Senin, 13 Agustus 2007

ISLAM DALAM MEMANDANG IDIOLOGI-IDIOLOGI

Memandangkan, umat Islam kurang pendedahan tentang Ideologi, maka ada baiknya saya mengutarakannya, demi kebaikan sejagat serta sesama umat islam sekelian...


IDEOLOGI YANG ADA DI DUNIA

Idealogi adalah suatu cara berfikir yang melahirkan peraturan. Pemikiran untuk penyelesaian masalah kehidupan manusia. Semua idealogi di dunia ini mempunyai aqidah / kepercayaan tersendiri. Cara-cara tersendiri untuk menyelesaikan masalah hidupnya. Maka, di dalam dunia ini ada tiga ideologi pada setakat ini iaitu ;-
1. Ideologi Sosialisme / komunis
2. Ideologi Kapitalisme
3. Ideologi Islam.

Ideologi Sosialisme

Kepercayaan / aqidah
Dia mempercayai semua alam semesta, manusia dan kehidupan merupakan material belaka. Bahawasanya segala sesuatu berasal dari material yang berkembang melalui evolusi iaitu benda menwujudkan benda sepertimana air yang dipanaskan melahirkan wap. Tidak ada kaitannya dengan kekuasaan Allah. Serta menafikan wujudnya Tuhan. Sepertimana kita faham komunisme sekarang ini. Oleh kerana itu penganut ideologi ini mengingkari alam kini diciptakan oleh dzat yang maha pencipta (Allah). Dia menggunakan konsep Dialektika Materialme dan Evolusi Materialme. Bahkan menafikan kejadian manusia bukan ciptaan Allah sebaliknya dari evolution. Teori Darwin adalah contoh penafian mereka tentang kejadian manusia. Penafian mereka terhadap agama dengan mengganggap agama sebagai candu sahaja.

Sejarah Ideologi Sosialisme/ komunis.
Pada zaman Feodal iaitu zaman pertanian yang menggunakan ramai tenaga manusia untuk menghasil produksi pertanian. Di mana peralatan seperti kapak, cangkuk akan menghasilkan produk. Apabila masyarakat berkembang menjadi masyarakat kapitalis. Kemasukan pemodal memperkenalkan mesin-mesin untuk menghasilkan produk (seperti mesin pengisar gandum) bagi mengantikan ramai tenaga manusia. Pemodal juga menindas pekerja-pekerja dengan gaji yang murah dan ramai pekerja dibuang kerja. Penindasan ini, lahirlah Ideologi Sosialisme dari cendekiawan untuk membela nasib pekerja. Intiipatinya untuk keadilan kepada semua pekerja dari cengkaman pemodal. Dimana kesemua jenis perkerjaan samada seorang doktor dengan seorang pencuci tandas mempunyai gaji yang sama.

Pandangan Masyarakat Ideologi Sosialisme/Komunisme
Memandang masyarakat sebagai satu kesatuan yang menyeluruh. Oleh kerana itu sebagai satu kesatuan berkembang secara serentak. Masing-masing berputar mengikuti yang lain sebagaimana berputarannya gigi dalam sebuah roda. Maknanya mereka tidak mengenal kebebasan ekonomi bagi Negara dan masyarakat. Mengikut kehendak Negara. Maka semua peraturan hidup yang digaris oleh pemimpin mereka perlu diikuti tanpa pertikaian (Autokrasi). Sebagaimana berputaran gigi dalam sebuah roda.
Pandangan Hidup Ideologi Sosialisme/Komunisme
Konsep-konsep Dialektika Materialme dan Evolusi Materialme yang digunakan menunjukkan manusia juga adalah materi atau lebih mudah difahami adalah robot. Tanpa ada bantahan, tanpa ada pertikaian mereka berkerja untuk negara sahaja.

Pencipta ideology sosialisme dan komunis
Karl Mark.(komunisme) dengan buku karangan The Communist Manifesto (1848) dan Das Kapital(1856) dan Louis Blanc (sosialisme). Dia dapat direalisasikan dibawah pemerintahan Lenin di Russia melalui Revolusi Bolshevik (OKT 1917).

Ideologi Kapitalis

Kepercayaan/ aqidah :
Memisahan agama dari kehidupan kemudian menghasilkan pemisahan agama dari Negara.. Kelahirannya bermula dari saat Kaisar dan raja-raja di Eropah dan Rusia menjadikan agama sebagai alat untuk memeras, menganiaya dan menghisap darah rakyat (seperti cerita Robin Hood). Para pemuka agama, waktu itu dijadikan perisai untuk mencapai keinginan mereka. Maka timbullah pergolakkan sengit, kemudian membawa kebangkitan bagi para filosof dan cendekiawan (golongan bijak pandai) sebahagian mengingkari adanya agama secara mutlak dan sebahagian golongan agama yang mengganggap segala perkara harus tunduk kepada agama mereka. Akhirnya mereka mengambil jalan tengah iaitu menyerukan agar agama dipisahkan dari kehidupan dunia seperti sekarang kita kenali sekulerisme. Apabila Raja dan Kaisar tersebut ditumbangkan, mereka membuat keputusan memisahan agama dari kehidupan sebagai jalan tengah. Yang mana dia tidak mengganggu bagi sebahagian golongan mengakui adanya agama dan melaksanakan ajaran agamanya sementara peraturan /sistem yang akan diciptakan oleh para filosof dan cendekiawan nanti. Kerana masa Raja dan Kaisar menggunakan agama untuk menerapkan peraturan (Teokrasi) sedangkan agama mereka sememangnya tiada peraturan hidup jika dibandingkan agama Islam (yang mempunyai peraturan Hidup).

Sejarah Ideologi Kapitalisme
Atas landasan berfikir inilah mereka berpendapat bahawa manusia sendirilah yang berhak membuat peraturan hidupnya dimana mereka laung-laungkan kebebasan manusia. Kebebasan menjadi empat tunggak iaitu :-
1. Kebebasan beraqidah
2. Kebebasan berpendapat /suara
3. Kebebasan tingkah laku
4. Kebebasan hak milik.

Kebebasan hak milik ini berpandukan Sistem Kapitalis. Kerana sistem ini paling menonjol dan membawa banyak keuntungan dan kemewahan bagi Negara Eropah dan diterapkan seluruh dunia. Bahkan hampir-hampir dapat dikatakan para kapitalis (Pemilik Modal) yang menjadi penguasa sebenarnya di negara menganuti Ideologi ini.

Pandangan Masyarakat
Ideologi ini mengganggap masyarakat terdiri daripada individu yang berkelompok dan menjadi masyarakat. Apabila urusan individu teratur, maka dengan sendirinya urusan masyarakat akan teratur. Tumpuannya adalah individu-individu saja. Contohnya Datuk Azhar sebagai pelayar Negara bagi menunjukkan Negara mampu melahirkan masyarakat cekal dan berani menghadapi cabaran (tetapi tidak semua anggota masyarakat). Sementara tugas Negara adalah bekerja untuk kepentingan individu. Dilihat penerapan peraturan, negaralah yang mengawal kebebasan. Jika seseorang melanggar kebebasan individu lain, maka negara (Penguatkuasa-Polis) mencegah tindakkan tersebut. Sedangkan negara menjamin kebebasan, jika individu tersebut mengganggu kebebasan individu yang lain. Tetapi jika ada gangguan berlaku ataupun perampasan hak, namun ia tidak melaporkan kepada negara/penguatkuasa-polis maka negara tidak campur tangan. Pandangan masyarakat baginya ialah negara menjaga kepentingan individu-individu.



Pandangan Hidup Ideologi Kapitalis
Mencari kebahagiaan sebanyak mungkin. Mencari kekayaan dan kemewahan seberapa boleh. Segala perbuatannya mestilah ada kepentingan dan keuntungan, bahkan tinggalkan segala tindakan sekiranya tiada keuntungan atau kepentingan. Contoh musim pilihanraya semakin hampir, pencalon mula mengambil berat kepada rakyat dengan memberi subsidi, hadiah basikal, bantuan kewangan dan sebagainya bagi meraih kepentingannya mengekalkan kerusi di parlimen.

Penciptaan Ideologi Kapitalis:
Ia dipelopori oleh ahli fakir dan falsafah Eropah yang dicetuskan oleh John Locke (Revolution Inggeris), Golongan Enlightenment (Revolution Perancis) dan Adam Smith (Liberalis) pada kurun ke-14 sehingga kurun ke-16. selepas perang dunia ke-2 Ideologi Kapitalis dipikul oleh Amerika Syarikat. Menguasai segenap kebanyakan Negara di dunia.

DEMOKRASI
SEJARAH DAN LEMBAGA DEMOKRASI PERWAKILAN
Demokrasi adalah satu sistem pentadbiran yang diguna pakai oleh kedua-dua Ideologi Sosialisme/Komunisme dan Ideologi Kapatalisme. Demokrasi pernah diterapkan pada masa Yunani kuno dan tidak mungkin lagi diterapkan sekarang, hal ini disebabkan; karena luasnya wilayah, semakin banyaknya jumlah penduduk, semakin kompleknya permasalahan dan karena alasan yang rasional maka sebagai gantinya demokrasi perwakilan, rakyat mewakilkan diri kepada wakil-wakilnya yang tidak duduk dalam lembaga perwakilan rakyat atau disebut parlimen.
Lahirnya parlimen bukan merupakan ide demokrasi, melainkan merupakan bagian dari sistem feodal, sejarah lahirnya Parlemen di Inggris. Pada abad pertengahan sistem monarki feodal di Inggeris memberikan kekuasaan kepada feodal-feodal untuk menguasai tanah di wilayahnya. Jika raja menginginkan pungutan pajak. Sehingga wakil raja tersebut cukup menemui para feodal dan diberi nama Lord. House of Lords yang terdiri dari anggota Lord dan para pendeta sebagai lembaga yang ditugasi memberi nasehat kepada raja dalam melakukan pemungutan pajak. Karena kekuasaan lembaga House of Lord makin besar akhirnya mulai dibatasi hak hak raja oleh lembaga tesebut. Dan akhirnya muncul lembaga dari golongan menengah dan rakyat mereka adalah orang kebanyakan maka lembaga itu disebut House of Commons. House of Lord dan House of Commons disebut Parliamentum atau Parlemen., yang kemudian dianggap sebagai lembaga perwakilan pertama dari pengertian modern
Sifat perwakilan melalui pemilihan umum disebut perwakilan politik (political representation). Kelemahan sistem perwakilan tersebut karena yang terpilih biasanya orang yang populer karena reputasi politiknya, sekalipun belum menguasai bidang-bidang pemerintahan. Dan akhirnya para ahli sukar terpilih melalui perwakilan politik ini, apalagi dengan pemilihan melalui distrik. Perwakilan politik merupakan pilihan dari negara-negara maju dan pemilu merupakan cara yang terbaik untuk menyusun keanggotaan parlemen dan membentuk pemerintah Untuk negara-negara yang sedang berkembang, yang tidak jarang melakukan pengangkatan orang-orang tetentu dalam lembaga perwakilan disamping melalui pemikulnya. Para ahli berpendapat bahwa kadar demokrasi ditentukan oleh pembentukan parlemennya apakah melalui pemikul atau pengangkatan. Makin dominan perwakilan berdasarkan hasil pemikul, makin tinggi kadar demokrasinya. Sebaliknya makin dominan pengangkatan makin rendah kadar demokrasi yang dianut oleh Negara tersebut .

· Fungsi Lembaga Perwakilan
Lembaga perwakilan rakyat atau parlemen pada umumnya mempunyai 3 fungsi;
1. Fungsi legislatif atau perundang-undangan, yaitu keterlibatan dalam proses pembuatan suatu Undang-undang
2. Fungsi Pengawasan; lembaga perwakilan rakyat berfungsi sebagai pengawas atau melakukan kontrol atas kebijakan dan penyelenggaraan pemerintahan yang dijalankan oleh eksekutif atau pemerintah., parlemen mempunyai hak interpelasi, hak angkat dan hak bertanya.
3. Fungsi Pentadbiran atau eksekutif, sebagai badan yang bertanggungjawab dalam melaksanakan sistem, struktur dan organisasi pentadbiran.

Pentadbiran pada negara kita bercorakkan Demokrasi Berpalimen, dia terbahagi kepada tiga iaitu kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan. Dimana Kerajaan Persekutuan terbahagi kepada enam bahagian iaitu Yang Pertuan Agung, Perdana Menteri, Kabinet (Jemaah Menteri), Kementerian dan jabatan kerajaan, Badan berkanun dan Agensi kerajaan Persekutuan. Manakala Kerajaan Negeri terbahagi kepada Raja/Yang Pertua Negeri, Menteri Besar/Ketua Menteri, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Jabatan Negeri dan Badan Berkanun dan Agensi Kerajaan Negeri. Sementara Kerajaan Tempatan pula (Akta 1976) lima jenis mengikut peringkat, iaitu Majlis Perbandaran, Majlis Bandaran, Majlis Dearah, Majlis Luar Bandar dan Perbandaran.
Badan perundangan (Legislatif) dibentuk diperingkat persekutuan dan negeri seperti berikut; Bahagi kerajaan Persekutuan dia terkandung dalam Parlimen yang terbahagi kepada tiga iaitu Yang Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat .Manakala bahagi negeri pula, dia terkandung dalam DewanUndangan Negeri iaitu Raja/Pertua Negeri, Dewan Undangan Negeri. Sementera kerajaan Tempatan dalam kandungan Perundangan Kecil oleh Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Daerah. Dewan Negara berfungsi membahaskan sesuatu Rang Undang-Undang dengan lebih halus berbanding dengan Dewan Rakyat yang hanya membincangkan kepentingan umum. Dewan Rakyat merupakan majlis untuk rakyat mendapatkan pembelaan melalui perwakilan (Wakil Rakyat). Ia mempunyai kuasa dan melangkau Dewan Negara, jika dia tidak dipersetujui. Inilah sistem yang diamalkan oleh negara kita Malaysia.
Adapun halnya Demokrasi yang dianuti kedua-dua Ideologi, adalah berasal dari pandangannya bahwa manusialah yang menentukan (berhak) membuat undang-undang. Oleh kerana itu menurut keyakinan mereka, rakyatlah adalah sumber kekuasaan mutlak. Rakyatlah yang membuat undang-undang. Rakyat pula yang menggajikan kepala negara (Perdana Menteri, President) untuk menjalankan perundangan yang rakyat buat. Juga rakyat berhak mencabut kembali kekuasaan itu dari ketua negara sekaligus memilih ketua negara yang baru, termasuk mengubah undang-undang sesuai dengan kehendak rakyat. Inilah Sistem Demokrasi Yunani kono. Inilah janji Sistem Demokrasi kepada rakyat. Demokrasi boleh dianggap mempunyai empat tunggak utama iaitu kebebasan berakidah,hak milik,tingkah laku dan bersuara. Disebabkan kepercayaian daripada Ideologi Kapitalis yang mengambil jalan tengah atau dibolehkan kompromi, maka dia bebas menceduk mana-mana idea-idea datang dari Ideologi Sosialisme atau Ideologi Islam. Ini adalah untuk menutup kelemahan yang ada pada sistem itu sendiri Seperti, Mencetuskan konsep keadilan sosial atau sistem kesejahteraan negara,agar tidak menimbulkan masalah sosial. Di mana negara menyediakan skim pencen bagi bekas pekerja dengan negara. Ini adalah dari sistem Sosialisme.

Ideologi Islam
Aqidah/kepercayaan
Mengesakan Allah dan hubungan hidup,alam dan manusia dengan penciptanya(Allah) sebagai pencipta yang agung,yang menciptakan langit,bintang,matahari,bulan dan semua isi kandungnya termasuk manusia. Begitu juga Allah sebagai pengatur bagi apa-apa yang diciptakan. Seperti edaran bulan mengikut orbitnya,12 jam siang dan 12 jam malam, jarak matahari dengan bumi yang sesuai dengan kepanasannya , lihatlah tapak kaki manusia tidak pernah haus walaupun dia digunakan sekian lama, organ badan mempunyai fungsi masing-masing. Fikirkan betapa cantiknya peraturan alam Allah ciptakan. Betapa sesuainya peraturan alam sehingga mana-mana manusia akui kebijaksanaannya,kekuasaannya dan kebesarannya. Dia lebih menepati fitrah dan fikrah manusia sendiri. Sedangkan manusia menyedari dirinya adalah lemah. Akal fikiran manusia amat terbatas. Manusia tidak boleh mengambil jalan penyelesaiannya sendiri sepertimana diambil contohnya kereta tidak mampu membaiki kereta yang lain melainkan mengharapkan pencipta kereta itu membaiki kereta tersebut. Jadi, adalah mustahil peraturan Allah pada alam itu tidak ada peraturan hidup dalam agamanya iaitu Islam. Mustahil peraturan alam yang sempurna itu tidak ada peraturan hidup dalam Islam . Jadi agama Islam mempunyai peraturan hidup.Seperti Hukum Mu’amalah (Sistem Ekonomi Islam, Sistem Pentadbiran, Sistem Sosial, Pendidikan Islam) dan Hukum Uqubat (Hudud, Qisas, Takzir dan Mua’lafat) merupakan peraturan hidup sesama manusia. Manakala peraturan manusia dengan diri sendiri seperti makan minum dan pakaian serta peraturan manusia dengan Allah mencakupi ibadah dan aqidah. Peraturan ini yang diciptakan oleh Allah biasanya dipanggil syarak. Disamping itu Muhammad itu pesuruh Allah, Al Quran itu kalam Allah dan seperti pembaca sedia maklum tentang Rukun Iman & Rukun Islam.

Pandangan masyarakat dari Ideologi Islam
Islam memandang masyarakat sebagai individu yang terkait dan tidak dapat dipisahkan dari jama’ah ibarat satu bahagian anggota tubuh. Serta jamaah pula tidak dapat dipisahkan dari individu-individu. Masyarakat itu terdiri daripada manusia, pemikiran, perasaan dan peraturan (sistem) yang mengikat perbuatan dan tingkahlaku.

Pandangan hidup Ideologi Islam
Mencari keredhaan Allah. Mencari kebahagiaan di syurga yang kekal abadi. Mematuhi segala perintah dan larangan Allah menjadi ukuran samada perbuatannya dilakukan atau sebaliknya.

Pencipta Ideologi Islam
Allah yang menciptakan dan mengaturkan segala kehidupan, manusia dan alam.

Bentuk pentadbiran Ideologi Islam
1. Negara Islam tidak berbentuk persekutuan(federation),permakmuran(commonwealth) tetapi berbentuk kesatuan(union).
2. Sistem pemerintahan Islam tidak berbentuk kerajaan(Monorchi),baik absolut seperti kerajaan Saudi Arabiyah,mahupun parlementer @ parlimen seperti British.Juga tidak berbentuk republik,baik president seperti Negara republik Indonesia. Akan tetapi sistem pemerintahan Islam adalah sistem Khalifah. Khalifah berbeza dengan President, Perdana Menteri ataupun Raja.
3. Sistem pemerintahan Islam tidak berbentuk Demokrasi,Teokrasi dan Autokrasi. Tetapi dia melaksanakan hukum syarak yang telah ditentukan oleh Allah.
4. Sistem pentadbiran pemerintahan Islam adalah terpusat(Centralization).


Wahai pembaca yang bijaksana, hari ini diketahui usul asal Ideologi-Ideologi di dunia ini tercipta. Terpulanglah kepada pembaca untuk fikirkan dan pilihlah Ideologi ada di dunia ini, wahai pembaca warkah ini rasa selamat di Akhirat kelak.

Firman Allah SWT :
“Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan akal fikiran (manusia), semuanya itu akan diminta pertanggungjawaban”
(Q.s Al-Isra:3)

“Ramai di antara mereka tidak mengikut, Kecuali kepada sangkaan, sedangkan sangkaan itu tidak dapat memberikan sedikit kebenaran”
(Q.s. Yunus 35)

“Tidak akan memasukinya,kecuali orang yang amt celaka, yang biasa berdusta serta ingkar dan dijauhkan daripada orang yang paling bertakwa” (Q.s Al-Lail 15-17)

“Tidak akan rela kepadamu orang Yahudi dan Nasrani sehingga engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah,”Penunjuk Allah itulah petunjuk yang sebenarnya’. Bila engkau mengikuti hawa nafsu mereka sesudah menerima ilmu dari Allah, maka tidak ada baginya pembela atau penolong dari balasan Allah” (Q.s Al Baqarah:121)

quoted:http://web.islam.gov.my/forum/mesej.php?6.0000000005

Tidak ada komentar: