Party, seperti nota 224, muka surat 39.

[ccxxvii] Seperti nota 226.

[ccxxviii] Seperti nota 226, muka surat 40.

[ccxxix] F. Engels, Dialectics of Nature, seperti nota 213, muka surat 183.

[ccxxx] S. George, The Lugano Report (Pluto, 1999), muka surat 183.

Tidak ada komentar: